Mengelak penurunan berat badan ketika Ramadhan?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui yang aku kini sedang dalam proses untuk menaikkan berat badan. Pelik bukan? Setelah sekian lama menurunkan berat badan daripada 110kg kepada 68kg, tiba-tiba nak menaikkan kembali berat badan, biar betul si Ejoy ni kan?

Aku ada alasan sendiri untuk menaikkan kembali berat badan aku. Salah satunya ialah, ibu aku pernah memberitahu yang aku terlalu ‘skinny‘, dah rupa macam orang hisap dadah katanya. Aku teliti tubuh aku di cermin, memang terdapat beberapa bahagian tubuh yang aku lihat terlalu ‘skinny‘. Aku semak paras Body Fat % aku, dan ternyata masih kurang memuaskan (sekitar 17) meskipun aku mempunyai BMI 23.

Maka aku mengambil keputusan untuk menaikkan kembali berat badan aku kepada beberapa angka, dengan harapan berat otot yang akan ditambah bakal membakar lebih banyak lemak ketika bersenam kelak. Dan Alhamdulillah, berat aku pada saat aku menaip entri ini ialah sekitar 75kg – 76kg, setelah berusaha kerasa selama 5 bulan lamanya.

Namun, memandangkan bulan Ramadhan bakal menjelang, satu perasaan gelisah telah muncul di sudut hati aku beberapa minggu yang sudah: aku bakal mengalami penurunan berat badan. Memang sesuatu mengerikan, setelah bersusah payah selama berbulan-bulan lamanya untuk menaikkan berat badan, tiba-tiba semua berat yang telah ditambah bakal hilang.

Maka tanpa membuang masa, minggu lalu aku menghubungi Egonutrition.Com di laman facebook, dan bertanyakan jika mereka mempunyai tips/ stok protein yang mampu membekalkan protein sehingga 12 jam lamanya.

(Klik untuk besarkan)

Itulah jawapan yang aku cari selama ini, Probolic SR. Dan aku bakal mengambil supplemen Probolic SR sebelum tidur dan sebelum waktu imsak, sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Apa yang istimewanya dengan Probolic SR? Probolic SR adalah campuran pelbagai jenis protein, daripada fast acting protein (pantas diserap kedalam darah), hinggalah kepada slow acting protein (lambat diserap kedalam darah). Ditambah pula dengan formula-formula tertentu, maka Probolic SR adalah jauh lebih istimewa berbanding protein-protein yang lain kerana ia mampu membekalkan otot dengan Amino Acid sehingga 12 jam lamanya secara berterusan, sesuatu yang sangat diperlukan apabila kita berada pada fasa puasa.


Selain itu, Probolic SR juga dilengkapi dengan BCAA dan Glutamine, iaitu 2 faktor penting yang mencegah muscle catabolism (penghuraian otot sebagai sumber tenaga).

Dipendekkan cerita, dengan mengambil Probolic SR sebagai supplemen ketika Ramadhan, adalah lebih menguntungkan berbanding mengambil Casein Protein, Glutamine dan BCAA secara berasingan, dan menjimatkan wang sehingga beberapa peratus. Aku amat mengesyorkan kepada mereka yang bercadang untuk mengekalkan berat badan agar mengambil supplemen ini.

P/S: Sila jaga juga pengambilan kalori agar tidak terlalu kurang berbanding DCR. Okeyh?

Comments

  1. By Anonymous

    Reply

  2. By Joy Kalonas

    Reply

  3. By putri_syu

    Reply

  4. By Juraij

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *