Menjawab isu ‘bahaya’ Phytic Acids dalam Soya…

Saya terdetik untuk menulis berkenaan entri ini memandangkan masih ramai yang serkap jarang dan menerima bulat-bulat info yang mereka baca di whatsapp atau di FB berkenaan “kebahayaan” susu kacang soya.

Sejak 2 hari lepas lagi, ada yang tanya saya elok ke minum soya ni? Bukan soya ‘kaya’ dengan anti nutrien (phytic acids)? Phytic acids mengakibatkan kanser? Sebelum melanjutkan ke pandangan saya, terlebih dahulu tahukah anda apa itu Phytic Acids?Phytic

Phytic acids cuma ada dalam soya? Tidak tepat. Tahukah anda jagung juga mempunyai phytic acids? Almond juga mempunyai LEBIH banyak phytic acids berbanding kacang soya. Nasi juga mengandungi phytic acids. Boleh kata semua jenis kacang (nuts), legumes (macam kacang dhal, kacang hijau), dan wheat (muesli, oats) ada phytic acids.

Memang ada kajian yang hubungkan pengambilan phytic acids dengan kanser, TETAPI ada lebih banyak kajian yang ‘counter’ kajian tersebut, dengan mengaitkan phytic acids secara positif terhadap kesihatan badan, antaranya dalam mencegah kanser.

Terdapat juga kajian yang merumuskan phytic acids mampu mencegah pengerasan arteri (hardening of the arteries). Phytic acids juga mengawal response glycemic seterusnya membuatkan anda rasa lebih kenyang (sebab itu kalau anda perasan, makanan yang mempunyai G.I yang rendah rata-rata adalah makanan yang mengandungi phytic acids, seperti kekacang dan gandum penuh). Kajian juga pernah menunjukkan manfaat phytic acids terhadap pengawalan kencing manis (Omoruyi et al. 2013).

Satu kajian menunjukkan sampel yang mengamalkan diet Mediterranean (banyak makan kekacang dan sumber tumbuhan, mengambil secara purata 1000-2000 mg phytic acid sehari) TIDAK mengalami masalah kekurangan nutrien / mineral bioavailability. Ini sekaligus menolak dakwaan sesetengah ‘pihak’ pengambilan susu kacang soya bakal membuatkan tubuh badan anda sukar menyerap nutrien.

Sekiranya anda masih tidak yakin dengan data yang saya sebutkan, terdapat beberapa cara untuk kurangkan phytic acids seperti merebus, steam dan fermentasi (macam tempeh). Namun untuk pengetahuan anda, 37-66% phytic acids akan dihuraikan apabila berada dalam usus kecil seorang individu yang normal.

sprouts

Saya ada terbaca, antara sebab mengapa ‘soya’ menerima tempias ‘phytic acids’ ini adalah faktor monopoli di US – untuk pastikan pengguna tidak berpaling dari dairy products disebabkan oleh populariti soya.

Saya galakkan anda melanjutkan bacaan anda menerusi link berikut berhubung isu phytic acids. Pada saya, phytic acids memang ada pro and cons, dan statistik setakat ini lebih kepada PRO sebenarnya.

Tapi kalau ambil sekali sekala tak ada masalah. Sama kes macam anda hit the bazaar and bought that greasy deep fried food dengan minyak yang sudah berwarna kehitam-hitaman. Surprisingly ramai yang masih beli that food juga meskipun kita dah tahu that oil has greater carcinogenic impact. [ Carcinogenic = cancer ]

soya

Nota Kaki: Boleh ke lelaki minum air soya? Sebab ada ‘claim’ kata kandungan phytic acid dalam air soya boleh induce estrogen level dalam badan? Mandul oihhh (kata nyerrr…)

Saya ada beberapa kawan yang memang ‘fanatik’ produk soya esp air soya dan Tau Fu Far. Saya tengok elok jer dapat rezeki anak. Siap seorang tu bini dia tengah pregnant lagi.

Tambahan belum ada kajian konkrit yang menghubungkan kesan pengambilan phytic acids terhadap paras testosterone dalam lelaki. Kajian yang paling dekat hanya mengesahkan kewujudan phytoestrogen dalam produk tofu dan soya (Dwyer et al. 1994) tetapi tidak pula membahaskan ‘bukti’ klinikal yang mengesahkan assumsi sesetengah pihak yang phytoestrogen boleh counteract dengan penghasilan testosterone.

Kesimpulannya, jangan takut minum soya!

Dikemaskini pada 26/4/2016.

Bacaan Berkaitan: Susu Soya Vs Susu Lembu. Mana lebih baik? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *