Kisah Kejayaan Nor Baayah – Susut 50kg dengan Ilmu & Disiplin

Soalan.

Andai anda diminta berikan 2 sebab utama untuk berjaya dalam menurunkan berat badan, agak-agak apakah jawapan pilihan anda?

Mungkin setiap dari anda menyimpan jawapan yang berbeza. Namun pada pemerhatian saya sepanjang berkecimpung dalam bidang ini, rata-rata mereka yang telah berjaya bersetuju bahawa 2 kunci utama tersebut sepatutnya adalah

1. Ilmu

2. Disiplin

Ilmu tanpa disiplin, ibarat kereta yang lengkap dengan spec enjin dan sistem elektronik yang terkini, tetapi sayang tidak diisi dengan petrol. Petrol yang akan menggerakkan kereta tersebut. Sama halnya dengan disiplin. Tanpa disiplin, ilmu tidak akan digerakkan/dipraktikkan.

Kedua-dua kata kunci ini juga menjadi sebab utama kenapa Puan Nor Baayah, salah seorang client saya sebelum ini, terpaksa kehilangan berat badan sehingga 50kg hanya dalam tempoh 1 tahun (realistik).

Puan Baayah yang saya kenal merupakan seorang yang amat disiplin dengan pemantauan ambilan makanan beliau. Seingat saya, beliau antara pengguna terawal Diari Diet v1.0 yakni sekitar tahun 2014 lagi.

Setelah berjaya mendapatkan Diari Diet v1.0, beliau senyap untuk beberapa ketika, sebelum menyapa saya semula hampir setahun kemudian (pertengahan 2015). Terkejut saya dengan gambar yang dikongsikan beliau masa tu…

NorBaaYah-1b

Gambar 'close-up' setelah susut 40kg

Gambar ‘close-up‘ setelah susut 40kg (kiri), dari berat asal 120kg (kanan).

Bak kata pepatah melayu, Diam-diam ubi berisi kan? (walaupun sebenarnya ‘makin kurang berisi’ akak kita ni, hehe :D)

Nak tahu apa yang Pn. Baayah buat untuk wajib susut berat badan sebanyak 40kg tersebut? Ini antara perkongsian beliau yang sempat saya rakam:

saya banyak belajar ilmu pemakanan & diet dari blog dan FB susu sejat…
saya amalkan senaman paling kurang 3 kali seminggu, tapi selalunya 5 kali seminggu..
setiap hari saya akan isi diari diet susu sejat untuk kira dan pantau kalori makanan..
saya akan teruskan gaya hidup sihat ini

Nampak tak yang tip Pn Baayah untuk berjaya amat simple – kena ada ilmu dahulu, kemudian kena disiplin (kata kunci seperti “amalkan” dan “setiap hari” merupakan petunjuk kepada disiplin). Nak dapatkan ilmu pula tak susah, asalkan kena banyak membaca. Rajinlah menggodek blog ni, Inshaa Allah macam-macam anda akan jumpa.

Berbalik pada pesanan Pn Baayah tadi, dapatlah kita faham yang beliau turut bersetuju akan 2 kunci utama dalam menurunkan berat badan adalah…

  1. Ilmu
  2. Disiplin

Kemudian beliau senyap lagi untuk beberapa bulan. Akhirnya pada Januari 2016 yang lalu, beliau menghubungi saya sekali lagi, kali ini dengan berita yang lebih menggembirakan. Masa tu beliau nak pre-order Diari Diet v2.0 (sebab Diari Diet v1 beliau sebelum tu dah penuh!). Alang-alang tu, beliau share lah sikit progres terkini beliau.

NorBaaYah-3b

Pn Baayah sempat berseloroh, katanya rugi sikit bila dah 'lose weight' ni sebab baju-baju lama dah tak boleh pakai ;D

Pn Baayah sempat berseloroh, katanya rugi sikit bila dah ‘lose weight‘ ni sebab baju-baju lama dah tak boleh pakai ;D

Nor-BaaYah-C2

Susut 50kg dalam masa 1 tahun…

Nor-BaaYah-D2

Tahniah Puan, you have made it!

Hebatkan tranformasi beliau? Siapa kata kalau tubuh badan yang ‘morbid obese’ tak boleh nak turun berat badan disebabkan oleh genetik keluarga? Anda silap!

Dari kes Pn Baayah, dapat disimpulkan bahawa penurunan berat badan yang banyak tetapi konsisten dan bersifat jangka masa panjang (Inshaa Allah untuk seumur hidup), hanya akan tercapai apabila seseorang itu ubah gaya hidup beliau. Tiada jalan pintas, tiada short cut, kena belajar (ilmu) dan praktikkan (disiplin).

Anda semua bagaimana? Sudah bersedia untuk mendapat hasil yang sama seperti Pn Baayah? :)

Terkini! Dikemaskini pada 28 Julai 2016:

Nor-BaaYah-july-2016b

Gambar terkini Puan Baayah ketika Julai 2016 (Raya tempoh hari). Nampak lagi banyak beza kan? Beliau dikhabarkan susut lagi 10kg dari Januari lalu dan menjadikan jumlah KG yang susut kini adalah -60kg. Apa yang lebih menggembirakan, beliau juga kini lebih gembira dan bersikap positif dari sebelumya, serta lebih bergiat aktif dengan kegiatan aerobik dan mula belajar swimming. Syabas!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *