“Kenapa ada orang makan banyak, tapi berat badan tak naik-naik?”

Kenapa ada orang yang makan banyak, tapi berat badan dia tak naik-naik?

Typical‘ jawapan yang biasa kita dengar adalah…

Dia mempunyai kadar metabolisma yang tinggi..

Habis tu, kalau orang tu kurus keding, tak pernah bersenam, adakah metabolisma yang tinggi juga adalah faktor utamanya?

Tidak tepat. Metabolisma yang tinggi hanya sesuai ditujukan pada mereka yang aktif dan rajin bersenam. Ini baru nampak logik kerana proses penukaran tenaga (metabolisma) perlu berlaku dengan cepat untuk tampung kadar keaktifan beliau..

(Nota: Takrifan metabolisma adalah perubahan molekul menerusi proses biokimia untuk tujuan menjana tenaga dan pertumbuhan)

Jadi, kalau orang yang tak bersenam, tak aktif, tapi makan banyak dan berat badan tak naik-naik, kita nak panggil apa?

Orang yang tak bersenam, tak aktif, tapi makan banyak berat badan tak naik-naik, itu bukan disebabkan oleh kadar metabolisma yang tinggi… itu disebabkan SAKA turun temurun yang terdapat dalam badan mereka…

Ok, saya bergurau… sebenarnya, individu yang tidak aktif, tetapi makan banyak dan berat tak naik-naik mempunyai masalah berikut…

Masalah penyerapan makanan

Ramai yang sangka pakej “3-in-1” ini (boleh makan banyak, tak perlu bersenam, berat tak naik) merupakan suatu kelebihan yang dicemburui. Lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita. Jeles sebab tengok kawan sebelah (kurus) boleh melantak 50 cucuk sate ketika buffet, dahlah tak payah bersenam untuk ‘bakar’ kalori yng diambil tu balik..

Tapi ketahuilah wahai saudara saudari sekalian, perkara yang dicemburui ini merupakan suatu bentuk masalah ‘malabsorption‘, yakni badan tak boleh nak serap nutrien dengan baik dalam usus kecil. Kesannya, makanan akan melalui usus kecil tanpa dicerna dengan baik. Dari segi ekonomi, ini RUGI.

Masalah ini ada kaitan dengan beberapa faktor, dan salah satunya adalah disebabkan oleh kurangnya ‘probiotik’ (microbiome atau “gut microbiota“) pada usus, yang membuatkan makanan tidak dipecahkan dengan baik justeru tidak diserap ke dalam darah dalam kuantiti yang sepatutnya.

Probiotik atau juga dikenali sebagai ‘bakteria baik’ membantu proses pencernaan dalam usus manusia.

Sebagai contoh, 2 individu yang mempunyai status kesihatan microbiome yang berbeza, menerima menu untuk satu hari yang sama dengan jumlah kalori kira-kira 3000kcal.

Individu pertama mempunyai profil microbiome yang baik, mampu mencernakan makanan yang diterima kira-kira 90%. Justeru, kalori yang masuk ke dalam badan adalah 2700kcal, dan dia mungkin terdedah dengan kenaikan berat badan.

Diari Diet

Walau bagaimanapun, individu kedua mempunyai profil microbiome yang kurang baik, cuma mampu mencernakan makanan yang diterima kira-kira 50% sahaja. Justeru kalori yang masuk ke dalam badan adalah 1500kcal. Dengan kalori yang sedikit ini, individu kedua terdedah dengan kesukaran untuk naik berat badan (dan mendapat nutrien yang mencukupi untuk ‘maintain the metabolism’).

Contoh bakteria baik dan bakteria jahat kepada usus..

Masalah ini mungkin berpunca secara genetik, atau mungkin juga berpunca sedari kecil (contoh: diet dari kecil yang tak sihat gara-gara mak bapa sibuk memberikan jajan kepada anaknya berbanding produk tenusu dan buah-buahan, jadi profil “gut microbiota” tak berapa berkembang dengan baik).

Saranan saya: Bersenam seperti latihan bebanan dan mula mengambil makanan yang tinggi probiotik (seperti yogurt) secara kerap mampu selesaikan masalah ini. Strategi di sini adalah untuk mempunyai profil microbiome yang baik, untuk menjamin usus yang sihat dan produktif.

Mengambil kedua-dua sumber makanan Probiotik dan Prebiotik mampu memperbaiki profile microbiome dalam usus mengkome. Chop, tau tak apa beza antara kedua-dua kumpulan makanan ni? Kalau nak tau, tunggu artikel blog susu sejat yang seterusnya…

Justeru sekali lagi, untuk orang yang tak bersenam, tak aktif, makan banyak, tapi berat badan tak naik-naik, jangan sekali-kali sebut orang itu mempunyai kadar metabolisma yang tinggi. Itu BUKAN jawapan yang tepat.

Metabolisma yang tinggi hanya sesuai ditujukan pada mereka yang aktif dan rajin bersenam. Ini baru nampak logik kerana proses penukaran tenaga (metabolisma) perlu berlaku untuk tampung kadar keaktifan mereka. Bukannya duduk kerja dalam pejabat, tak bersenam, lepas tu ‘claim‘ ada metabolisma yang tinggi… what the heck

“A body of evidence shows that the gut microbiota helps to harvest energy and increase host fat storage. The gut microbiota also produces pharmacologically active signaling molecules that interact with the metabolism of the host. For example, short-chain fatty acids (SCFAs) are produced by fermentation of dietary fibers by gut bacteria.”

Rujukan Asal: Boulange et al. 2016. Impact of the gut microbiota on inflammation, obesity, and metabolic disease. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4839080/

p/s: boleh share info ini supaya masyarakat kita faham beza antara ‘malabsorption’ (masalah penyerapan makanan) dan ‘kadar metabolisma tinggi’.

 ==========

Artikel ini merupakan salah satu topik yang dibincangkan dalam Siri Buku Celoteh Susu Sejat (CSS) Edisi 1: Sains Penurunan Berat Badan“. Jika anda sukakan penulisan ilmiah yang santai seperti ini, dapatkan siri buku CSS ini segera sementara stok masih ada; klik sini (Whatsapp) atau sini (Facebook). Dijamin berbaloi dan mudah faham!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *