Malaysia ke-10 termalas

Itulah nombor yang dikeluarkan oleh jurnal perubatan “The Lancet” tahun ini. Malaysia, negara tercinta kita, menduduki tangga ke-10 negara di dunia yang rakyatnya malas bersenam, dengan sejumlah 61.4% rakyat Malaysia malas berbuat demikian. Bukan itu sahaja, gaya hidup yang lemah seperti malas bergerak, terlalu bergantung kepada kenderaan bermotor meskipun destinasi yang hendak dituju itu cuma sekangkang kera, lebih rela membakar petrol kereta yakni pusing berkali-kali berhampiran dengan pintu masuk pasaraya semata-mata nak cari spot parking paling dekat, turut menyumbang kepada statistik buruk ini.

Antara 9 negara lain yang tergolong dalam 10 negara termalas ini adalah UAE (62.5%), UK (63.3%), Kuwait (64.5%), Micronesia (66.3%), Argentina (68.3%), Serbia (68.3%), Saudi Arabia (68.8%), Swaziland (69%), dan Malta (71.9%).

(Klik Video di bawah)

Dalam senarai 10 negara ini, cuma UK sahaja negara maju yang tersesat masuk dan ini adalah sesuatu yang agak pelik. Bagaimana pula negara pengeluar terbesar makanan segera (fast food) di dunia iaitu US? Secara jujur, apabila bercakap tentang kesedaran bersenam, mentaliti mereka lebih “maju” dari mentaliti orang Malaysia. Kalau anda berkesempatan mengunjungi Gymnasium di sana, anda akan terkejut melihat pada sebelah malam (luar waktu pejabat) Gym semestinya sangat penuh, malah jangan terkejut jika anda terserempak dengan nenek/makcik berusia 60 tahun ke atas masih giat mengangkat dumbell seberat 5lb (pound, sana tak guna unit Kg) di hadapan cermin!

Jika melihat di kawasan taman-taman pula, terutamanya apabila musim panas (cuaca tak sejuk), anda akan saksikan suatu pesta kemeriahan dengan penduduk setempat berpiknik, sebagai contoh mereka akan mengadakan barbecue picnic bersama keluarga dan sahabat handai, sambil beriadah bermain frisbee, bermain bola tampar, dodge ball, baling bola “american football” atau membawa haiwan peliharaan bersiar-siar. Gaya hidup seperti ini agak mustahil untuk kita lihat di Malaysia, meskipun negara kita boleh dikatakan setiap hari cuacanya elok!

Seteruk-teruk mereka dengan imej fast food yang bersepah, mentaliti mereka terhadap senaman sebagai kunci kesihatan lebih maju dan tinggi berbanding kita di Malaysia. Sebab itu kebanyakkan produk “pseudoscience” (maksudnya produk tanpa sokongan kajian saintifik mendalam) di sana lebih berkisar pada produk kelengkapan senaman, seperti yang anda pernah lihat produk senaman yang pelik-pelik di Smart Shop, Direct TV, dan sebagainya. Di Malaysia? Produk “pseudoscience” di sini lebih kepada pil-pil perlangsingan, penguat batin, jamu ketat bergetah, slimming juice, bla bla bla bersepah banyaknya.

Gambar di atas: “Ab Circle Pro Machine: Meskipun produk ini tiada sokongan kajian saintifik berkenaan mendapat perut cantik dan memiliki “six-pack” seperti yang didakwa, sekurang-kurangnya masyarakat di sana sudah dipupuk dengan dogma senaman itu perlu untuk tubuh badan yang kuat, sihat, dan bertenaga sehingga usia emas.”

Bila mentaliti dah maju, rakyat pun tak mudah terpengaruh dengan dogma “pil magik”, slimming suit, slimming shake, dan apa sahaja yang menjanjikan “short term effect“. Sebaliknya, sikap “long term health concious” itu akan lebih meningkat, tidak mudah alpa dengan kesihatan (rasa sihat) yang dimiliki sekarang, serta timbulnya kesedaran untuk menjaga badan untuk jangka masa panjang. When this attitude comes across our society, you know that exercise is always be the best form of medicine.

Berikut dilampirkan top 10 entri yang pernah ditulis oleh SS, yang menggambarkan kemalasan rakyat Malaysia bersenam (dah banyak diulas sebelum ini, maka dah jadi malas nak ulas panjang-panjang):

  1. Adakah kamu rakyat Malaysia itu? (typical unhealthy Malaysian)
  2. Senaman terapi kesihatan sebenar sejak azali!
  3. 4 golongan nak kurus di Malaysia, salah satunya malas bersenam
  4. Malas bersenam dan lemah gaya hidup, akhirnya statistik obesiti meningkat
  5. Mengapa senaman mengurangkan risiko sakit jantung?
  6. Bersenam, penawar segala jenis penyakit – proven by research!
  7. Mentaliti bersenam di kalangan orang Malaysia (written in KevinZahri.Com)
  8. Percubaan pertama MEMAKSA segelintir rakyat Malaysia untuk bersenam
  9. Gaya hidup yang lemah punca obesiti dan diabetes 
  10. Kaum Cina lebih “Health Concious” (rajin bersenam) berbanding Melayu & India

Komen SS: Badan kita bukan milik kita secara mutlak, sebaliknya cuma pinjaman dari Tuhan, sampai masanya kita kena serahkan kembali badan kepada Sang Pencipta. Tak malukah kita kalau pinjam barang orang, tapi buat palat dengan barang yang dipinjam itu seolah-olah kita yang memilikinya secara mutlak?

Comments

  1. By Anggerainie

    Reply

  2. Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *