Kisah Metabolisma (Bahagian 3)
Entri kali ini merupakan lanjutan kepada perbincangan berkenaan topik metabolisma yang pernah aku huraikan dulu (rujuk bahagian 1 dan bahagian 2). Dan selepas difikir-fikir kembali, tidak adil rasanya jika aku hanya fokus kepada faktor-faktor yang boleh meningkatkan metabolisma. Mungkin kita juga perlu mengetahui beberapa faktor yang berupaya merendahkan kadar metabolisma.
Selain faktor-faktor intrinsik yang terdapat dalam rumus Basal Metabolic Rate (BMR) seperti peningkatan umur, berat yang semakin menurun, ketinggian, dan jantina, terdapat juga faktor-faktor ekstrisik (luaran) yang harus kita ketahui, supaya kita boleh menilai sendiri kelak sama ada metabolisma kita sedang mengalami kejatuhan atau sebaliknya. Berikut Susu Sejat senaraikan 8 perkara yang mampu merendahkan kadar metabolisma:
1 – Elak mengambil hidangan (Skipping meals)
Ramai yang salah anggap, mengelak hidangan seperti makan malam (kes yang selalu kita dengar) dapat membantu menurunkan berat badan. Benar, berat badan akan turun kerana menolak makan malam akan menyebabkan pengambilan kalori menjadi lebih rendah daripada sepatutnya. Tetapi ingatlah, kesan ini hanyalah sementara, 2-3 hari sahaja.
Apakah yang berlaku sebenarnya? Apabila kita sering mengelak hidangan, badan akan mendapat signal untuk bertindakbalas kepada kurangnya jumlah kalori yang diambil, dalam erti kata lain badan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan lapar (starvation mode). Menerusi proses penyesuaian ini, badan bukan sahaja menyimpan (conserve) tenaga, malah akan ‘mengarahkan’ semua fungsi penting badan supaya ‘bekerja lebih perlahan’ daripada sebelumnya selari dengan jumlah kalori yang diperolehi (rendah), sekaligus merendahkan kadar metabolisma. Bayangkan badan kita adalah sebuah laptop, manakala kalori yang dibekalkan itu adalah tenaga daripada bateri (tanpa adapter). Perhatikan apa yang akan berlaku jika bateri laptop semakin berkurangan? Apa yang akan terjadi kepada monitor laptop tu? Semakin cerahkah?
2 – Peratusan lemak badan tinggi (gemuk)
Gula adalah karbohidrat yang paling mudah untuk ditukar kepada glycogen, dan disimpan ‘sementara’ di dalam sel-sel otot sebelum digunakan. Namun, glycogen yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak, dan ini merupakan punca utama kegemukan rakyat Malaysia. Sel lemak berguna kepada kita, namun pada kuantiti yang kecil. Seseorang atlet bina badan boleh mencapai 3% lemak badan (body fat), dan itu merupakan jumlah yang paling minimum dibenarkan. Mustahil untuk mendapat 0% lemak badan kerana selaku benda hidup, kita masih memerlukan lemak. Secara purata, rakyat Malaysia berbadan idle mempunyai 20% lemak badan, manakala yang obese pula mempunyai lebih 36% lemak badan.
Apa kaitannya lemak badan dengan metabolisma? 1kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot, dan menggunakan kurang kalori berbanding yang sepatutnya bererti kadar metabolisma adalah rendah. Mereka yang mempunyai peratusan lemak badan yang tinggi mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding mereka yang mempunyai peratusan lemak badan yang rendah, walaupun kedua-duanya mempunyai berat dan ketinggian yang hampir sama.
3 – Mengikut gaya sang pemalas
Berjalan ke pasar dengan perlahan lenggang-lenggang kangkung, menyuruh si adik kecil mengambil segelas air didapur (walaupun diri sendiri mampu melakukannya), lebih banyak duduk berehat berbanding berjalan dan berdiri; semua aktiviti ini merendahkan kadar metabolisma.
Tips ini merujuk kepada mereka yang menetap/berkunjung ke kawasan-kawasan yang dingin. Apabila berada di kawasan yang dingin, hormon Thyroid, regulator kepada basal metabolic rate, akan meningkat (BMR meningkat, metabolisma juga meningkat), bertujuan untuk menyesuaikan suhu tubuh badan dengan persekitaran yang dingin. Memakai ‘pakaian panas’ akan mengurangkan lagi jumlah tenaga yang terbebas (dari badan kita) dalam bentuk suhu ke persekitaran, sekaligus merendahkan sedikit kadar metabolisma.
5 – Pengambilan kalori yang terlalu rendah
Situasi ini juga mempunyai kesan yang sama seperti situasi (1). Jika ingin turun berat badan, tolak 500-600kcal daripada yang sepatutnya sudah mencukupi, lebih daripada tu, NO. Disamping kekurangan sumber bahan bakar, badan akan kekurangan nutrien yang sepatutnya boleh didapati daripada sumber yang pelbagai (ikan, sayur-sayuran, buah-buahan). Pengambilan kalori yang terlalu rendah akan mengehadkan semua ini. Kesan ketaranya, badan akan menjadi lemah lesu, kesan antibodi dan daya-tahan tubuh badan menjadi lemah, sehinggakan untuk pulih sepenuhnya daripada selesema pun memakan masa sehingga sebulan lebih. Semua ini merujuk kepada ‘rendah kadar metabolisma’.
6 – Elak minuman sejuk
Dalam tips meningkatkan kadar metabolisma, aku ada menyentuh tentang air sejuk. Kononnya, badan akan menggunakan lebih kalori untuk menyesuaikan (menyuamkan) air sejuk yang diminum, kepada suhu badan. Oleh yang demikian, secara logiknya, mengelak minum air sejuk akan merendahkan metabolisma, bukankah begitu?
7 – Elak makanan pedas dan berempah
Terdapat kajian yang menunjukkan rempah ratus seperti cili, lada, serbuk kunyit, kari, dan jintan mampu meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Dengan mengelak makanan yang pedas dan berempah, metabolisma kita mungkin menjadi rendah.
8 – Kurang bersenam
Percaya atau tidak, kekuatan fizikal sebenar manusia terletak pada jantungnya, dan bukan terletak kepada sejauh mana besarnya otot badan. Jantung yang sihat merupakan jantung yang boleh bekerja dengan effisien tanpa sebarang gangguan. Daripada jantung jugalah darah dapat dialirkan keseluruh badan, supaya otot-otot dan organ-organ dapat menjalankan fungsi yang sepatutnya. Dalam erti kata lain, jantung adalah enjin kita, jantung adalah penentu sejauh mana badan kita lancar berfungsi, dan semua fenomena ini berkait rapat dengan istilah Metabolisma – sehebat mana badan kita bekerja. Anggap sahaja senaman merupakan salah satu cara untuk kita servis enjin, yakni jantung kita. Cuba fikirkan, apa yang akan terjadi jika enjin kereta jarang diservis? Bagaimana dengan performance kereta tersebut?
Di samping itu, senaman yang fokus kepada otot-otot (senaman pemberat atau weight training) juga mampu menggalakkan pertumbuhan otot (jika kena pada dietnya). Jika kita jarang bersenam, badan kita bukan sahaja ‘kurang’ otot, malah lemak-lemak juga semakin berkumpul, dan 1kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot (rendah kadar metabolisma).
Buat mereka yang ingin menurunkan berat badan, SILA ELAKKAN perkara-perkara di atas, dan ikut tips untuk meningkatkan Metabolisma. Buat mereka yang ingin menaikkan berat badan, tips di atas mungkin membantu, namun aku tidak berapa galakkan; sila ikut tips yang aku bekalkan di ruangan ‘Weight Gain‘ pada menu sebelah kanan blog ini. Ingatlah, kalau nak naikkan berat badan tu, biarlah secara berhemah dan sihat.
en SS, nk tanya skit pasal budaya 3x mkn tu.. mcm saya mmg amalkan budaya tu.. tapi so far tak la rasa lapar sgt.. sebab masih kenyang tu yg x amik mknan dlm kul 10pagi camtu.. pas breakfast… trus je lunch..
menu saya ; breakfast – mkn nasi ngn ulam2.. but in small portion / separuh. lunch : bihun tomyam or x tentu.. ikut menu yg ader.. tapi n0t nasi la.. karbo yg lain.. dinner: sup sayur + ikan. then no supper sebab tido awal. so bleh komen skit menu saya.. adakah ianya juga merendahkan metabolisma saya.
metabolisma kekal, tapi masih rendah berbanding sepatutnya.. boleh tingkatkan lagi kadarnya.. tentang makan 3x sehari tapi tak lapar, itu petanda bahawa metabolisma anda rendah.. badan akan proses makanan yang anda makan tu perlahan sebab dia tahu next meal dia lambat lagi.. lebih baik makan sikit2, tapi kerap.
en SS, bila kite berpeluh means kal0ri terbakar ker? atau metab0lisma meningkat..bile saya wat senaman memang berpeluh sgt.. but tak tau la baper kal0ri dah terbakar..
Salam MR.SS…
cume nk tanye…ade kaitan ke metabolic rate dgn kelaparan?
sbb ade mase2 tertentu…kelaparan tu menjadi2 walaupun dh makan…terutamanya dalam minggu2 exam…rase mcm dh jadik raksasa gorgon mkn…hehehe
salam, bergantung juga. takut ‘kelaparan’ yang dimaksudkan oleh
1. kalori yang diambil tu masih tak cukup, badan perlukan lagi. lagi-lagi bila anda tidur tak cukup.
2. metabolisma mmg tengah naik disebabkan anda baru praktikkan tips2 yang meningkatkan kadar metabolisma
3. sekadar nafsu makan…