Manusia dan Kereta

Apabila anda berbicara berkenaan analogi, anda sedang mencipta satu imaginasi….

Kereta: Dalam kereta, ada satu komponen yang sangat penting yang dikenali sebagai ‘Internal combustion engine‘ atau enjin.
Manusia: Dalam tubuh manusia, ada satu organ yang sangat penting yang dikenali sebagai Jantung.

Kereta: Enjin merupakan sebahagian dari sistem besar yang dikenali sebagai Sistem Pembakaran (Combustion System).
Manusia: Jantung merupakan sebahagian dari sistem besar yang dikenali sebagai Sistem Kardiovaskular.

Kereta: Dalam sistem enjin, petrol adalah bahan bakar dibantu dengan kehadiran oksigen.
Manusia: Dalam sistem metabolisma (kardiovaskular), darah bukan bahan bakar, sebaliknya bertindak sebagai medium perantara. Yang dibakar adalah glukosa + oksigen.

Kereta: Enjin dibantu satu lagi komponen dikenali sebagai karburetor dalam mencampurkan petrol dengan oksigen (udara).
Manusia: Jantung dibantu satu lagi organ yang dikenali sebagai paru-paru dalam mencampurkan darah dengan oksigen.

Kereta: Kerja enjin adalah bersifat satu hala, iaitu menerima, membakar petrol beroksigen (petrol + udara), dan melepaskan sisanya
Manusia: Kerja Jantung adalah mengitar dan mengepam semula darah beroksigen ke seluruh badan.

4 Lejang

Kereta: Petrol beroksigen tidak dipam ke tempat lain untuk dibakar, sebaliknya dioksidakan (dibakar terus) dalam enjin itu sendiri.
Manusia: Darah beroksigen akan dipam ke seluruh sel badan sebelum pengoksidaan glukosa berlaku (dibakar di sana). Sel-sel kardiak juga tidak terkecuali.

Kereta: Tindakan pembakaran ini menggerakkan sistem enjin, maka kereta pun bergerak.
Manusia: Tindakan pembakaran ini menggerakkan keseluruhan sistem manusia, maka manusia pun bernyawa (lebih sesuai digunakan berbanding bergerak).

Kereta: Adakalanya sistem enjin ini tersumbat dengan kekotoran.
Manusia: Adakalanya sistem kardiovaskular ini tersumbat dengan ‘kekotoran’.

Kereta: Ia menyebabkan enjin tidak berfungsi begitu lancar dan adakalanya kereta perlu dibawa ke bengkel untuk diselenggara enjinnya.
Manusia: Ia menyebabkan jantung tidak berfungsi begitu baik dan adakalanya tuan jantung tersebut perlu dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan.

Kereta: Dalam kebanyakan kes, situasi ini terjadi kerana tuan kereta tersebut gagal menjaga enjin keretanya dengan baik.
Manusia: Dalam kebanyakan kes, situasi ini terjadi kerana tuan badan tersebut gagal menjaga badannya dengan baik.

Kereta: Dia juga lupa, kereta perlu dibawa ke bengkel untuk menjalani pemeriksaan berkala (servis)
Manusia: Dia juga lupa, badan perlu dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan berkala (medical check up)

Kereta: Kekotoran tersebut perlu ditanggalkan secara manual oleh mekanik. Tiada alternatif lain.
Manusia: Kekotoran tersebut boleh dibuang secara manual (bedah) jika ia mencapai tahap kronik. Namun ada alternatif.

Kereta: Tiada cara lain, bawalah kereta pergi ke bengkel secara berkala.
Manusia: Kekotoran tersebut boleh tanggal dengan sendirinya jika jantung pada satu-satu masa boleh mengepam darah dengan daya yang tinggi, pada kadar yang tinggi, untuk tempoh yang sangat singkat, tetapi dilakukan secara berkala. (Ibarat guna pelocok dalam mengatasi sinki tersumbat).

Kereta: Tiada cara lain, bawalah kereta pergi ke bengkel secara berkala.
Manusia: Tindakan ini dikenali sebagai ‘kardio’ atau dalam bahasa mudahnya, BERSENAM. Ya, bersenam secara berkala.

Kereta: Ada orang yang rajin servis keretanya, pandai dia jaga keretanya.
Manusia: Ada orang yang rajin bersenam, pandai dia jaga badannya.

Kereta: Ada orang pula yang bila dapat kereta, tapi kurang memberi perhatian pada kesihatan keretanya, terutama hal berkaitan servis dan enjin.
Manusia: Ada orang pula bila dipinjamkan badan, tapi kurang memberi perhatian pada kesihatan badannya, terutama hal berkaitan bersenam dan jantung.

Kereta: Tahu guna saja, tapi ilmu berkenaan kereta kurang. Apatah lagi nak mengaplikasikannya.
Manusia: Tahu guna saja (badan), tapi ilmu berkenaan badan kurang. Apatah lagi nak mengaplikasikannya.

Kereta: Akibat dari kekotoran yang sedikit ini, jangka hayat kereta mungkin jadi lebih singkat, berbanding jika ia dijaga dengan baik.
Manusia: Akibat dari kekotoran yang sedikit ini, jangka hayat badan mungkin jadi lebih singkat, berbanding jika ia dijaga dengan baik.

Kereta: Bayangkan pada suatu hari ketika anda sedang memandu dengan aman, secara TIBA-TIBA enjin kereta anda buat hal dan anda terpaksa ‘pull over’ ke tepi, anda keluar dari kereta lalu mengangkat dan melambai tangan untuk mendapatkan bantuan.
Manusia: Bayangkan pada suatu hari, mungkin selepas anda membaca entri ini, sedang anda melakukan kerja harian dalam suasana tenang, secara TIBA-TIBA jantung anda buat hal dan anda terpaksa merebahkan diri, ada mengerah keringat yang ada dengan mengangkat dan melambai tangan untuk mendapatkan bantuan.

servis

Kereta: Lori tunda datang untuk menunda dan membawa kereta anda ke bengkel.
Manusia: Van Ambulan datang untuk mengusung dan membawa badan anda ke hospital.

Kereta: Di bengkel, mekanik sahkan salah satu injap dalam enjin sudah pecah dan untuk menyelenggaranya memakan kos yang seakan hampir dengan membeli kereta baru. Seakan tiada harapan untuk membaikinya semula, melainkan enjinnya digantikan baru.
Manusia: Di hospital, doktor sahkan salah satu arteri koronari tersumbat, mengakibatkan sel kardiak tercedera kerana tidak mendapat oksigen yang cukup, akibatnya jantung tidak lagi berdegup kerana sel-sel kardiak sudah rosak. Hendak diganti, teknologi jantung sintetik pada hari ini masih mentah.

Kereta: Seakan tiada harapan untuk diselamatkan…
Manusia: Seakan tiada harapan untuk diselamatkan…

Kereta: Jahanam enjin, maka tersadailah kereta di halaman rumah, mereput, tunggu masa dimamah udara dan air (karat)
Manusia: Jahanam jantung, maka bersemadilah badan di dalam tanah, mereput, tunggu masa dimamah bakteria.

Manusia, cuba anda hayati persembahan berikut….

Comments

  1. By danedz

    Reply

  2. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *