Motivasi yang pelbagai bentuk

Dalam menurunkan/menaikkan berat badan, ada yang beranggapan motivasi seharusnya disampaikan dalam bentuk yang positif. Macam yang aku ceritakan dulu, motivasi boleh hadir dalam bentuk seperti kata-kata perangsang, pakaian idaman, model-model bertubuh sedap mata memandang, dan tidak terkecuali juga perkembangan plan menurunkan/menaikkan berat badan itu yang positif turut membantu dalam memotivasikan mereka yang terlibat.

Aku terdetik untuk menulis entri kali ini atas faktor aku percaya bahawa motivasi itu tak semestinya hadir dalam keadaan “enak” atau yang “positif” untuk didengar. Kadang-kadang perkataan seperti “kau gemuk”, “mati awal la kau”, “badan macam majin buu” dan sebagainya juga adalah suatu bentuk motivasi, cuma ia motivasi yang tak enak untuk didengari terutama oleh golongan perempuan. Bila mereka dengar sahaja diri mereka dipanggil dengan panggilan sedemikian, hati mereka mudah terguris, berasa kecil, sensitif dan sebagainya. Ini normal, memang tuhan telah jadikan perempuan itu makhluk yang lembut dan sensitif.

Walaubagaimanapun, panggilan ‘negatif’ sedemikian tetap suatu bentuk motivasi, suka atau tidak, ia tetap suatu bentuk motivasi. Kerana apa? Kerana definisi motivasi itu sendiri bermaksud sesuatu yang membantu menggerakkan sesuatu peristiwa untuk berlaku.

“Motivation is defined as the process that initiates, guides and maintains goal-oriented behaviors. Motivation is what causes us to act, whether it is getting a glass of water to reduce thirst or reading a book to gain knowledge.”

Sumber: About.Com

Jikalau ia disampaikan dalam bentuk yang kasar, ia akan menyinggung hati anda, itu benar. Namun sekiranya anda telan kata-kata kasar tersebut tanpa membuat apa-apa, maka anda sudah awal-awal lagi memberitahu mereka di luar sana bahawa anda sudah tewas.

Sebaliknya jika anda ‘menukar’ kata-kata tersebut kepada sesuatu yang positif (yakni, anda berbuat sesuatu agar orang tak panggil anda gemuk, gendut atau sebagainya), maka anda sebenarnya telah menyahut cabaran bahawa apa yang diperkatakan tersebut tidak akan kekal selamanya. Anda membuktikan bahawa anda mampu mengubahnya, itu juga suatu bentuk motivasi bukan?

Pokok pangkalnya sekarang ini adalah diri anda. Anda yang menentukan nasib diri anda. Ini tidak, apabila diherdik sedemikian, ada yang buat tak kisah, atau dalam kes yang teruk, dimaki kembali orang yang kata macam tu (padahal orang tu kata benda yang betul pun). Lepas beberapa jam, dah lupa balik peristiwa tu, pergi pula melayan aiskrim, coklat dan large starbuck ice-blended. Tanpa rasa bersalah. Alasan nak lepaskan tekanan, molek amatlah tu. Molek teramat. Sesungguhnya orang-orang yang sebegini adalah orang yang sangat rugi.

Komen SS: Kalau stress, cuba bersenam, dan lihat hasilnya untuk beberapa minggu. Anda tidak akan menyesal.

Comments

  1. By hanmie7227

    Reply

  2. By inurhusin

    Reply

  3. By MIEJA

    Reply

  4. By saifuddin abdullah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *