Kod “E” dalam ramuan makanan

Negara kini sedang kecoh memperkatakan isu coklat Cadbury. Ini berikutan penemuan DNA babi dalam 2 produk coklatnya, oleh Kementerian Kesihatan Malaysia minggu lalu. Implikasi dari isu ini, ramai pengguna-pengguna beragama Islam yang mula berpandangan serong kepada syarikat pengeluar coklat tersohor itu.

Namun implikasi yang lebih menarik saya perhatikan sejurus pengumuman oleh KKM itu, ialah kebanjiran tweet dan share oleh pengguna laman sosial terhadap beberapa produk makanan ringan dan proses yang lain, yang turut dikatakan mempunyai unsur yang tidak halal (gara-gara ia bermula dengan prefix ‘E’ dan tidak dinyatakan pula secara terperinci apakah sumber asal aditif yang ‘meragukan’ itu).

Namun kenyataan media oleh Jakim bertarikh semalam (26/5/2014) telah sedikit sebanyak membalas dakwaan-dakwaan tersebut.

1-halal

Pada saya, memang apa yang dikatakan oleh Jakim itu betul. Bukan semua Aditif dengan prefix E itu dari sumber yang haram, kerana prefix E itu hanyalah sekadar kod pengenalan untuk bahan tambah makanan. Namun begitu, perlu diingatkan terdapat sebilangan aditif ini mempunyai status yang meragukan, lebih-lebih lagi jika produk tersebut tidak mendapat logo halal sah dari Jakim.

3-halal

Sekiranya sudah mendapat logo halal yang sah dari Jakim, maka bahan-bahan aditif itu sudah tentulah telah disahkan dari sumber yang halal. Namun jika sebaliknya (tidak mendapat pengiktirafan halal jakim atau mana-mana agensi agama yang diiktiraf), itu barangkali perlu diberi perhatian.

2-halal

Untuk tujuan itu, saya lampirkan di sini satu jadual yang menyenaraikan beberapa jenis bahan penambah makanan (aditif) yang hanya berpotensi datang dari beberapa sumber yang tidak meyakinkan (lebih-lebih lagi jika produk tidak mendapat status pengesahan halal dari pihak yang diiktiraf). Mungkin anda boleh merujuk jadual ini sebelum membuat keputusan membeli produk tersebut. Amalkan sikap membaca label ramuan produk sebelum membelinya.

Aditif makanan dengan prefix 'E' yang perlu diambil perhatian
kod nama jenis dan kegunaan status halal
*E100 Curcumin/Tumeric Pewarna Halal jika dikisar dari kunyit (serbuk); Mashbooh jika menggunakan cecair (pelarut perlulah sumber halal); Haram jika ramuan turut mengandungi lemak babi (emulsifier)
*E101 Riboflavin (Vitamin B2) Vitamin (infant formula) Halal jika sumber berasaskan tumbuhan; Mashbooh jika sumber haiwan; Haram jika ginjal dan hati Babi
*E102 Tartrazine Pewarna (kuning/oren) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*E120 Cochineal/Asid Carminic Pewarna (rose/merah) Haram jika dari serangga
*E122 Carmoisine/Azorubine Pewarna (rose/merah) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*E123 Amaranth Pewarna (rose/merah) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*E124 Ponceau 4R/Cochineal Red A Pewarna (kuah mee rebus) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*E127 Erythrosine BS Pewarna (merah ceri) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E131 Patent Blue V Pewarna (biru) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*E132 Indigo Carmine/Indigotine Pewarna (ungu) Halal jika 100% sintetik; Haram jika glycerine dari babi digunakan sebagai pelarut
*E142 Green S/Acid Brilliant Green BS Pewarna (hijau) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*E151 Black PN/Brilliant Black PN Pewarna (hitam) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E153 Carbon Black/Charcoal Pewarna (keju) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*E160a alpha-/beta-/gamma-carotene Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E160c Capsanthin/Capsorbin Pewarna (carotene) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E160d Lycopene Pewarna (carotene) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*E160e Beta-apo-8-carotenal Pewarna (carotene) Halal jika 100% serbuk atau granul; Halal jika minyak sayuran digunakan sebagai pelarut; Haram jika menggunakan gelatin dari babi
E160f Ethyl ester of Beta-apo-8-cartonoic acid Pewarna (carotene) Halal jika 100% serbuk atau granul; Halal jika minyak sayuran digunakan sebagai pelarut; Haram jika menggunakan gelatin dari babi
E161a Flavoxanthin Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E161b Lutein Pewarna Halal jika 100% serbuk; Haram jika glycerine atau gelatine dari babi digunakan
E161c Cryploxanthin Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E161d Rubixanthin Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E161e Violaxanthin Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E161f Rhodoxanthin Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E161g Canthaxanthin Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
E162 Beetroot Red/Betanin Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*E304 Acorbyl Palmitate Antioksidan (Vitamin C dan deravitifnya) Halal jika asid lemak tepu (palmitik) dari sumber tumbuhan; Haram jika asid lemak tepu (palmitik) dari lemak babi
*E306 Natural extracts rich in Tocopherol Antioksidan (Vitamin E) Halal jika Tocopherol dari sumber tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
*E312 Dodecyl Gallate Antioksidan (minyak masak) Halal jika berasaskan sumber tumbuhan (nutgall); Haram jika alkohol digunakan sebagai pelarut.
*E320 Butylated Hydroxy-anisole (BHA) Antioksidan (minyak masak) Halal jika minyak tumbuhan digunakan; Haram jika pembawanya adalah lemak babi (Nota: Ia tidak diedarkan dalam bentuk 100% chemical)
*E322 Lecithin Emulsifier dan penstabil Halal jika berasal dari lemak soya atau kuning telur; Haram jika berasal dari haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak
*E411 Gelatine Emulsifier dan penstabil Halal jika berasal dari haiwan sembelihan mengikut syarak; Haram jika berasal dari haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak atau haiwan yang jelas haram
*E422 Glycerol/Glycerine Gula alkohol Halal jika dari sumber tumbuhan; Mashbooh (haiwan); Haram dari lemak babi
*E470 Sodium/ Potassium/ Calcium salts of fatty acids Emulsifier dan penstabil Mashbooh; Halal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
*E471 Mono-/di-glycerides of fatty acids Emulsifier dan penstabil MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
*E472 Esters of mono-/di-glycerides of fatty acids Emulsifier dan penstabil MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
E473 Sucrose esters of fatty acids Emulsifier dan penstabil MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
*E474 Sucroglycerides Emulsifier dan penstabil (aiskrim/ minuman/ white coffee) MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
*E475 Polyglycerol esters of fatty acids Emulsifier dan penstabil MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
E477 Propane-1/2-ester diol of fatty acids Emulsifier dan penstabil MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
E481 Sodium stearoyl-2-lactylate Emulsifier dan penstabil MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
E482 Calcium stearoyl-2-lactylate Emulsifier dan penstabil MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
E483 Stearyl tartrate Emulsifier dan penstabil MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
E631 Disodium inosinate Penambah perisa MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan (ubi kayu) atau ikan sardin; Haram jika berasal dari babi dan haiwan yang tidak disembelih mengikut syarak
Aditif makanan tanpa prefix 'E' yang perlu diambil perhatian
kod nama jenis dan kegunaan status halal
*107 Yellow 2G Pewarna (Kuning) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*128 Red 2G Pewarna (Merah) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*133 Brilliant Blue FCF Pewarna (Biru) Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
154 Brown FK Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
*155 Brown HT Pewarna Halal jika 100% serbuk; Mashbooh kalau cecair (pelarut perlulah sumber halal)
430 Polyoxyethane (8) stearate Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
431 Polyoxyethane (40) stearate Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
432 Polyoxyethane (20) sorbitan/ Polyorbate 20 Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
433 Polyoxyethane (20) sorbitan/ Monooleate/ Polysorbate 80 Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
434 Polyoxyethane (20) sorbitan/ Monopalmitate/ Polysorbate 40 Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
435 Polyoxyethane (20) sorbitan/ Monostearate/ Polysorbate 60 Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
436 Polyoxyethane (20) sorbitan/ Tristearate/ Polysorbate 65 Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
476 Polyglycerol esters of glycerol and propane-1;2-diol Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
478 Lacylated Fatty Acids esters of glycerol and propane-1;2-diol Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
*491 Sorbitan Monostearate Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
*492 Sorbitan Tristearate Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
*493 Sorbitan Monolaurate Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
*494 Sorbitan Monooleate Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
*495 Sorbitan Monopalmitate Emulsifier dan penstabil Halal jika 100% lemak tumbuhan; Haram jika dari lemak babi
542 Edible Bone Phosphate (Bone meal) Anti-caking Haram jika dari tulang babi
544 Calcium Polyphosphates Anti-caking MashboohHalal jika berasal dari mineral; Haram jika berasal dari tulang babi
*556 Aluminium Calcium Silicate Anti-caking MashboohHalal jika berasal dari mineral; Haram jika berasal dari tulang babi
*570 Stearic Acid Anti-caking MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
572 Magnesium Stearate Emulsifier dan anti-caking MashboohHalal jika berasal dari tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
*620 L-Glutamic Acid Penambah perisa MashboohHalal jika berasal dari protein tumbuhan; Haram jika berasal dari lemak babi
*621 Monosodium Glutamate (MSG) Penambah perisa MashboohHalal jika bahan-bahan yang digunakan (media) ketika menghasilkannya dari sumber yang halal; Haram jika berasal dari daging babi
622 Monopotassium Glutamate Penambah perisa MashboohHalal jika bahan-bahan yang digunakan (media) ketika menghasilkannya dari sumber yang halal; Haram jika berasal dari daging babi
623 Calcium Glutamate Penambah perisa MashboohHalal jika bahan-bahan yang digunakan (media) ketika menghasilkannya dari sumber yang halal; Haram jika berasal dari daging babi
*627 Sodium Guanylate Penambah perisa Mashbooh jika berasal dari ekstrak brewer (yis yang telah digunakan dalam penapaian bir); Halal jika berasal dari sardin atau ekstrak yis; Haram jika diekstrak dari daging babi
*631 Sodium Inosinate Penambah perisa Mashbooh jika berasal dari ekstrak brewer (yis yang telah digunakan dalam penapaian bir); Halal jika berasal dari sardin atau ekstrak yis; Haram jika diekstrak dari daging babi
907 Refined Micro-crystalline wax glazing agents MashboohHalal jika berasal dari wax lemak tumbuhan; Haram jika berasal dari wax lemak babi
920 L-Cysteine Hydrochloride Compounds MashboohHalal jika berasal dari material sintetik; Haram jika berasal dari rambut manusia (Nota: Pandangan berbeza Ulama' jika melibatkan bulu ayam)

Aditif dengan tanda (*) adalah dibenarkan berdasarkan Akta Makanan 1993

Rujukan:
1) Panduan Halal Haram Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), m/s 51-60.
2) Food Info Net – http://www.food-info.net/uk/e/e631.htm

food_coloringNota: Kalau nak selamat, lebih baik dikurangkan terus pengambilan makanan-makanan ringan atau proses, dan kembali kepada pemakanan yang lebih natural (makanan itu asalnya boleh berjalan, bergerak, berenang, membesar dan membiak – contohnya ayam, ikan, buah, sayur). Namun pilihan semua di tangan masing-masing. Semoga maklumat dalam entri ini membantu anda yang ingin lebih berhati-hati ketika membeli produk makanan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *