Mampukah Kellogg’s K Special Baru menurunkan berat badan?

Mesti anda menyedari kehadiran iklan baru Kellogg’s K yang ditayangkan di kaca TV sejak akhir-akhir ini, berkenaan seorang wanita yang sukar untuk mengancing seluarnya kerana saiz pinggang yang bertambah, dan konon-kononnya dengan mengambil Kellogg’s K ini untuk beberapa minggu, barulah beliau boleh mengancing butang seluar tersebut.

Maaf kerana aku tak dapat sertakan video iklan tersebut di sini. Aku cuba untuk search iklan tersebut di Youtube, namun sayangnya tidak ketemu. Harap anda semua ada menonton iklan tersebut di TV supaya apa yang aku bakal ceritakan ini mudah difahami. (Harap juga sesiapa yang ada terjumpa/simpan video tersebut supaya dapat kongsikannya di ruangan komen entri ini).

Berbalik pada tajuk entri ini, mampukah Kellogg’s K Special Baru menurunkan berat badan mereka yang mengambilnya? Sebelum aku memberikan jawapan, sila fahami dulu situasi ini.

Info pemakanan ini dicedok di sini.

Secawan Kellogg’s K Special (31g) mempunyai nilai kalori kira-kira 110kcal. Segelas susu rendah lemak, sebagai contoh Susu Nesvita Omega Plus pula mempunyai nilai kalori kira-kira 122kcal. Apabila digabungkan kedua-dua ini, terbentuklah suatu hidangan Kellogg’s K (kira-kira semangkuk) yang nilai kalorinya ialah 110kcal + 122kcal = 232kcal.

Katakan Wan Halimah Jongang (nak kurus) cuba berdiet dengan menidakkan nasi dan hanya mengambil kira-kira 4 hidangan Kellogg’s K Special ini: Sebelah pagi, tengahari, petang, dan malam. Maka jumlah pengambilan kalori harian Wan Halimah Jongang ini ialah 4 x 232kcal = 928kcal, yakni jauh lebih rendah daripada kuota kalori harian beliau (DCR) yang mungkin sekitar 1500kcal.

Dengan defisit kalori sebanyak 500kcal sehari, dalam masa seminggu, Wan Halimah Jongang telah membakar lemak badannya sebanyak 3500kcal dan ini bersamaan kira-kira 0.5kg – dalam erti kata lain, berat badan Wan Halimah Jongang akan turun paling kurang sebanyak 2kg sebulan!

Namun, sekiranya Wan Halimah Jongang melantak seperti puaka dan dalam masa yang sama mengambil beberapa hidangan Kellogg’s K Special, agak-agak beliau akan mengalami penurunan berat badan kah? Jawapannya tentulah tidak!

Kesimpulannya di sini, kalori adalah kalori, tidak kiralah apa jenis makanan yang anda ambil sekalipun, ia tetap wujud di mana-mana. Asalkan anda mampu mengawal pengambilan kalori harian (untuk mencapai matlamat berat badan), anda pasti berjaya. Ingat, bukan perkataan ‘K’ yang tertera pada kotak Kellogg’s K Special yang menentukan anda turun berat badan atau tidak, tetapi perkataan ‘K’ pada pangkal perkataan keramat ini yang akan menjawab kepada segala permasalahan berat banda anda: KALORI.

Comments

  1. By izyanty collection

    Reply

  2. By halawatul iman

    Reply

  3. By aqmar

    Reply

  4. By LaiLaMajNuN

    Reply

  5. By dakwah

    Reply

  6. By toffee

    Reply

  7. By fit3ri
  8. By Joy Kalonas

    Reply

  9. By toffee

    Reply

  10. By Anonymous

    Reply

  11. By ~aina~

    Reply

  12. By ms

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *