Minuman tenaga hanya gimik semata-mata?

Saban hari kita didedahkan dengan banyak minuman tenaga yang ada di pasaran negara kita. Antara jenama-jenama yang mendapat tempat di hati pengguna ialah Red Bull, Livita, dan Power Root. Jika di Amerika Syarikat, produk-produk minuman tenaga sebegini sebenarnya bersepah, dan seringkali bungkusannya kelihatan ‘a little bit funky‘ yang bertujuan menarik perhatian golongan remaja untuk membelinya. Golongan remaja di sana merupakan pembeli utama minuman sebegini untuk memenuhi gaya hidup mereka sebagai remaja yang aktif.

Persoalan mula timbul, benarkah minuman sebegini benar-benar mengembalikan tenaga? Bagaimana pula dengan kesan jangka masa panjangnya? Ini berikutan beberapa buah negara telah mengambil langkah mengharamkan penjualan minuman tenaga ini secara terbuka, di antaranya ialah Australia, New Zealand, dan beberapa buah negara Eropah yang lain (di France, minuman sebegini hanya dijual di farmasi). Mungkin fakta-fakta berikut boleh dipertimbangkan.

1 – Kebanyakan minuman tenaga mempunyai kandungan gula yang agak tinggi, iaitu kira-kira 5 hingga 8 sudu teh gula untuk satu hidangan (setin), walhal kita dinasihatkan untuk tidak mengambil gula melebihi 7 sudu teh gula sehari!

Gula, yang mana merupakan karbohidrat ringkas yang mudah diserap ke dalam darah, merupakan sumber tenaga segera yang bagus. Walaubagaimanapun, pengambilan gula melebihi kadar yang diperlukan amatlah rugi. Ini kerana, apabila paras gula dalam darah meningkat banyak secara mendadak, paras insulin (bertanggungjawab membawa gula kedalam sel sebelum menukarkannya kepada glikogen) juga akan meningkat. Ini akan merangsang otak untuk menghasilkan serotonin, sejenis neurotransmitter yang membuatkan orang mengantuk semulajadi pada sebelah malam. Sebab itulah apabila anda terlalu kerap mengambil minuman tenaga, anda bukan kelihatan lebih cergas, sebaliknya anda mudah menjadi lesu dan mengantuk.

2 – Semua minuman tenaga mengandungi kafein. Kafein boleh diambil tetapi haruslah diingat bahawa kafein merupakan sejenis stimulan. Ia bertindak dengan menghalang tindakbalas adenosin yang membuatkan kita mengantuk apabila ia melebarkan pembuluh darah. Tanpa adenosin yang telah dihalang oleh kafein, pembuluh darah di otak akan mengecil, menjadi lebih ketat dan sempit. Apabila ini berlaku, denyutan jantung akan bertambah (sebahagian daripada mekanisma pertahanan tubuh badan) untuk meningkatkan tekanan darah sehingga darah ‘mampu’ mengalir ke otak dan otot. Ini bersamaan peningkatan metabolisma, dan anda akan mendapat tenaga ekstra daripada peningkatan metabolisma ini.

3 – Walaubagaimanapun, pengambilan kafein secara berlebihan sebenarnya tidak elok untuk kesihatan jangka masa panjang. Secara purata, mengambil kafein di bawah 300mg adalah masih selamat. Tetapi angka begini tidak mustahil dicapai sekiranya anda mengambil 2-3 hidangan minuman tenaga sehari (kerana sebotol atau setin minuman tenaga mengandungi sekitar 50mg – 250mg kafein)! Apakah kesan buruk kafein? Kafein menghalang penyerapan kalsium kedalam tulang, dan ini meningkatkan risiko untuk anda mengidap osteoporosis (inilah sebabnya kanak-kanak yang sedang membesar tidak digalakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi, kerana itu hanya akan membantutkan pembesaran mereka).

4 – Ramai kaki-kaki gym mengambil minuman sebegini ketika bersenam, konon-kononnya untuk meningkatkan tenaga ketika work out. Tetapi mereka tidak sedar yang minuman berkafein bersifat diuretic, yakni badan akan menyingkirkan air daripada badan dengan banyak menerusi air kencing atau peluh. Anda akan kehilangan banyak elektrolit di situ.

Komen SS: Boleh minum minuman tenaga kalau anda mahu. Tetapi kalau hendak menjadikan pengambilannya sebagai amalan, lebih baik dilupakan sahaja. Ia tidak membantu anda apa-apa pun, malah hanya akan membantu anda mendapat diabetes (kencing manis). Sekiranya anda lesu dan tidak bermaya, anda harus mengambil sumber semulajadi yang mangandungi Taurine seperti telur separuh masak (ambil 2-3 biji) di sebelah pagi. Atau jika anda tidak suka telur separuh masak, ambil sahaja satu pil multivitamin setiap hari. Tak susahkan nak jadi sihat?

Comments

  1. By shima

    Reply

  2. By Razak

    Reply

  3. By Azrina

    Reply

  4. By Azrina

    Reply

  5. By ichi

    Reply

  6. By Ome

    Reply

    • Reply

  7. By maimmj

    Reply

    • Reply

  8. By nblh

    Reply

    • Reply

      • By Azuni

        Reply

        • By Hafiza

          Reply

  9. By Lyndas

    Reply

    • By Hafiza

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *