Kisah Kejayaan

Tranformasi

Semua orang inginkan transformasi daripada yang kurang baik, agar menjadi yang lebih baik, dan ini termasuklah transformasi fizikal. Memiliki tubuh badan idaman sudah menjadi fitrah semua peringkat manusia. Siapa yang tidak mahu kelihatan langsing/tegap? Siapa yang tidak mahu memakai pakaian yang menarik, agar lebih kelihatan menarik? Dan yang lebih penting, siapa yang tidak mahu menjadi sihat secara fizikal, agar boleh melakukan tugas harian dan ibadah secara berterusan?

Menurunkan berat badan pernah dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan hampir mustahil untuk dilakukan – “Kau akan terus gemuk dan gemuk sampai bila-bila lah wey, kau tahu tak bukan senang nak kurus?!

Namun benarkah andaian itu? Susu Sejat dan pembacanya sudah membuktikan sendiri bahawa andaian sebegitu hanyalah MITOS semata-mata. Hakikatnya, SESIAPA juga boleh mendapatkan bentuk tubuh yang diidamkan. Apa yang diperlukan hanyalah ilmu dan motivasi yang berterusan: 2 elemen yang anda boleh dapati di SusuSejat.Com. Hayati kisah-kisah berikut, semoga ia menjadi sumber inspirasi buat anda yang ‘tak pernah putus’ mencari sinar harapan dalam memiliki berat badan ideal.

  1. Kisah transformasi founder page SusuSejat.Com dalam menurunkan berat badan sebanyak 41.2kg hanya dalam masa 10 bulan sahaja. Baca kisah transformasi tersebut di sini.
  2. Antara beberapa testimoni pendek pembaca-pembaca SusuSejat.Com yang terawal. Baca kisah-kisah mereka di sini.
  3. Bro Iz Wahab yang turun berat badan 30kg secara konsisten selama 7 bulan. Malah, beliau berjaya berhenti merokok sepanjang menjalani gaya hidup sihat. Kisah beliau boleh dibaca di sini.

(…dan senarai ini akan bertambah dari masa ke semasa. Mungkinkah anda individu yang seterusnya? Sila hantarkan kisah transformasi anda ke sususejat[at]gmail.com)

.

Mereka juga kurus setelah mengamalkan gaya hidup sihat

JOREN MOHD – “sejak amalkan gaya hidup sihat inilah hasilnyer dari 89kg skrg dah 73kg!”

PUTRI EPAL – “Percaya atau tidak dulu berat badan saya 95 kg…sekarang 76 kg dan bakal turun lagi. Matlamat saya ingin mencecah 55 kg, dan rahsianya bermula dari info susu sejat n paling penting matlamat diri sendiri….Sayangi Diri Sebelum Menyayangi diri orang Lain”

FARRUQ AZWAN – “Ni gambar saya sebelum dan selepas.sebelum nie berat 98kg pinggang 38inch sekarang 69kg pinggang 30inch..jika kita faham badan kita senang utk kita naik atau turunkan berat badan…hanya perlukan disiplin dan keazaman yg kuat”

WAN FARHAN JAFFAR WAEN – “dulu 130kg, skang 85kg, bMI 27.. dan skang tgh menternak sesuatu, target dec 2011, ngeeee.. ;OP”

MOHAMAD AMIR MAH SHAR – “gambar sebelum telah dirakamkan pada awal akhir tahun 2009 iaitu semasa trip bersama rakan2 ke gunung lumut kluang johor, berat time ni 110kg. pada awal tahun 2010 berkat kesungguhan yang ada, saya telah melakukan proses tranfomasi kepada diri saya, tempoh yang diambil untuk proses ini adalah 2 tahun, iaitu 1 tahun untuk fat loss, dan 1 tahun lg untuk bina badan. Gambar selepas telah dirakam baru2 ini, semasa saya berada di politeknik port dickson, berat sekarang 83 kg..”

IDEAL JUTAWAN - ”Sewaktu sekolah menengah dulu saya bukanlah seorang yang overweight, tapi setelah tamat pengajian tinggi dan dah dapat kerja, hati pun senang makan pun tidak teratur senaman kurang dan berat badan pun bertambah sehinggalah mencapai tahap overweight. Sehinggalah berat badan saya mencapai 64.9kg (ketinggian 5′ 4″). Penyakit darah tinggi pula menyerang (walaupun pada tahap yang permulaan). Sesuatu mesti dibuat, jika tidak saya akan mencapai tahap obes dan penyakit lain pula akan timbul.

Tranfomasi saya bermula bulan Mac 2010 yang lalu semasa menonton rancangan tv reality the biggest loser US season 5. Bermula dari sanalah saya mendapat inspirasi daripada peserta-peserta, mulai dari situ saya tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan rancangan tersebut termasuklah versi Asia, UK, dan Australia.

Saya juga mencari-cari maklumat dalam internet cara-cara penurunan berat badan yang selamat termasuklah ‘sususejat’. Dan paling membantu saya dalam mengawal kalori permakanan ialah melalui ‘caloriecount.com’. Dari sinilah transformasi saya mencapai berat badan yang ideal. Dan sekarang al-hamdulillah saya telah mencapai berat badan 51kg, sama seperti berat badan sewaktu sekolah menengah dulu.

Kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan, anda mampu melakukannya dengan semangat yang kental dan makan makanan yang seimbang dan jangan lupa senaman paling penting.”

17 thoughts on “Kisah Kejayaan

  1. salam….thanks for the informative info..
    just nak tau u ade x menu yg specific,
    cadangan menu yang sesuai,dalam sehari berapa kalori sahaje perlu diambil

    • semua tu kita kena plan, menu yang specific tu saya tak post lagi sebab kita sebenarnya boleh susun sendiri apa yang kita nak makan. Cuma perlu tahu jumlah kalori keseluruhan dan nisbah karbohidrat:protein:lemak. Semua ni saya sentuh dalam ruangan kelas kalori.

  2. sudah lame akak cr cara untuk turunkan berat badan…mcm produk dah cube..tp masih lg x berkesan….org kate jgn cakap la..rase nk mara je..org x faham perasaan org yg berbadan besar…berat bdn akak naik selepas melahirkan anak no 2..mmg besar sungguh dan x percaye mcmmane ble jd macam ni..jumpa blog susu sejat sekurang-kurangnye bg info macamane nk turunkn berat badan melalui pemakanan…mmg hakikatnye org gemuk susah nk control makankan!!akak ni dah berada di kategori obes thp 1 jugak…dan hampir2 masuk thp 2..klu boleh akak nk cube turunkan berat badan melalui cara yg disyorkan oleh susu sejat…klu boleh boleh x susu sejat bg email @ mcmmane akak ble contact puteri epal tu..sbb brt badan akak memang sama dgn puteri epal tu…akak nk tanye jadual diet die mcmmane…ble kan??tolooooong sgt2

    • tak ingat pula emel puteri epal, tapi akak boleh cuba cari di facebook sususejat, tengok album2 lama, mana tahu jumpa profile dia. btw ini email saya, sususejat[at]gmail.com. tapi saya masuk dalam seminggu sekali atau 2 kali, so kalau reply lambat tu mohon maaf ye.

  3. salam..
    sy nk tnye knape berat sy x trun even 1kg pn slps 1 week? maintain sje dgn brt bdn.
    pg sy brfast yg ringan sprti putih telur 2 bji + susu low fat scwn / cmpuran oat+kismis+buah kering=~130g. tghari mst amk nasi sprti yg d aja.ns brs perang 80g + dada aym goreng sepenumbuk gne olive oil + sayur 40g. ptg pkul 4 mst lapa. mkn tauhu 2ketul/roti kcg grdenia yg 80sen / 3 kpng bskut/ kledek bkr sbji. mlm pkul 8.30 sy x amk nasi.cme sup sayo.. / sekor ikn bakar. senaman pkul 8pg /6ptg

    • salam intan, berapa kalori semua tu? saya rasa pemilihan makanan dah ok, cuma nak tahu berapa kalori semua tu, dan adakah mengikut guideline “kelas kalori”. kalau betul dah cipta defisit kalori, rasanya tak jadi masalah, tunggu sehingga 1 bulan dan lihat hasilnya.. apa yang penting, rekod progres tu setiap minggu, bukan setiap hari. baru nampak perubahannya… good luck!

  4. Pingback: Cara minum minuman Yogurt dengan betul | Susu Sejat

  5. Cara saya kuruskan/kurangkan berat badan/buang lemak & jimat kos

    Macamana kira ?
    —————–
    1 kg = perlu bakar 7000 kalori
    (lebihan kalori diperlukan badan > jadi lemak > tayar spare)

    Berapa lama utk 1 kg ?
    ———————-
    Seminggu > bakar 1000 kalori sehari
    2 minggu > bakar 500 kalori sehari
    Sebulan > bakar 233 kalori sehari

    Macamana nak buat ?
    ——————-
    1) Senaman
    - simple cuma kena rajin la sikit
    - kurang berat, bina muscle dlm masa sama, susah sikit nak gemuk balik

    2) Pemakanan – utk pemalas cuma cerewet (intake makanan kalori rendah)
    - pun kurang berat, cuma takde muscle, diet lari > gemuk balik
    * Saya malas nak keep track , cara saya : simply makan macam biasa > kurangkan nasi setengah
    - Pills atau ubat-ubatan ? : saya tak suka sebab cuma kurus tanpa muscle

    3) Kombinasi di atas
    - disyorkan byk orang

    Jumlah kalori dibakar setiap jam ?
    ———————————
    Aerobik (354), Badminton (354), Basikal (472), Berkebun (236),
    Martial Art (590), Jogging (472), Swimming (590), Bola (590) dll

    Cara saya ?
    Swimming 3 kali seminggu > 1770 kalori seminggu (average 1 jam setiap kali)

    Hasil selepas 2 bulan ?
    ———————–
    Sudah hilang 2 kg
    Rasa lebih ringan, lebih segar, lebih muda, lebih senang bangun subuh berjemaah
    Tebuk semula talipinggang 3 kali
    Kos kolam per entry : RM2 @ RM3 (Ahad/Cuti Umum)
    Mula PERCAYA *lose weight* is just a matter of calorie calculation (ni yg susah nak dapat rasanya)

    Target phase 2 (end Mar 2012) ?
    ——————————–
    Swimming 3 kali seminggu : 590 x 3 x 4 = 7080 cal burned
    In house cycling 3 kali seminggu : 472 x 3 x 4 = 5664 cal burned
    Total : 12744 sebulan, Pengurangan : 1.82 kg sebulan

    # Mulanya ingat nak burned 1000 cal sehari (cycling) utk hilang 1 kg dlm masa seminggu. Tapi tersangat semput macam tu (ekstrem), sebab lelaki jgn bakar lebih dari 1500 sehari kalau tak silap

    # Wife nak beli INHOUSE SAUNA la pulak…boleh la tumpang sekaki bila-bila FREE

    Nak tau hasilnya 2 bulan dari sekarang bolehla email ke azmandrc@gmail.com

    Sekadar berkongsi pengalaman

    Target bukanlah nak kurus, cuma nak lebih fit / sihat. No rush…Fit over 40 > ada 2 tahun lagi

    Biggest Loser
    Alam Damai, Cheras

  6. sy tgh workout. habis pantang anak ketiga ni sy terus mulakan visi say…actually masa tgh pantang lg. last preggy 79.8kg after confiment 69kg. sy masih lagi workout dan sekarang 60kg. hopefully sebelum masuk kerja sy dah mencapai sasaran sy untuk dapatkan 58kg. tq pada susu sejat kerana menjadi sumber inspirasi dan rujukan sy…hanya allah yg dapat membalas usaha murni ss menyebarkan ilmu.

  7. Pingback: PENGUMUMAN PEMENANG – ‘Snap’, ‘Upload’, dan ‘KOMEN’! (2012) | Susu Sejat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>