Mari mengenal sembelit: Tahi merajuk tak mahu keluar?
Ramai yang berasa malu apabila berbicara (mengaku) mengenai sembelit memandangkan perbualan berkenaan tahi ini mungkin dianggap perkara yang tak senonoh, busuk, dan menjijikkan. Tetapi dalam waktu yang sama, ramai di kalangan kita yang mengalami sembelit. Bukankah ini sesuatu yang ironi? Perkara yang sering kali berlaku dalam masyarakat kita, tetapi tidak mahu dibualkan dengan alasan ‘SEGAN’! Oleh yang demikian, aku tergerak hati sedikit untuk menulis entri berkenaan sembelit ini supaya ‘orang-orang yang segan’ ini tahu bahawa sembelit ini bukan lagi sesuatu yang ‘taboo’ untuk dibicarakan.
Setiap orang mempunyai pola berak yang berbeza. Ada yang berak 2 kali sehari, ada yang berak lebih dari itu (diarrhea), ada yang berak sekali sehari (yang ni normal), ada juga yang berak 3 kali seminggu. Kekerapan seseorang itu berak memang berbeza, ini semua orang tahu. Tetapi bagaimana pula dengan situasi yang dikenali sebagai sembelit? Mungkin ramai yang percaya sembelit bermaksud tahi itu tidak terkeluar langsung ketika berak, namun hakikatnya dari aspek perubatan ia adalah situasi di mana seseorang itu pergi ke tandas dengan kadar yang kurang berbanding biasa, atau keadaan dimana seseorang itu sukar untuk melepaskan lawas (berak). Jika kebiasaannya anda berak 4 kali seminggu, namun tiba-tiba pada minggu ini anda hanya berak 2-3 kali sahaja, anda sebenarnya sudah mengalami sembelit!
Makanan yang kita makan, selepas melepasi tahap pencernaan di perut, akan melalui pula laluan usus. Makanan-makanan ini sekali lagi akan melalui proses peristalsis, di mana otot usus akan berkontraksi (kembang kucup secara berritma) untuk menggerakkan makanan ini dari satu titik ke titik yang lain. Sepanjang melalui usus, semua nutrien yang terkandung dalam makanan ini akan diserap ke dalam darah, seterusnya digunakan untuk metabolisma tenaga atau fungsi fisio tubuh badan yang lain, sebelum takdirnya yang terakhir iaitu keluar dari lubang punggung sebagai lawas. Kebiasaannya, lawas manusia akan terdiri (komposisi) dari air, sumber serat yang tak tercerna, lemak-lemak yang tak tercerna, dan jutaan bakteria terutamanya dari jenis E. coli (itu pasal tahi berbau busuk, bakteria dan toksinnya itu berbau busuk). Boleh baca lagi maklumat berkenaan tahi di sini.
Untuk melancarkan proses peristalsis ini, gerakan lawas perlulah cukup besar untuk membantu merangsang kontraksi usus, disamping lawas juga perlulah lembut supaya mudah ‘bergerak’ di dalam usus.
Gejala-gejala umum sembelit adalah meliputi (sekiranya anda mempunyai salah satu daripada gejala ini, maka memang sah anda sudah mengalami sembelit):
- Kekerapan untuk berak berkurangan berbanding biasa
- Perlu teran sampai muka menjadi merah ketat ketika berak
- Terasa sakit ketika berak
- Tahi kelihatannya sangat kering dan keras, dah rupa macam tahi arnab atau tahi kambing.
- Tidak berasa puas selepas berak – terasa macam ada lagi tahi yang tak keluar.
- Teran punya teran, alih-alih seketul tahi pun tak terkeluar. Keluar tandas dengan muka yang hampa.
- Kadang-kadang proses meneran itu boleh mengakibatkan pendarahan pada dubur (lubang punggung)
- Selain itu, mereka yang mengalami sembelit akan cepat berasa kenyang ketika makan.
Punca-punca umum sembelit meliputi:
- Kurang pengambilan air
- Kurang pengambilan serat
- Kurang aktif
- Stres
- Malas nak ke tandas
- Pandang remeh apabila terasa pola untuk berak itu semakin mengurang
- Punca lain termasuklah pengambilan beberapa ubat (seperti ubat penghilang rasa sakit), beberapa keadaan perubatan dan perubahan persekitaran (pergi bercuti).
Cara mudah untuk mengatasi sembelit:
- Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkasn stres, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (cepat berak).
- Minum air secukupnya – ramai mengesyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, tetapi bagi aku, bab minum-minum air ni hanya perlu dengar pada tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan warna air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air.
- Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari.
- Jangan malas nak ke tandas!
Dapatkan nasihat perubatan yang selanjutnya sekiranya sembelit anda adalah pada peringkat yang lebih parah (sakit perut, muntah-muntah, dan lawas mengandungi lendir/darah)
Bacaan berkaitan:
Cerita Tentang ‘Tahi’..
Cerita Tentang ‘Tahi’.. (Bahagian 2)
Cerita tentang ‘Kentut’..
dulu sebelum diet,tiap2 hari saya buang air besau..
dan sekarang tengah diet pon tiap2 hari buang ..tp saiz tahi smakin kecil tak mcm sebelum diet..dan
yang saya perasan, senaman memang membantu pengeluaran tahi..
bagus info ni..
minta share:))
sila2.. :)
ya tahi yang dikeluarkan dalm size yang kecil dan banyak.adakah ini tanda our bowel system quite good?.dah jadi routine 5.00 pagi in the toilet.
berapa banyak yang keluar tu tak penting, yang penting, adakah ia berlaku setiap hari, dan tidak terdapat kesukaran mengeluarkannya (tak perlu teran tahi tu sangat).. kalau pudin mengalami seperti yang saya katakan, insyaAllah, you are doing fine :)
adakah faktor makanan yang menyebabkan sembelit?
boleh jadi.. diet tu faktor yang paling penting. Diet yang kurang serat = susah nak berak.
hai nk kongsi citer… dulu sebelum buat makan 5-6 kali sehari berak hanya sekali sehari… bila skang follow diet 5-6 kali sehari dan makan kurang dari kalori di perlukan.. dah berak 2 kali sehari… selalu kena awal pagi atau lepas breakfirt dan juger lepas lunch…. pasal apa ye… metabolisma dah naik ker… dulu ingat lagi .. masa kurus kering bmi bawah 20… lepas makan jer mesti nk berak.. :-)
salam susu sejat,
saya nak bertanya , saya mengambil keputusan mengambil suplement spirulina(konon2 nak ganti dgn sayur la) Sebab maleh dan tak suke! tak suke! makn sayur..
Tapi kesan dalam pengambilan ni, saya mengalami sembelit yg boleh tahan jugak …
So, soalan saya, Betoikah side effect dari spirula ni boleh menyebabkan sembelit.
Pelik juga kan? Mula2 memang pikir tak logik,(industri claim spirulina ni lebih tinggi serat dari veg. yg lain)
tapi bila buat ekperimen dalam 2 kali dalam masa yg berbeza mmg sembelit tu wat come back.
macamane tu yop?
pelik juga ni.. boleh tahu tak sumber apa yang nature makan? ada sample diet harian?
Saya seorang pesakit buah pinggang dan pernah mengalami sembelit akibat terlalu banyak makan ubat dan sikit meminum air.Ini kerana pesakit buah pinggang perlu mengawal jumlah pengambilan air bagi mengelakkan berlakunya edema(pembengkakan kaki dan muka).
thanks for the info :)
boleh tak tolong saya..saya jugak mengalami sembelit.susah nak berak but perasaan nak berak tu ada saja tapi bila dah teran tak jgk ada tahi kluar..saya dah tak tahan dah ngan penderitaan nie..any tips please
DjMist, cuba ikut petua yang disampaikan menerusi entri ni.. insyaAllah. :)
salam wbt
saudara joy,.gua mengalami buasir,.ada apa2 tips x?saya menderita,. help me,. :(
salam,
serius ke buasirnya? dalam kes ini, saya tak berani nak komen lebih2 sebab bukan kepakaran saya… mungkin lebih baik merujuk doktor.
Info yang sangat memberi munafaat kepada Makbonda,teruskan.Makbonda doakan kamu sehat dan berbahagi di dunia dan akhirat.
perkara kelima adalah punca makbonda terlibat dengan fenomena ini.
Hi..sy seorg yg aktif jgak smggu sekali jog..ari biasa aerobi 2-3 kali..setiap ari mkn buah/sayur n minum susu..kerap mnum air kosong sbb selalu dahaga ..tp sekali sekala sy mngalami sembelit..berak tahi keras smp skt nk buang..kdg2 sgkut trus xnk kuabtp da hujung2..jln pon skt..apa mslhnyr tu eh? Tq
Salam SS sy org baru…skrang sy bertarung dgn sembelit yg truk (mgkin ke arah buasir- sudah 3 bln mnderita) sy tinjau2 laman web..jmpe laman web ss..bagus info2 yg diberikan berkenaan pasal najis.. trima ksih ss…sy jadi derita sbgini sbb pngambilan supliment utk ksihatan (herbalife) sy x sangka akhir sy jdi mcm ni..derita yg ntah bila akn baik..disini sy nak nsihatkan pd shabat2 jgn ambil suppliment mudah2 je..walaupn blh dpercya..blm tntu perut blh trima..
bahaya kalau ambil produk sbarangan.. risau saya
macam mna mahu atasi sembelit sekiranya dalam keadaan berpuasa?
Saya gi toilet jarang tiap2 ari..slalu 2 ari skali.tp xsakit, senang n puas sbb kuar sume.hahah..cume sbelom gi toilet,sy kne minum nescafe dulu..lps tu bru ad feel nk berak..pelikkan…
tq informasi yee.. tq.. sye mengalami bru lagi
Tolong sembelit aq dah semakin parah..
Cuba try apple cider vinegar..Insyaallah boleh sembuh