Kisah Metabolisma (Bahagian 1)

Bedah, aku tengok ko ni makan macam hantu la.. Nasi banyak membukit, ayam sampai setengah ekor, tapi yang menghairankan aku tengok badan ko ni mantain jer. Aku yang makan tak banyak macam ko ni pun, boleh naik berat badan. Jeles siot aku!!

Pernah tak korang mengalami situasi di atas? Aku percaya mesti ramai yang pening kepala memikirkan perkara ini, tapi tak mengapa. Mungkin selepas membaca entri ini, ramai di antara korang akan mula faham, kenapa perkara ini boleh terjadi.

Semua sedia maklum, benda yang kita makan akan ditukarkan kepada tenaga. Proses penukaran makanan yang kita makan kepada tenaga ini dikenali sebagai Metabolisma (eng. Metabolism).

Setiap individu mempunyai kadar metabolisma yang berbeza, bergantung kepada beberapa faktor iaitu Basal Metabolic, Aktiviti fizikal seharian, dan kesan thermic makanan. 65% kalori yang kita ambil akan digunakan untuk Basal Metabolic (dipengaruhi faktor fizikal dan genetik) bertujuan untuk menyokong proses biologi dalam badan. Ini termasuklah pernafasan, perkumuhan, dan proses pengepaman darah oleh jantung.

25% kalori yang kita ambil pula akan digunakan untuk aktiviti fizikal seharian, seperti berjalan, bersukan, dan sebagainya. Manakala 10% daripada kalori yang kita makan pula akan digunakan untuk memproses makanan. Salah satu sebab mengapa Diet Low-carb seperti Atkins diet mampu menurunkan berat badan ialah kerana menerusi diet ini, badan memerlukan sekurang-kurangnya (atau lebih) 10% daripada kalori yang diambil hanya untuk mencernakan protein semata-mata (Fakta: Protein lebih susah dicernakan dan ditukarkan kepada tenaga berbanding karbohidrat, dan memerlukan ‘kerja’/tenaga yang lebih).

Seperti yang aku ceritakan dahulu, guna lebih banyak tenaga/kalori daripada apa yang diambil adalah bersamaan dengan TURUN BERAT BADAN, dan konsep inilah yang digunakan dalam Diet Atkins. Walaubagaimanapun, diet sebegini tidak disyorkan untuk diamalkan dalam jangka masa panjang. Secara semulajadi, karbohidrat diperlukan sebagai sumber tenaga, dan protein diperlukan untuk pertumbuhan (otot, gantian sel kulit). Kita tidak boleh melawan fitrah yang telah ditetapkan Tuhan ini. Titik.


Berbalik kepada soalan utama kita, mereka yang makan dengan banyak tetapi agak sukar untuk naik berat badan (seperti Bedah dalam contoh tadi) adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang tinggi. Manakala mereka yang makan sedikit berbanding Bedah tetapi sudah mampu untuk naik berat badan, adalah disebabkan kadar metabolisma mereka yang rendah.

Adakah kadar metabolisma yang tinggi ini merupakan suatu anugerah? Buat mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar, mungkin jawapannya ialah “YA”, tetapi buat mereka yang cuba bertahun-tahun untuk menaikkan berat badan namun tidak berjaya, jawapan yang diberikan mungkin adalah sebaliknya.

Namun tidak bererti mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah tidak boleh untuk turun berat badan selama-lamanya, dan mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi tidak boleh untuk naik berat badan selama-lamanya. Semuanya masih lagi bergantung kepada tunjang yang sama, iaitu KALORI. Buat mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, golongan ini perlu menggunakan/membakar lebih kalori berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi, jika untuk turun berat badan, dan begitu jugalah sebaliknya.

Terdapat beberapa tips untuk menaikkan kadar metabolisma. Tapi rasa-rasanya, perlukah aku menceritakan semuanya disini, atau korang rasa boleh google sendiri di internet? Siapa yang mahu aku ceritakan sahaja tips untuk menaikkan metabolisma, sila angkat tangan!

Bersambung di “Kisah Metabolisma (Bahagian 2)

Comments

  1. By CAHAYA

    Reply

  2. By eijam

    Reply

  3. By Joy Kalonas

    Reply

  4. By Justiffa

    Reply

    • By maiza

      Reply

  5. By Joy Kalonas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *