Metabolisma tinggi = mati cepat?

Baru-baru ini gempar seketika apabila sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat telah menemukan salah satu penemuan baru di mana mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi akan mati cepat berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang perlahan. Rumusan kajian ini telah dibuat berdasarkan pemerhatian mereka terhadap sekumpulan 652 ahli sukarelawan Pima Indian. Laporan lanjut boleh di baca di sini.

Pima Indians

Penulis pertama makalah kajian tersebut, Reiner Jumphertz mendakwa pembebasan tenaga dalaman yang tinggi yang digunakan tubuh untuk fungsi dalaman badan (endogenous metabolic rate) merupakan faktor utama untuk kematian pada usia yang lebih awal berbanding sepatutnya. Penemuan ini juga kononnya menjelaskan mengapa “penurunan kadar metabolisma, misalnya melalui diet rendah kalori” mungkin memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Teori “metabolisma tinggi = mati cepat” atau lebih dikenali sebagai rate-of-living theory telah pertama kali dicadangkan pada tahun 1920 oleh Vaanholt. 2 tahun lalu, sekumpulan saintis Belanda sudah pun menyangkal akan teori “metabolisma tinggi = mati cepat” ini di kalangan mamalia berdasarkan kajian mereka yang mana menggunakan tikus-tikus makmal sebagai sampel kajian. Rumusan kajian menunjukkan tikus makmal yang mempunyai kadar metabolisma yang tinggi mati pada usia yang hampir sama dengan tikus-tikus makmal yang mempunyai kadar metabolisma rendah.

Pendapat Susu Sejat? Kajian berkenaan ini harus dilakukan secara lebih meluas lagi memandangkan kajian ini merupakan kajian pertama yang menggunakan manusia sebagai sampel kajian. Tambahan pula, sampel kajian ini hanya terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan kaum Pima Indians, dan belum pasti lagi ia mewakili keseluruhan kaum-kaum yang terdapat di atas muka bumi ini. Harus diingit juga bahawa gen yang mengawal kadar metabolik adalah berbeza mengikut kaum. Walau apa pun, perkara ini pastinya bakal menjadi perdebatan baru dalam arena kesihatan dan kecergasan.

 

Terus Mengundi Susu Sejat dot Com!

UNDILAH SEKARANG!

Serius ingin melaksanakan Manifesto SS, maka dengan itu, undilah SusuSejat.Com SETIAP HARI (anda boleh mengundi sekali sehari untuk entri yang sama). Hanya perlu pergi ke link berkenaan (Log in menerusi akaun Facebook terlebih dahulu), kemudian klik ‘VOTE’. Sesudah anda klik ‘VOTE’, jangan lupa ‘share’ atau ‘tweet’ dengan rakan-rakan FB/Tweeter anda yang lain, dan ajak mereka VOTE sama. Kini kita sedang berada di ranking yang ke-2, dan SS percaya, kalau kita semua BERSATU, kita pasti boleh menang.. Kemenangan ini bukan untuk SS.com sahaja, tetapi untuk kita semua yang memperjuangkan budaya hidup sihat..! Teruskanlah usaha murni ini setiap hari sehingga tarikh tutup 20 Jun nanti, okeh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *