Kursus Online Sains Penurunan Berat Badan (SPBB) – Batch Terakhir (Final)

Kursus Online Sains Penurunan Berat Badan (SPBB) merupakan kursus eksklusif atau “sesi tusyen khas” yang ditawarkan kepada kominiti fitness / jurulatih-jurulatih / pelajar / orang awam yang berminat untuk mempelajari dengan lebih mendalam konsep sains di sebalik proses kegemukan dan penurunan berat badan.

Kursus online ini bukanlah kursus di mana para peserta akan diajar langkah demi langkah untuk mengira keperluan kalori serta merangka menu diet atau senaman untuk proses penurunan berat badan.

Sebaliknya, Kursus SPBB ini merangkumi beberapa siri tutorial yang akan menerangkan dengan lebih mendalam akan proses metabolisma di sebalik kegemukan dan penurunan berat badan, selain turut membincangkan justifikasi bagi strategi penurunan berat badan berdasarkan penjelasan sains.

Menerusi kursus ini, para peserta akan didedahkan 3 prinsip penting dalam Sains Penurunan Berat Badan: FISIOLOGI, PROSES BIOKIMIA & DIET. Pemahaman kepada 3 prinsip ini akan semestinya membantu para peserta memahami TEORI di sebalik strategi penurunan berat badan seterusnya boleh diaplikasikan kepada klien/diri-sendiri.

SIAPA YANG PERLU SERTAI KURSUS SPBB INI?

  • Coaches / Jurulatih yang perlukan bimbingan tambahan dalam memahami sains di sebalik strategi fitness yang diamalkan, khususnya berkaitan penurunan berat badan
  • Mereka yang dah tahu cara kira kalori / strategi asas untuk kurus, dan bersedia untuk upgrade ilmu ke peringkat seterusnya
  • Mereka yang nak tahu macam mana (proses) badan boleh ‘mengembang’ atau ‘menyusut’ tanpa disedari, selain dari justifikasi ‘Surplus Kalori’ dan ‘Defisit Kalori’.
  • Mereka yang tidak pernah ambil sebarang kursus berkaitan sains hayat (life sciences) ketika sekolah dan universiti, tetapi mempunyai minat mendalam untuk belajar topik-topik berkaitan
  • Sesiapa sahaja, asalkan sanggup memberikan komitmen dari segi masa, wang dan tenaga untuk belajar!

MAKLUM BALAS PESERTA BATCH 1 & 2

Kursus SPBB ini telah dibuka sejak Disember 2018 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta-peserta daripada batch 1 dan batch 2. Ramai yang telah memberikan maklum balas positif bahawa mereka faham dengan topik-topik Sains yang disampaikan, meskipun mereka bukan daripada bidang Sains.

Kini Peluang Terakhir Anda Menyertai Kursus SPBB (Batch 3) (FINAL Batch)!!

Setiap yang bermula, pasti akan ada pengakhirannya. Begitu juga dengan kursus SPBB yang kami bawakan ini. Walaupun mendapat banyak maklum balas positif daripada ex peserta sebelum ini, namun saya secara peribadi terpaksa menamatkan kursus ini atas beberapa faktor. Antaranya faktor kekangan masa selain komitmen dan perancangan lain yang akan mula menyusul hujung tahun ini.

Namun bagi memenuhi permintaan beberapa individu yang terlepas batch-batch sebelum ini, saya bercadang untuk mengadakan satu lagi batch SPBB (merangkap batch/musim yang ketiga dan yang terakhir) sebelum ia ditamatkan sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Justeru pada mereka yang belum pernah menyertai kursus/tusyen SPBB ini tapi berminat dengan kandungan modul, mungkin ini peluang terakhir anda untuk menyertai kursus ini.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus/tusyen SPBB ini, teruskan pembacaan ke bahagian seterusnya.

PENDAFTARAN BATCH Ke-3 / “FINAL BATCH”

Struktur Kelas dan Perincian Topik

✒📚 Kursus ini terbahagi kepada 3 sesi berbeza seperti yang disenaraikan di bawah. Para peserta boleh memilih untuk mendaftar mana-mana sesi SPBB atau mendaftar ketiga-tiga sesi sekali gus (pendaftaran lengkap).

  1. SPBB Sesi 1: Pengenalan Metabolisma Lemak
  2. SPBB Sesi 2: Senaman dan Bakar Lemak
  3. SPBB Sesi 3: Sains di sebalik Fad Diet

Pelaksanaan ketiga-tiga sesi SPBB ini adalah 100% online dengan kaedah pengajaran akan melibatkan medium-medium berikut:

✏ Kelas dan Perbincangan –> Group Whatsapp
✏ Sesi FB Live –> Group Facebook
✏ Penilaian menerusi Kuiz Online** –> format objektif

**bagi kuiz online, hadiah istimewa akan diberikan kepada 3 peserta yang dapat markah tertinggi untuk setiap sesi.

Selain itu, sijil penyertaan kepada semua peserta turut disediakan.

Butiran untuk kadar yuran, jadual/tarikh dan perincian ketiga-tiga sesi adalah seperti di bawah.


📖 SESI 1: Pengenalan Metabolisma Lemak 🦴🧠
Komponen “Fisiologi Manusia”
Tarikh Kelas: Bermula 4 Sept – 30 Sept 2019 (Klik untuk jadual kelas)
Masa: 9pm – 10.30pm (online)
Yuran: RM200

Empat topik yang akan diajar menerusi 8 kelas:

Fisiologi Manusia
Topik ini merupakan asas kepada kursus “Sains Penurunan Berat Badan” dengan perbincangan tertumpu kepada pemahaman organisasi tubuh badan manusia.

Metabolisma
Para peserta akan didedahkan dengan definisi dan konsep metabolisma dan regulasi hormon dengan skop perbincangan adalah berkaitan penjagaan berat badan.

Teori Sel Lemak
Topik ini akan mendedahkan para peserta dengan konsep penting dalam peningkatan dan penurunan berat badan dari aspek fisiologi sel lemak. Selain itu, para peserta juga akan memahami secara asas proses pembentukan lemak badan selain merangka beberapa strategi untuk mengatasinya.

Genetik dan Obesiti
Menerusi topik ini, peserta akan didedahkan dengan peranan genetik dan epigenetik dalam obesiti dan penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease / NCD) masa kini.


📖 SESI 2: Senaman dan Aplikasi Bakar Lemak 🚴🏻🏋🏻‍♀
Komponen “Biokimia & Sukan”
Tarikh Kelas: Bermula 2 Okt – 28 Okt 2019 (Klik untuk jadual kelas)
Masa: 9pm – 10.30pm (online)
Yuran: RM200

Empat topik yang akan diajar menerusi 8 kelas:

 Kelas Kalori
Peserta akan memahami bagaimana untuk menyesuaikan pengambilan kalori agar selari dengan misi dalam menurunkan / menjaga berat badan. Aspek teori akan ditekankan, jadi sesuai untuk “coaches” yang berminat belajar benda baru.

 Makronutrien dan Pencernaan
Memahami bagaimana proses pencernaan berlaku sebelum bahan asas yang ‘diekstrak’ digunakan dalam metabolisma tenaga (i.e kitar tenaga). Peserta dijangka mampu menangkis mitos-mitos berkaitan penghadaman (contoh, konsep detoks dan penyingkiran lemak badan ke najis) apabila menguasai topik ini.

 Kitar Tenaga dan Bakar Lemak
Memahami dengan terperinci bagaimana ATP dijana menerusi beberapa laluan metabolik berbeza berdasarkan intensiti aktiviti2 fizikal tertentu. Peserta dijangka dapat memahami mengapa lemak hanya boleh dibakar oleh laluan metabolik tertentu (senaman tertentu) sahaja.

Selain itu, peserta juga akan memahami perkaitan antara tisu otot dan jenis respirasi yang digunakan. Peserta dijangka dapat memahami tujuan setiap senaman/latihan khusus justeru dapat mengaitkan dengan matlamat masing-masing.

 Diet Pemulihan (Pasca Senaman)
Fasa selepas senaman adalah paling kritikal kerana melibatkan 2 proses penting iaitu penyingkiran metabolite yang terhasil selepas bersenam serta pemulihan dan adaptasi otot. Bagaimana untuk merangka post-workout meal terbaik untuk membantu 2 proses di atas? Semuanya akan diajar dalam topik ini.


📖 SPBB Sesi 3: Sains di sebalik Fad Diet 🥦🧀
Komponen “Diet & Nutrisi”
Tarikh Kelas: Bermula 6 Nov – 2 Dis 2019 (Klik untuk jadual kelas)
Masa: 9pm – 10.30pm (online)
Yuran: RM200

Empat topik yang akan diajar menerusi 8 kelas:

Ulangkaji metabolisma
Recap kembali topik-topik dalam SPBB 1 & 2 berkaitan regulasi hormon dan sistem tenaga. Ini merupakan asas untuk memahami bagaimana diet seperti Atkins dan Intermittent Fasting berfungsi.

Diet Atkins – Bagaimana ia berfungsi?
Mengupas bagaimana Diet Atkins berfungsi secara saintifik. Mengapa ia berkesan? Mengapa ia ada implikasi-implikasi lain yang perlu dipertimbangkan. Semua akan dibicangkan dalam Topik ini. Selain itu, beberapa kajian terkini juga akan digunakan sebagai rujukan.

Diet Intermittent Fasting (IF) – Bagaimana ia berfungsi?
Mengupas bagaimana Diet IF berfungsi secara saintifik. Mengapa ia berkesan? Mengapa ia ada implikasi-implikasi lain yang perlu dipertimbangkan. Semua akan dibicangkan dalam Topik ini. Selain itu, beberapa kajian terkini juga akan digunakan sebagai rujukan.

Amalan-amalan Food Fadism
Topik khas untuk meneliti beberapa tabiat makanan yang di luar dari amalan normal “standard nutrition”. Beberapa kajian kes akan dipilih dalam perbincangan ini merujuk kepada amalan Food Fadism (termasuk Fad Diet) yang popular.


MAKLUMAT PENDAFTARAN

Yuran untuk setiap sesi kursus adalah RM200 sahaja. Yuran ini bertujuan untuk menampung kos-kos berkaitan pelaksanaan kursus ini seperti penyediaan nota, sijil dan masa pengajar (instruktor).

Namun begitu, tawaran istimewa pendaftaran untuk ketiga-tiga sesi cuma RM600  RM490 sahaja + FREE buku “Celoteh Susu Sejat Edisi 3: Diet dan Nutrisi” yang bernilai RM40 + FREE akses kepada 10 klip video tutorial FB Live terdahulu yang merangkumi topik-topik seperti regulasi hormon, kitar tenaga dan puasa!

Daftar ketiga-tiga sesi untuk RM490 sahaja
+ FREE Buku CSS 3: Diet dan Nutrisi
+ FREE akses 10 klip video tutorial

Bagaimana, sudahkah anda bersedia untuk menyertai kursus SPBB ini?

atau Whatsapp ke 010-463 4591 untuk pertanyaan dan pendaftaran

MENGENAI TENAGA PENGAJAR

Joy Kalonas atau nama sebenar beliau Hasrizul Bin Hashim merupakan penulis merangkap founder laman dan page FB Susu Sejat. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Biotechnology) (BSc.) dengan minor dalam Mathematics dari Rochester Institute of Technology, NY, US dan Sarjana Muda Sains (Sustainability) (MSc.) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Berpengalaman hampir sedekad dalam industri kecergasan sebagai content provider bagi web dan laman sosial Susu Sejat, beliau pernah terlibat dengan kajian melibatkan sel stem (penyelidik) dan nutrisi (ahli projek, kolaborasi UKM bersama International Life Sciences Institute (ILSI)), pernah menulis beberapa buah buku dan jurnal-jurnal ilmiah, serta berpengalaman sebagai penceramah diet/kecergasan. Sebagai penulis laman sususejat.com, beliau amat dikenali dalam kalangan pembaca/followers sebagai penulis yang mampu mengupas topik fitness dalam bahasa yang santai dan mudah difahami oleh mereka yang bukan dari bidang Sains.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *