Mari berkenalan dengan tubuh badan 1

Adakah kita benar-benar mengenali dengan lebih mendalam tubuh badan kita? Fakta-fakta berikut sedikit sebanyak mungkin membantu anda untuk bersuai kenal dengan diri anda dengan lebih rapat lagi.

1 – Hidung

Hidung seorang manusia mungkin tidak sesensitif anjing, tetapi itu sudah cukup buat hidung manusia untuk mengesan lebih 50,000 aroma yang berbeza.

 

2 – Lidah

Lidah adalah otot manusia yang paling kuat, disamping ia merupakan satu-satunya otot yang terletak pada hujung sistem (kedua-dua hujung otot-otot yang lain adalah bercantum dengan sendi atau otot yang lain). Selain itu, sama juga seperti cap jari, setiap ‘corak’ lidah manusia adalah berbeza antara satu sama lain.

3 – Tulang

Seorang dewasa mempunyai bilangan tulang yang kurang (206 tulang) daripada bayi (350 tulang). Pengurangan bilangan tulang ini adalah disebabkan kebanyakkan tulang bercantum untuk membentuk satu tulang yang baru sepanjang tempoh/proses tumbesaran.

4 – Perut

Tahukah anda tahu bahawa dinding perut anda sentiasa diganti setiap 3 hingga 4 hari? Mekanisma ini terpaksa berlangsung untuk menahan kesan menghakis “bile acid” oleh perut dan seandainya mekanisma ini terhenti, asid yang ada akan menghadam perut anda sendiri sebagai makanan!

 

5 – Usus

Panjang usus kecil manusia sahaja adalah kira-kira empat kali purata ketinggian seorang lelaki dewasa. Namun kita tidak sedar usus kecil kita adalah sepanjang itu memandangkan ia sudah berlipat-lipat di dalam tubuh badan.

 

6 – Bakteria (Normal Flora)

Seluruh tubuh badan manusia, kecuali darah dan cecair bendalir yang menyelaputi sendi, adalah mengandungi bakteria. 1 inchi persegi kulit manusia sahaja sudah mengandungi kira-kira 32 juta bakteria pelbagai jenis yang tidak merbahaya, namun kewujudan mereka tidak disedari memandangkan saiz mereka yang sangat-sangat kecil.

7 – Darah

Panjang pembuluh darah dalam badan manusia, apabila dicantumkan secara keseluruhan adalah kira-kira 60000 batu. Kira-kira 2000 gallon darah akan mengalir dilaluan ini setiap hari, yang mana daya tujahannya adalah berpunca daripada denyutan jantung yang kuat.

 

8 – Air Liur

Seseorang akan menghasilkan kira-kira 24000 Liter air liur sepanjang hayatnya, dan isipadu sebanyak itu sudah cukup untuk mengisi sebuah kolam renang biasa, atau 1/9 kolam renang bertaraf Olimpik!

 

9 – Rambut

Tahukah anda? Warna rambut menentukan ketebalan rambut yang anda miliki. Mereka yang memiliki rambut berwarna “Blonde” merupakan golongan yang memiliki rambut paling tebal. Secara purata, setiap kepala manusia mempunyai 100,000 folicle rambut yang mana setiap satunya berupaya menghasilkan 20 urat rambut sepanjang jangka hayat manusia. Walaubagaimanapun, mereka yang memiliki rambut berwarna “Blonde” mengandungi secara purata 146,000 folicle rambut, yakni paling banyak, diikuti mereka yang berambut hitam (110,000 folicle), berambut perang (100,000 folicle), dan yang paling kurang tebal, mereka yang berambut merah (86,000 folicle).

Blonde

10 – Kuku

Satu fakta menarik yang anda mungkin tidak tahu tentang kuku anda ialah, kuku yang terdedah dan terletak pada jari yang paling ‘aktif’ adalah paling cepat tumbuh berbanding kuku yang tidak aktif! Ini bermaksud, sekiranya diteliti betul-betul, kuku yang terletak pada tangan kiri si kidal (menulis dengan tangan kiri) akan tumbuh dengan lebih cepat berbanding tangan kanannya. Dan ini juga menjelaskan mengapa kuku tangan manusia tumbuh lebih cepat berbanding kuku kaki (jari tangan lebih aktif dari jari kaki).

Comments

  1. By Kamal

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *