Kisah Kejayaan Abang “Nik Rock” – Dari saiz seluar 48 ke 34!

Agak lama juga saya tidak berkongsikan kisah kejayaan di blog Susu Sejat. Walhal ada beberapa cerita yang sedang sedia untuk disunting dan disiarkan di sini. 

Hari ini baru teringat nak kongsikan satu.

Kisahnya sebab tak jadi nak jogging. Hujan lebat petang tadi. Tatkala bosan petang ini sambil-sambil terkesan dengan statement adik Bella Nabila “I hate produk Melayu..” yang videonya viral hari ini, saya teringat yang saya masih simpan satu kisah kejayaan yang best, one of my favorite

Mungkin kisah yang akan dipaparkan kali ini agak paradoks dengan mentaliti lazim orang kita, tapi percayalah. Ini adalah sains kurus yang sebenar. Hayati apa yang abang Nik cuba sampaikan di bawah…

Nik Rock-6

“Saya bukan mengamalkan diet, tetapi saya ubah tabiat makan saya…” Coach Nik @ Nik Rock

Dari saiz seluar 48 ke 34!

Sejak dari kecil saya telah dimanjakan dengan masakan yang sedap oleh arwah mama saya. Bila memasuki alam remaja, saya semakin tidak dapat mengawal tabiat makan saya, semakin chubby dan chubby sehinggalah umur semakin meningkat.

Bila diterima memasuki maktab perguruan, saya mula merasa kesukaran untuk mengikuti aktiviti-aktiviti lasak seperti sukan dan kokurikulum.

1461802_1389250317981268_282993377_n

Seterusnya, saya telah melanjutkan pengajian saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Pengurusan Sukan) di Universiti Malaya. Meskipun saya sudah berada dalam bidang sains sukan, namun sayang saya masih lagi meneruskan tabiat pemakanan yang salah.

Pada saya, TIADA ISTILAH PANTANG dalam pemakanan. Asalkan sedap dan lazat, harus kita bedal. Menggemari makanan yang berat (nasi, makanan bergoreng dan sebagainya) adalah perkara normal.

Namun tarikh 13 April 2014 telah mengubah segalanya.

Ketika hendak menyimpan alat penimbang badan di setor sukan, saya tiba-tiba terdetik, teringin untuk menimbang berat badan saya (Kebiasaannya saya selalu mengelak untuk menimbang berat badan). Tanpa dilihat oleh seorang lagi rakan guru PJPK, saya pun menimbang berat badan saya.

MasyaAllah…..128kg.

Terus terduduk di kerusi….

Fikiran berserabut….

Umur dah nak 42 tahun ketika itu…

Pada waktu tu juga, saya mula terbayang wajah rakan-rakan yang dah ada appointment doktor setiap dua minggu atau setiap bulan sekali.

“Aku tak nak jadi seperti mereka “

” Patutlah baju t shirt bersaiz 3XL semakin sendat! “

” Aku patut berubah! “

Nik Rock-3

Justeru mulai detik itu, saya menanam azam untuk berubah…..

Bermulalah perjuangan saya dalam menurunkan berat badan. Tapi motif utama saya tetap satu, iaitu untuk menjaga KESIHATAN.

Percaya atau tidak, untuk peringkat awalnya, internetlah yang menjadi sumber pencarian ilmu. Pada satu ketika, saya terjumpa blog Kevin Zahri dengan program JK1M.

” Mmmmm…betul ke ni?…”

”  Boleh percaya ke ni?…”

Saya membaca setiap testimoni dan kisah kejayaan yang disiarkan di sana, sambil mengkaji juga tips-tips yang ditulis oleh Kevin Zahri.

Maka dalam banyak-banyak kisah kejayaan itu, terjumpalah saya kisah kejayaan penulis blog Susu Sejat. Dari situ, saya masuk pula ke blog beliau di sususejat.com. Banyak juga tips dan ilmu yang berguna untuk diamalkan ketika menurunkan berat badan.

Ketika membelek dari satu entri ke satu entri, saya terbaca satu entri berkenaan Diari Diet yang beliau terbitkan sendiri (ketika itu masih Diari Diet v1 lagi).

Saya tak berlengah masa. Terus order Diari Diet tersebut.

Dari buku itulah saya belajar tentang defisit kalori, basal metabolic rate, dan aplikasinya dalam menurunkan berat badan.

Saya mengkaji kalori makanan kegemaran saya sebelum ini. Bila saya mengetahuinya, saya akan membuat keputusan sama ada saya masih perlu memakan makanan tersebut atau tidak. Atau mungkin cuma memakannya dalam kuantiti kecil.

Saya mula membuat defisit kalori…

ss-nik-rock

Dalam masa yang sama saya terus menimba ilmu dari artikel-artikel kesihatan di Facebook. Saya senantiasa menambahbaik ilmu saya untuk diperaktikkan dalam pemakanan saya.

Satu contoh yang saya boleh berikan ialah minuman saya.

Bermula dengan air 3 in 1.

Saya asalnya peminat tegar minuman Nescafe 3 in 1. Saya mula mengubah ketagihan saya, bermula dengan Nescafe + Milo + Krimer Manis. Kemudian, saya ubah kepada Nescafe + Milo + Susu Omega Plus + Gula.

Oleh kerana selalu membaca journal-journal kesihatan dan mula celik dengan risiko makanan proses, saya buat perubahan lagi, kali ini Nescafe + Milo + Susu Omega Plus + Gula Perang. Kemudian ditambah baik lagi dengan menggantikan Gula Perang dengan Madu dan seterusnya menggantikan Madu dengan Daun Stevia.

Dan sekarang ni saya menambah add on kepada minuman Neslo saya iaitu saya tambahkan Serbuk Kayu Manis atau Halia atau Serbuk Kunyit atau Serbuk Jintan Manis.

Setiap hari, boleh dikatakan saya senantiasa membuat penambahbaikan di dalam menu harian saya.

Alhamdulillah… berikut adalah hasil yang saya dapat.

13 April 2014 = 128 kg; Saiz baju 3XL(Ketat dan sendat); Saiz Seluar 48

14 Jan 2015 = 100 kg

Januari 2016 = 82 kg; Saiz Baju L; Saiz Seluar 34

Nik Rock-2

Seluar yang pernah saya gunakan suatu ketika dahulu…

Tips dan pesanan terakhir dari saya :-

  1. Mesti nekad untuk berubah.
  2. Letakkan target – Saya letakkan target besar dan target kecil. Capai target kecil satu demi satu sehingga capai target besar (sub-goals).
  3. Cari ilmu pemakanan – Saya syorkan Diari Diet oleh Susu Sejat (Lengkap dan mudah untuk difahami serta dipraktikkan).
  4. Saya bukan mengamalkan diet, tetapi saya ubah tabiat / cara pemakanan saya.
  5. Jangan selalu menimbang berat badan. Ia akan mudah membuat kita putus asa bila timbangan menunjukkan perubahan yang kecil. Saya menimbang setiap 2 minggu sahaja.
  6. Cari dan ketahui nilai kalori makanan kegemaran kita. Bila kita tahu nilai kalorinya, buat keputusan. Nak terus makan atau berhenti atau makan dalam kuantiti yang sedikit.

Semoga kisah saya ini dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin membuat perubahan.

Terima kasih!

Nik Rock
FB: https://www.facebook.com/nik.lah.52

Nik Rock-7

Nota: Anda mempunyai kisah kejayaan untuk dikongsikan bersama pembaca-pembaca lain di blog sususejat.com? Hantarkan kisah tersebut ke emel sususejat@gmail.com. Kisah terbaik akan menerima cenderahati istimewa dari pihak sususejat.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *