‘Muffin Top’ dan orang Perempuan

Tersebutlah kisah, seorang ayah muda dan anaknya sedang berjalan-jalan melihat ragam peniaga yang sedang melelong barang di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, secara tiba-tiba si anak yang sedari tadi menyepi seribu bahasa mula membuka bicara.

Fifi: Ayah.. ayah.. Fifi nak makan muffin ler..
Ayah: Adoi, mana ayah nak cari muffin celah-celah Bazaar Masjid India ni?
Fifi: Itu yang ‘sedap’ tu apa?

(si ayah mula menjenguk tercari-cari apa yang dimaksudkan oleh si anak)
Ayah: Itu bukan muffin Fifi, itu ‘lemak berkerim disukai ramai‘. Fifi jangan tengok lama-lama yea, nanti Fifi tak dak selera nak makan selama satu minggu ada selulit, jenuh ayah nak cari Appeton.

Namun dalam hati si Ayah,

Woiiii Minah! Itu ke yang ko panggil fesyen? Ko dah tahu lemak ko berlipat macam tu, pakai senonoh sikit boleh tak? Pakaian dah cantik mahal, tapi sekali terkeluar “muffin” kat bahagian keliling perut, buruk weh, buruk! Kalau sedap takpa la jugak, ni nak tokak pun aku geli. Betul-betul menyakitkan mata, ptuihhh!

Tahukah anda apa itu “Muffin-top“? Ia merupakan istilah yang merujuk kepada sejombol lemak yang tersembul keluar daripada baju/seluar apabila seseorang itu (terutamanya perempuan) mengenakan pakaian yang sangat singkat lagi ketat. Kebiasaannya, baju ‘Baby-T’ dan ‘jeans’ ketat merupakan kombinasi popular dan terbaik dalam menghasilkan muffin-top yang ‘cantik’.

Mungkin golongan sebegini perasan yang perut/pusat mereka cantik dan seksi, tetapi masyarakat di sekeliling mungkin menganggap mereka ni ‘golongan tak sedar diri’. Tambah-tambah jika lemak yang tersembul itu adalah hak milik perempuan yang bertudung, atau budak melayu (di Malaysia, kalau dah Melayu namanya tu, secara teknikalnya beragama Islam bukan?).

Golongan sebegini mungkin menganggap perut mereka itu kelihatan sangat seksi dan perlu diberitahu umum. Mana tidaknya, setiap kali memandang cermin, mereka akan berkata, “Eh, macam Jessica Alba pun ada juga ni, hihihi”, hakikatnya itu hanyalah imaginasi liar mereka semata-mata.

Cara untuk ‘menutup’ Muffin Top

Selain daripada cara klasik dengan berpakaian senonoh dan menutup aurat, terdapat beberapa lagi cara untuk menyingkirkan muffin top. Namun tip-tip berikut bukan bermaksud untuk menggalakkan semua perempuan berpakain singkat dikhalayak ramai, tetapi ia sekadar ilmu buat penilaian umum. Manalah tahu selepas ni nak kelihatan cantik depan suami atau (bersedia dari awal) bakal suami kan. Tak begitu Suzi? Eh, nama kau Senah, dah lupa pula!

1 – KARDIO
Muffin top terdiri dari lebihan lemak di sekitar perut anda. Untuk menyingkirkan lemak badan secara menyeluruh, latihan kardio seperti jogging, berjalan pantas, berbasikal, aerobik, berenang, atau bermain futsal merupakan langkah yang terbaik. Tubuh badan seseorang perempuan mula menggunakan lemak sebagai sumber bakar alternatif sedikit lambat berbanding lelaki, kebiasaannya setelah 30-40 minit berkardio. Oleh yang demikian, pastikan anda berkardio sekurang-kurangnya dalam tempoh tersebut (kecuali jika anda melakukan High Intensity Interval Training, atau Calisthenics).

2 – WEIGHT/BODYWEIGHT TRAINING
Orang perempuan sering menguji otot-otot bahagian depan mereka, punggung, hamstring dan abs menerusi jogging, squat, lunges dan sit-up, tetapi secara tak langsung mengabaikan otot-otot yang terletak di bahagian sisi dan belakang badan. Sekali sekala tu cubalah lakukan “side bend”, atau senaman-senaman lain yang fokus pada otot oblique.

3 – KICK BOXING
Kick boxing adalah antara senaman kardio yang membolehkan tubuh badan anda bergerak sepenuhnya, terutamanya menerusi kombinasi side-kick nya yang banyak berbagai – ini membantu otot-otot disekitar perut untuk lebih kuat dan “tone-up”.

4 – MAKAN LEBIH “ESSENTIAL FATS”
Tubuh kita memerlukan lemak sebagai sumber tenaga, sebagai pelarut yang membantu penyerapan vitamin larut dalam lemak (A, D, E, dan K) ke dalam sel, dan sebagai medium pengangkutan nutrisi ke seluruh tubuh. Apa akan terjadi jika anda ‘mengharamkan’ pengambilan lemak dalam diet? Anda mungkin berdepan masalah gangguan fungsi-fungsi di atas, dan lebih parah jika ia mengganggu fisiologi/fitrah sel-sel lemak itu sendiri – satu-satunya sel yang menyimpan lemak (body fat) dalam tubuh badan kita. Dan jika ini, berlaku, jangan sesekali bermimpi peratusan lemak badan anda akan menurun. Namun bukan semua lemak yang membantu menjalankan fungsi di atas, hanya Lemak mono tak tepu sahaja. Oleh yang demikian, dapatkan sumber lemak mono tak tepu yang mencukupi menerusi minyak zaitun, minyak kelapa, atau minyak jagung.

5 – KURANGKAN AMBILAN GULA
Lebih banyak gula yang diambil, lebih banyak hormon insulin yang akan dirembeskan oleh sel-sel beta di pankreas. Apabila paras insulin dalam darah meningkat secara mendadak, ini akan menggalakkan proses penyimpanan lemak oleh tubuh badan (melainkan anda seorang yang aktif, seperti seorang ahli sukan)

Lebih tips berkenaan penurunan Body Fat di sini.

Comments

  1. By faizah

    Reply

    • Reply

  2. By ideal

    Reply

    • Reply

  3. By myzone

    Reply

    • Reply

  4. By et zaccharius

    Reply

  5. By notsoviolet

    Reply

  6. By lola

    Reply

    • Reply

      • By lola

        Reply

        • Reply

    • By johan

      Reply

      • Reply

  7. Reply

    • Reply

  8. By Niki

    Reply

    • Reply

  9. By Bel

    Reply

    • Reply

  10. By Liz

    Reply

    • Reply

  11. By Liz

    Reply

    • Reply

      • By Liz

        Reply

        • Reply

  12. By Liz

    Reply

    • Reply

      • By Liz

        Reply

  13. By Ziha

    Reply

    • Reply

  14. By syam

    Reply

    • Reply

  15. By nink

    Reply

  16. By yani

    Reply

    • Reply

  17. By yani

    Reply

  18. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *