Kisah seorang ‘Silent Reader’ bernama Rin

Masih ingat lagi wall post dalam page Susu Sejat tempoh hari? Sebelum saya menyiarkan komen tersebut di sana, saya sebenarnya telah meminta saudari ‘silent reader‘ tersebut untuk menulis pengalaman beliau dalam penulisan yang lebih terperinci supaya boleh dimuatkan dalam blog ini dan dibaca oleh semua. Pagi ini, saya berkesempatan menerima email dari beliau, dan kisah ini diharapkan mampu menjadi iktibar dan pembakar semangat anda di luar sana yang sedang dalam misi ke arah gaya hidup mantap. Teruskan membaca, dan selamat berjaya!

printscreen-20-may

As your request on FB, here is the long version of my story. Maaf kalau terlampau panjang. Saya menaip ni penuh emosi. Rasa nak menangis pun ada.. Hehehe….

Semuanya bermula around early of this year. Satu ayat dari seorang staf baru di ofis yang betul-betul “membangunkan” saya. Masa tu saya sedang berbual dengan sorang kawan lain berkenaan resepi. Tiba-tiba si staf baru ni menyampuk, “tu la kau, asyik citer pasal makan je, mana tak gemuk”. Ya Allah! Tuhan saja yang tau betapa sentapnya hati saya masa tu. Saya diam-diam ke tandas, dan menangis.

Masa tu saya jadi benci pada staf baru tu. Saya benci sangat. Dan rasa benci tu hampir memakan diri saya sendiri sebab saya mula jadi depressed. Saya tak boleh nak makan, hatta tengok makanan pun saya jadi marah. Saya hukum diri sendiri. Saya berpegang pada “falsampah” yang mengatakan, kalau saya tak makan, baru saya boleh kurus. Masa tu saya cuma fikir nak kurus. Hampir sebulan jugak saya depressed macam tu. Tapi bila saya timbang, takde perubahan pun pada berat saya. Sebab apa? Sebab untuk sehari yang saya tak makan, esoknya saya akan makan macam orang kebuluran setahun tak makan! The worst part is, saya tau apa yg saya buat tu salah. Tapi saya tetap macam tu. Bodohnya saya!

for-you

Sampai la satu hari, saya terjumpa satu “quote” di internet (as attached above). Entah mcm mana, saya teringin sangat nak mencuba apa yang gambar tu suruh buat. Jadi saya nekad nak mencuba. Bukan untuk lose weight. More like to cure my depression. Sabtu, 16 Februari 2013 (saya akan ingat tarikh ni sampai bila-bila) lebih kurang jam 7 pagi, saya bangun. Sarung T-shirt, seluar track dan sport shoes yang entah berapa kurun tak pernah dipakai, saya keluar dari rumah dan cuba jogging di sekitar rumah.

Tapi masa tu saya tak mampu jogging. Jadi saya buat brisk walking je. Tak lama pun. Dalam 30min macam tu. But the feeling… Tak tau nak cakap lah. Sangat… powerful! Dalam berpeluh-peluh tu (maklumlah dah berapa abad tak bersenam), for the first time ever, saya rasa diri saya sangat cantik! Bunyi macam gila, tapi memang itulah yang saya rasa! Balik rumah, saya ikut macam dalam gambar tu ckp. Makan buah (ingat lagi, saya beli epal khas untuk hari tu), pastu mandi air sejuk. Ya Allah! Nikmatnya!!! Rasa macam saya dah berjaya siapkan satu projek yang bernilai juta-juta ringgit!

Tau apa saya buat sepanjang hari tu? Saya habiskan masa membaca pasal healthy living and losing weight. All the tips, recipes, and most important, inspiring stories. One thing, saya tak baca pasal diet plan dari selebriti-selebriti yang kononnya cepat dan efisyen. Saya baca dan tengok Youtube berkenaan The Biggest Loser, Extreme Makeover, etc. Mereka semua bekerja keras untuk capai apa yang mereka nak.

Malam tu, saya pasang tekad. Saya akan lose weight, bukan untuk bf, bukan utk siapa-siapa, tapi untuk diri saya sendiri! Malam tu jugak saya pijak penimbang. Dan bila jarum penimbang berhenti kat 67kg, saya tersentak sekejap. Tinggi saya cuma 144 cm (ye, family saya mmg semua kurang ketinggian..hahaha!). Bila saya kira BMI, more than 30! OMG!! Saya mula terfikir semua risiko-risiko yang menanti saya. Untuk pengetahuan, famili saya memang ada sejarah dengan kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. In fact, my mom pun sedang bergantung pada mesin dialisis.

Sejak hari tu, hampir setiap hari saya akan jogging selepas kerja. Kecuali Isnin, sebab saya ada kelas (part time). So itu kira rest day lah buat saya. Sabtu & Ahad, saya akan pergi waktu pagi. Lepas Subuh terus bergegas ke KLCC. Tapi saya masih tak mampu jogging. Sebab berat yang berlebihan. Lutut saya akan sakit bila saya cuba jogging. Hampir sebulan, saya cuma mampu brisk walking. Tapi saya cabar diri sendiri. Every week, saya akan cuba tambah mileage. So if this week saya cuma mampu buat 1 pusingan taman kat KLCC, next week saya mesti buat 2 pusingan.

Tapi kena ingat, bukan setakat senaman saja yang kena buat, makan pun kena jaga. Saya betul-betul nekad berhenti makan McD/KFC/Burger King or whatever fast food yang ada kat Malaysia ni lah. Caranya? Bila terasa nak makan benda-benda tu, saya akan baca pasal daging McD or Burger King yang langsung tak dimakan kulat walaupun lebih setahun. Lepas tu tanya balik diri sendiri, sedangkan kulat pun tak nak makan, kenapa aku kena makan?! Benda tu bukannya keperluan pun. Saya cuma ada sebab untuk TIDAK makan. Tapi takde sebab atau keperluan untuk makan.

Saya mula belajar konsep “clean eating” yang mana kita kena makan makanan yang 100% tulen. Tak diproses, dan takde bahan pengawet. Contoh paling mudah, buah buahan & sayur sayuran. Bukan la maknanya kena makan buah dan sayur je 24jam. Tapi most of the food yang kita makan, kena yang “real“, bukannya junk food yang ada bahan entah apa-apa (berbelit lidah nak menyebutnya). Prinsipnya mudah je, kalau ada bahan yang kita tak tahu mcm mana nak sebut, jangan makan. Bahan-bahan yang pelik-pelik macam tu, tempatnya dalam lab, untuk uji kaji. Bukan dalam badan kita!

Tapi saya tau, saya tak patut kejam sangat pada diri sendiri. Seminggu sekali, saya akan ada cheat meal. Menu nya? Nasi lemak! Nasi separuh, timun lebih, telur rebus sebijik. Senang kan? Selalunya saya makan nasi lemak hari Jumaat. Sebab hari Jumaat mesti ada flea market kat Amcorp Mall (tempat kerja saya). So saya tak pegi makan lunch. Saya akan jalan-jalan kat flea market tu sampai habis lunch hour. Tak payah beli apa-apa pun. Jalan je. Itu pun dah cukup untuk bakar kalori (walaupun tak banyak). See, senang kan nak exercise?

Walaupun saya dah exercise & jaga makan, saya tak berani nak timbang berat. Sebab saya takut kalau-kalau takde perubahan, nanti saya akan give up. Kalau saya give up, mesti susah nak mulakan balik. So memang saya tak penah timbang sejak bulan Februari yang lalu. Tapi after few weeks of doing exercises, ada jugak orang yang tegur. Diorang cakap saya memang nampak lain. Even baju-baju saya pun dah mula rasa longgar. Yang best nya, bila pakai seluar, saya kena pakai belt! Tak pernah seumur hidup saya pakai belt. Ye lah, sebelum ni seluar semua ngam-ngam je. Tapi saya senyum ajelah. Tak berani lagi nak cakap apa-apa masa tu.

Nak jadi cerita, dalam awal bulan 4 hari tu, officemate saya yang selalu masuk marathon ajak saya masuk Milo Run. Saya tanya, berapa jauh? Dia cakap, “7km je…” Saya macam, “hah?! Badan macam aku ni nak masuk lari 7km? Kau gila ke ape?” Pastu dia cakap, “ala tak yah lari pun takpe. Ni bukan marathon betul-betul macam Standard Chartered yang sampai 21km tu. Tapi kalau kita dapat habiskan dalam masa 1jam 30min, nanti boleh dapat finishing medal.” Saya dengar ada medal, jadi bersemangat pulak! Terus register. Walaupun dalam hati masih ragu-ragu, “Boleh ke aku buat? Last aku masuk lari-lari ni masa sekolah dulu. Tu pun dah lebih 10 tahun dulu”. Dan rutin saya masih macam biasa. Pergi kerja, habis kerja, pergi jogging. Sabtu & Ahad pun jogging, walaupun kadang-kadang ter miss jugak sebab kemalasan. Hehehe…

Milo-Breakfast-run

Dan semalam (Ahad, 19 Mei 2013), tiba lah masa yang di tunggu-tunggu – “Milo Run, 7km!” Untuk 1st kilometer (KM), saya tak lari pun. Konon-konon nak simpan energy sampai KM yang ke-5 atau 6 nanti lah. Masuk KM yang ke-2, saya dah panas. Saya mula lari tapi pace memang slow gila. Orang jogging pun lagi laju kut. Masuk KM ke-3, baru betul-betul rasa panas, pace pun dah mula laju. Cukup 4km, saya mula pancit. Nasib baik sempat sambar air dari kaunter. So lepas tu saya jalan je. Sebab terlalu pancit. Bila saya nampak signboard KM ke-5, entah dari mana datang semangat, saya lari jugak! Walaupun slow.

Dari jauh saya dah nampak signboard KM ke-6, saya cuba lajukan pace lagi. Saya cakap pada diri sendiri, saya akan dapatkan finishing medal tu! Saya mesti dapatkannya! And guess what? Saya dapat!! Saya habiskan 7km yg menyiksakan tu dalam masa 1 jam 15 min!! Ya Allah!! Lepas je dapat medal tu, saya sebak sangat! Saya menangis! Officemate peluk saya! She said, “you did it!!” Saya tak mampu cakap apa-apa. Hanya mampu lap air mata yang dah macam air terjun tu!

Sumpah saya cakap, seumur hidup saya tak pernah terfikir saya boleh buat benda ‘gila’ macam tu! Even masa merentas desa kat sekolah dulu pun, saya antara yang terakhir sampai. Sebab memang tak mampu nak lari pun. Cuma jalan lenggang mak limah dari mula sampai habis. Tapi semalam, Allah saja yang tau betapa bangganya saya dengan diri saya. Maybe for some people, itu cuma 7km je. Tapi pada saya, itulah saat paling membanggakan dalam hidup saya. Lebih membanggakan daripada graduation day saya sendiri!

Siapa sangka, hampir 25 tahun hidup dengan macam-macam panggilan; gemuk, chubby, comel, sekarang saya mampu berbangga dengan orang lain dan cakap, “aku dah lari 7km dalam masa 1ajam 15amin, kau hado?!” Sampai mati pun saya akan ingat tarikh keramat ni, 19 Mei 2013, tarikh di mana saya buat sesuatu yang saya tak pernah saya terfikir mampu buat. Tarikh di mana saya dapat medal pertama saya untuk something physical. Tarikh di mana saya cipta sejarah saya sendiri!

Dan harini (keesokan harinya), 20 May 2013, saya tiba-tiba teringin hendak timbang berat badan saya. So pagi-pagi lepas bangun dari tidur dan ke tandas, saya keluarkan penimbang yang dah berhabuk bawah katil tu. Saya baca Bismillah. Saya naik. Saya tarik nafas dalam-dalam, kemudian tunduk untuk tengok paparannya. 58kg!! Ya Allah! Seingat saya, sejak zaman remaja, inilah kali pertama jarum penimbang tak mencecah angka 60kg! Sekali lagi saya menangis! Saya mula buat kira-kira dalam kepala. Dalam tempoh 3 bulan lebih ni, saya dah hapuskan 7kg!! Nampak sesuatu tak? Saya guna perkataan “hapuskan”, dan bukan “kurangkan” atau “hilangkan”. Sebab saya memang tak nak kutip semula 7kg tu!

Harini juga saya pergi kerja dengan senyum lebar walaupun kaki rasa macam nak tercabut akibat larian semalam. Tapi Alhamdulillah, senyuman saya tak berakhir di situ. Sampai di pejabat, someone tanya saya, “babe, u memang dah kurus la! I boleh nampak bezanya! baju u nampak besar sangat!”. Saya hanya mampu senyum. Sebab masa saya mulakan misi membuang lemak-lemak berlebihan ni, saya tak bagi tau pada sesiapa pun. Sebab saya tau diorang akan gelakkan saya, pastu ejek-ejek. Buat apa nak sakitkan hati sendiri kan?

Kemudian seorang lagi officemate datang, “Babe, I rasa u jangan pakai baju ni lagi la. Nampak besar sangat, dah jadi menggelebeh”. Walhal inilah baju yang saya pakai masa someone tu panggil saya “gemuk”. And harini jugak, staff yg dulu panggil saya gemuk tu, tanya saya, “betul ke ko masuk Milo Run semalam?” Dengan bangganya saya ckp “of course!”. Kawan saya yang ajak saya masuk Milo Run tu senyum lebar. Siap bagi thumbs up! Dalam hati saya ckp, “ambik kau! Dulu kata aku gemuk! Sekarang aku boleh lari lagi jauh dan lagi lama dari kau!”

Kegembiraan ni saya rasa hanya layak dikongsi dengan orang-orang yang memberi inspirasi pada saya. Bukan pada mereka yang selalu cakap saya poyo bila saya bergegas tukar baju untuk pergi jogging setiap hari lepas keja. Bukan jugak pada yang pandai beri komen kononnya nasi tu menggemukkan (yes, saya mkn nasi setiap hari!). Sebab tu saya pilih untuk kongsi dengan encik SS and readers sekalian. Sebab kita saja yang tau apa yang sedang/pernah kita lalui.

Untuk encik SS, terima kasih banyak sebab berkongsi semua info dan tips yang sangat berguna pada saya dan readers yang lain. Terima kasih sebab tak pernah kedekut ilmu walaupun kami tau anda sangat-sangat sibuk. Terima kasih sebab selalu menaikkan semangat kami bila kami hampir give up. Terima kasih!

Some of you may think this story is not a big deal. 7km and 7kg may means nothing to you. But it’s not about the numbers. It’s not how much you lose. It’s not how far you can run. It’s about saving your life. It’s about appreciating something that Allah has lend to you. Tak kira lah kalau anda hanya mampu buang 1kg dalam masa 2 bulan. Progress is progress. Appreciate your body. Say thank you to it. Reward yourself everytime you make progress. Go buy the new dress you always want. Go have a lazy day, watching movie and doing nothing for the whole day. Nak makan cheesecake? Fine. Go get it. One slice won’t kill you! But the whole cake will! So, learn to control, and appreciate your body!

Di bawah ini saya kongsikan tip-tip yang sentiasa saya amalkan.

Exercise! Exercise! Exercise!
Control portion.
– Minum air kosong! Air bergula hanya 2 atau 3 cawan kecil seminggu
– Nak fast food? Makanlah buah! Siapa kata fast food mesti penuh dengan lemak dan bahan yang bukan-bukan?
– Makan dalam kuantiti sikit, tapi kerap. Saya makan 5-6 kali sehari.
– Tak payah nak beli so calledhealthy shake” lah hape lah. The only healthy food is makanan yg tak ditambah bahan pengawet.
Exercise! Exercise! Exercise!Again
– Baca label sebelum anda beli/makan. Kalau ada bahan yang anda tak tau mcm mana nak sebut, jangan beli/makan
– Jangan simpan junk food dalam rumah. Kalau takde depan mata, takde la anda “termakan”. Lagipun, junk (sampah) tempatnya dalam tong sampah. Bukan dalam rumah!
Knowledge is power! Belajar tentang keperluan badan anda sendiri. Belajar apa yang badan anda perlukan utk berfungsi dengan betul. Jangan sekali-kali ikut pelan diet membabi buta!
– Rasa nak give up? No way!! Pergi baca kisah-kisah The Biggest Loser, atau lagi senang, baca kisah encik SS ni sendiri. Kalau mereka boleh buat, kenapa tidak anda? Kita sama-sama manusia. Apa yang orang lain boleh buat, anda pun boleh buat!
– Tak payah percaya sangat pada penimbang. Anda boleh rasa sendiri perubahan diri anda. Rasa tak baju tu makin longgar? Eh, dulu seluar tu tak muat. Tapi sekarang, siap kena pakai belt sekali? Tahniah!
– Nekad dalam hati, anda buat ni untuk diri anda sendiri. Bukan untuk bf/gf/kawan-kawan, bukan untuk sesiapa. Tapi untuk diri sendiri. Ini adalah cabaran dari anda, untuk anda. And of course, you know you can do it!

Perjalanan saya masih jauh. Masih banyak lemak-lemak yang perlu dihapuskan. Tapi saya tak risau. Biarlah lama mana pun masa yang diambil, saya akan hapuskan jugak baki lemak-lemak ni. Well, they say slow and steady win the race, right? So, hopefully story ni kalau tak banyak, sikit pun jadi la untuk inspire some of you. Feel free to email me kalau rasa-rasa nak bercakap pasal weight lose, or even if u feeling down/takde motivasi. Good luck!

Regards,

Rin
( email: rainyrin1807[at]gmail.com )

Comments

  1. By Esmee

    Reply

  2. By Safarah

    Reply

  3. By Alang

    Reply

    • By Esmee

      Reply

  4. By RAHIMAH

    Reply

  5. By zamkamis

    Reply

  6. By acik

    Reply

  7. By bungangkasa

    Reply

  8. By ejaMS

    Reply

  9. By kkoqin03

    Reply

  10. By Zahid

    Reply

  11. By Ben

    Reply

  12. By shahrizalismail

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *