Maaf, tiada kudrat untuk menulis…

2 minggu yang gelap gelita di susu sejat dot com

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mana perginya Susu Sejat memandangkan hampir 2 minggu blog ini tidak dikemaskini. Sebelum ini, blog kebiasaannya tidak dikemaskini dengan apa-apa entri baru untuk tempoh yang lama apabila musim cuti Hari Raya Puasa sahaja dan selain dari itu, selalunya pasti akan ada entri baru dari aku, paling kurang pun satu entri seminggu (bila terlalu sibuk). Walaubagaimanapun aku sudah pun memberitahu khabar ini di Facebook/Twitter, dan andaikata informasi itu tidak sampai kepada anda, besar kemungkinan anda masih belum lagi menjadi Fan atau Follower di Facebook/Twitter.

Terima Kasih kepada semua yang mendoakan, Terima Kasih atas sokongan yang diberikan..

Itulah pentingnya medium seperti Facebook/Twitter dalam menyampaikan maklumat, betul tak? Kalau rasa tak mahu terlepas apa-apa info selepas ni, jangan ragu-ragu untuk ‘like’ atau ‘follow’ Facebook Sususejat atau Twitter Sususejat, ok?

Mengapa hampir 2 minggu tidak menulis? Tidak tahu apa puncanya, setelah hampir setahun menyepi, sakit di bahagian epigastrik aku itu datang kembali, malah tempiasnya kali ini lebih kuat. Kali terakhir penyakit yang terkenal dengan panggilan “gastrik” ini menyerang aku adalah awal tahun ini, punca sebenar masih gagal ditemui, namun menurut doktor yang merawat aku ketika itu, tom yam yang aku makan sebelum itu merupakan ‘culprit’ (pesalah) yang bertanggungjawab ke atas tragedi yang berlaku. “Mungkin terlalu pedas dan masam (padahal tidaklah pedas mana), jangan makan makanan yang pedas-pedas dan masam,” kata doktor tersebut.

2 minggu sebelum ini ia hadir kembali, entah apa puncanya kali ini aku sendiri tidak pasti. Sinopsis ceritanya masih lebih kurang sama, aku ambil ubat yang dipreskripsikan oleh doktor, kemudian ia hilang, namun beberapa ketika ia datang kembali. Begitulah prosesnya, sehinggalah pada minggu lepas. Aku telah diajukan ke HUKM bahagian kecemasan (kesakitan gastrik amat memuncak ketika itu) kerana Doktor di klinik kesihatan yang aku kunjungi sebelum ini ‘mati akal’ dalam mendiagnosis masalah aku. Ujian darah mengesahkan aku adalah normal, tiada kencing manis, tiada darah tinggi, paras kolestrol yang normal, profil protein juga normal, blood count juga normal, malah ujian Hepatatis A dan B juga normal (mungkin beliau mengesyaki hati aku terdapat masalah kerana beliau mengesyaki kadar rembesan enzim aku sedikit tinggi). Kesimpulannya, aku secara teknikalnya sihat dan normal.

Di HUKM, aku amat lemah kerana kesemua makanan yang dimakan sebelum itu aku muntahkan, lebih dari 5 kali dalam tempoh kurang dari 24 jam, sehinggakan muntah aku menjadi muntah hijau (cecair perut). Selera makan pula entah ke mana, yang ada dalam fikiran aku pada ketika itu adalah untuk menghilangkan rasa loya (nausea) dan sakit di hulu perut (epigastrik) yang teramat sangat, hanya Tuhan dan mereka yang pernah mengalaminya saja tahu bagaimana rupanya sakit gastrik ini. Pembantu perubatan yang menyambut aku pula ada yang ramah, ada pula yang seperti kedekut melemparkan senyuman dan bersikap ‘kurang belas’ terhadap pesakit luar seperti aku. Mungkin muka aku yang terlalu serabai, toya dan kurang hensem (tak mandi pagi tu, sebab bila dah sakit tak fikir apa dah), atau mungkin juga mereka ini masih muda kerana aku difahamkan kebanyakan dari mereka adalah ‘pelatih’ pelajar perubatan di HUKM. Pesakit-pesakit di HUKM pula terlalu ramai pagi itu menyebabkan aku terpaksa menunggu dalam keadaan terseksa hampir 2 jam lamanya. Aku kemudiannya diminta agar darah aku diambil sekali lagi untuk mengesahkan dan membandingkan ujian darah yang aku buat sebelum ini. Alhamdulillah, semuanya normal dan akhirnya doktor mengesahkan aku sihat dan normal, berikut adalah ayat dari Doktor pada ketika itu,

“Awak normal, cuma gastrik biasa, awak ada masalah berulang begini sebab ubat yg awak makan tu tak jalan, saya akan bagi ubat yg lebih kuat, Nexium (esomeprazole), ambil sebiji setiap hari untuk 14 hari, dan jika tiada masalah kronik, awak sepatutnya ok selepas ni. Dan ingat, kalau awak sebelum ni merokok, sila kurangkan atau berhenti, dan spicy food juga, jaga2″

Benarkah apa yang aku alami itu hanya gastrik biasa? Aku ternyata tidak berpuas hati dengan jawapan doktor tersebut, masakan gastrik itu perkara biasa, walhal bila dah kena ia merupakan suatu pengalaman hitam yang amat menyeksakan, sakitnya, seksanya, hanya Tuhan dan mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu. Juga hadirnya bukan sekali, tetapi berkali-kali, mungkin selepas ini aku akan kena lagi, sedangkan ketika aku obese dahulu langsung tak pernah kena gastrik, langsung! Nak kata tak cukup makan, hampir 5-6 hidangan juga aku ambil setiap hari, namun pilihannya mungkin sedikit terbatas kerana makan dibeli di luar, lumrah buat seorang pelajar yang masih bujang macam aku (mungkin makanan luar ini salah satu puncanya?) Maka selang beberapa hari, setelah berasa sihat sedikit, aku cuba untuk mencari jawapan kepada permasalahan aku ini di internet, dan proses itu berlanjutan hingga ke hari ini.

Itulah sedikit sebanyak apa yang aku lalui sepanjang hampir 2 minggu bergelumang dengan gastrik, dan sepanjang tempoh ini, banyak juga yang aku pelajari, pengalaman dan ilmu berkaitan gastrik yang aku rujuk dari beberapa laman web juga membantu, Alhamdulillah semua tip dan nasihat yang dikutip banyak membantu. InsyaAllah dalm entri seterusnya aku akan mengupas sedikit sebanyak info berkaitan gastrik, apa itu gastrik, punca grastik, dan rawatan pencegahan berkenaan gastrik, untuk kebaikan kita bersama. Siapa tahu, gastrik akan menyerang tuan puan pula selepas ini, lebih baik bersedia dan mencegah.

Kini kudrat untuk menulis itu kembali perlahan-lahan. Siapa mahu sertai aku berjuang menentang obesiti?

Comments

  1. By myoliza

    Reply

  2. By hlovet_hnany

    Reply

    • Reply

  3. By labu sayong

    Reply

  4. By ctah

    Reply

  5. By Latifah

    Reply

  6. By team besar

    Reply

    • Reply

  7. By saky

    Reply

  8. By ooaea

    Reply

  9. Reply

  10. By emus

    Reply

  11. By nurul

    Reply

  12. By dka

    Reply

  13. By suri

    Reply

    • Reply

  14. By ujam

    Reply

  15. By farha

    Reply

  16. By wan

    Reply

    • Reply

  17. By sue

    Reply

  18. By rin

    Reply

    • Reply

  19. By zetty

    Reply

    • Reply

  20. By ejaMS

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *