Kisah Cupcakes SS!

Pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan hari tu. Ada yang bekerja, ada yang bergembira…

“Happy birthday to me… happy birthday to me.. happy birthday to………”

Sejurus kemudian traktor membajak sawah yang bergerak tanpa kawalan itu tidak semena-mena merempuh kaki Usop bersama-sama dengan kek harijadinya, lalu lumpuhlah dia seumur hidup.

(Okay, kita tinggalkan kisah Usop Wilca)

Bertarikh 31 Oktober, 26 tahun yang lalu, sekitar jam 1 tengahari, seorang bayi lelaki telah dilahirkan buat pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga hampir setahun. Peristiwa bersejarah ini berlaku di Hospital Besar Kuching, Sarawak. Bayi itu bayi pertama mereka. Kerana tidak tahu nama apakah yang hendak diletakkan pada bayi tersebut, maka mereka menamakan bayi itu “Hasrizul” bersempena dengan nama doktor yang menyambut kelahirannya, “Dr. Hasrizul”.

Kini 26 tahun telah genap berlalu. Kisah kelahiran Hasrizul, zaman kanak-kanak, remaja, sehinggalah pada peringkat usia beliau kini telah diabadikan dalam siri kek cawan atau lebih popular dengan panggilan “cup cakes”. Kek cawan tersebut ditempah khas oleh si denyutan nadi pengarang jantung beliau sendiri, dengan harapan beliau akan terkejut ketika mereka meraikan ulang tahun kelahirannya malam itu. Kek-kek cawan tersebut telah disusun mengikut kronologi kehidupan beliau.

Mari kita intrepetasi kronologi ini bersama-sama (nak senang faham kena baca yang ni dulu), kita baca kronologi ini secara “zig-zag”: Dari kanan ke kiri (baris atas) = zaman bayi + kanak-kanak, kemudian turun ke baris 2, dari kiri ke kanan = zaman kegelapan + makan kuat + bersenam malas, kemudian turun ke baris 3, dari kanan ke kiri = mula insaf + dapat berat ideal + tubuhkan Susu Sejat, dan akhir sekali baris ke-4, dari kiri ke kanan = bertemu cinta hati dan seterusnya sehinggalah saat malam itu.

Beliau sangat teruja dan gembira sambil merasakan yang idea cinta hati beliau ini sangat kreatif (sebelum ini juga si cinta hati ada buatkan kad SS yang kreatif), lalu berhasrat untuk meletakkan cebisan memori sambutan ini di sini untuk tatapan pembaca-pembaca SS sekalian. Pada malam sambutan ini, segala jenis terminologi seperti “lemak trans”, “sodium”, “gula”, “kalori”, dan “pewarna tiruan” dilupakan seketika kerana tiada apa yang lebih berharga melainkan melihat orang yang tersayang itu gembira. Terima kasih atas hadiah yang tidak ternilai ini.

Tak sampai hati nak makan. Simpan dalam ‘fridge’, buat kenangan.

Thank you, Terima Kasih, Domo Arigatou, Gracias, Syukran!

Comments

  1. By dhany's choco

    Reply

  2. By huda

    Reply

  3. Reply

  4. By nik

    Reply

  5. By waterlily

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *