My Body Fit Camp (Mac 2014)

Slimmer, Healthier, Wealthier!

Bermula Mac 2014 ini, saya dan Susu Sejat akan mula mengorak langkah ke lembaran yang baru dalam mendidik masyarakat ke arah “the eating-right culture“. Semoga urusan ini dipermudahkan, tambahan inilah perkara yang saya ingin lakukan sejak dahulu, namun sebelum ini belum bersedia secara rohani dan jasmaninya.

(Buat yang tertanya-tanya apa itu “the eating-right culture” ia adalah frasa yang saya perkenalkan sejak penubuhan Susu Sejat awal tahun 2010. Konsepnya mudah, hidup dalam komuniti yang dikelilingi makan, makan, dan makan haruslah berpandukan pada teknik, bukan hawa nafsu, bukan juga mengasingkan diri dari budaya Malaysia yang sedia kaya dengan makanan, sosio-budaya, sambutan perayaan, rumah terbuka dan kenduri-kendara)

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, platform apakah yang bakal saya gunakan dalam mendidik masyarakat kelak. Sebenarnya ada beberapa, antara lain seperti yang biasa digunakan, adalah dengan cara memberi “talk” dan “direct coaching“, atau dengan cara menulis buku. Namun ada yang lebih menarik sebenarnya akan berlaku dalam masa terdekat ni, nak tahu apa dia?

Amaran: Standby dengan "volume" TV anda...

Amaran: Standby dengan “volume” TV anda… (Kredit: Conteng Conteng)

Sebelum saya melangkah dengan lebih jauh, saya ingin tahu adakah soalan-soalan berikut sedang bermain di fikiran anda…

1. Anda nak kurus, nak buang beberapa KG lemak badan, tapi tak tahu cara?
2. Perlukan sokongan moral untuk berubah ke tahap yang lebih baik?
3. Bukan sahaja mahu kurus, tetapi dalam masa yang sama memperbaiki taraf kesihatan?
4. Ingin mempunyai stamina sehebat Jilian Michael atau Usain Bolt?
5. Ingin mendapatkan potongan badan yang menarik?
6. Ingin menambah keyakinan diri?
7. Ingin mencabar diri anda dengan sesuatu yang baru?
8. Ingin menambah kenalan baru?
9. Ingin memenangi emas dan perak????
10. Ingin menjadi lebih GEMBIRA??????????????

Jika anda menjawab “YA” untuk hampir ke semua soalan di atas, maka saya mencadangkan anda mendaftarkan diri dengan program “My Body Fit Camp“. Program yang akan berlangsung di Johor (Kompleks Belia dan Sukan Johor) ini akan memperkenalkan para peserta dengan 10 sesi perjumpaan yang akan diadakan setiap hujung minggu (Jumaat / Sabtu / Ahad). Program ini khas untuk mereka yang berada di Johor namun jika anda dari negeri-negeri yang lain pun boleh menghadirkan diri, asalkan anda berkelapangan (hujung minggu) dan sanggup memberikan komitmen.

Apa itu “My Body Fit Camp” sebenarnya? Ia adalah satu bentuk program senaman ala-ala pertandingan realiti menurunkan berat badan yang mana menggabungkan larian, functionalinterval training di samping beberapa lagi bentuk senaman lain yang menggunakan pemberat dan berat badan sebagai beban. Konsep program ini adalah iras-iras seperti latihan ketenteraan, namun usahlah anda semua bimbang kerana program ini adalah “program tanpa jerit-jerit jurulatih yang menjengkelkan” sebaliknya akan diisi dengan elemen ketawa, borak-borak dan santai-santai. Barisan jurulatih yang ada juga adalah ramah belaka, berpengetahuan luas dan amat motivating, so It is a fun program I must say!

Objektif program ini adalah untuk mendidik orang Johor berkenaan pentingnya menjaga kesihatan di samping mengenali komuniti gaya hidup sihat dengan lebih dekat. Maklumat lanjut berkenaan program ini adalah seperti yang tertera dalam poster di bawah.

poster

Di penghujung program (sesi ke-10), penilaian akan dilakukan pihak penganjur berdasarkan 2 kategori iaitu “berat badan” dan “tahap kecergasan“; penilaian yang saya anggap amat adil berbanding program/pertandingan menurunkan berat badan yang pernah saya dengar sebelum ini kerana turut mengambil kira aspek kesihatan kardiovaskular berbanding bacaan KG semata-mata. Dengan tawaran lumayan seperti 10g emas sebagai ganjaran, menyerupai pertandingan menurunkan berat badan yang pernah dianjurkan di Dubai tahun lalu, mengapa tidak anda mencubanya? Tambahan dengan harga emas yang semakin meningkat sejak minggu lalu, berkemungkinan nilai hadiah akan menjadi lebih besar dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Tambah menarik, saya juga akan turut berada di sana untuk menjayakan lagi program ini sekitar pertengahan atau penghujung Mac depan. Besar kemungkinan saya akan membantu mengelolakan sesi nutrisi dan kesihatan secara umum. Boleh juga kita bertukar-tukar pengalaman dan ilmu di sana.

Anda juga tidak perlu risau dengan tempat memandang Kompleks Belia dan Sukan Johor adalah tempat yang amat kondusif, dengan kemudahan-kemudahan seperti Surau, Bilik air, Bilik Mandi, Bilik persalinan, open court, dan kelengkapan berkaitan turut disediakan. Disebabkan sifat program yang bermula seawal jam 6 pagi (waktu paling ideal untuk bakar lemak kerana blood glucose masih rendah), para peserta juga boleh solat Subuh berjemaah dengan para jurulatih, tak ada masalah.

kbsj

Justeru kepada sesiapa yang berminat, anda tak perlu bertangguh lagi, tak perlu fikir lama-lama, cepat-cepat ambil handphone anda dan simpan/dail nombor En. Bahagia di talian 013-727 7007 (SMS, Call, Whatsapp) kerana tempat yang disediakan khusus untuk 100 orang sahaja. Siapa cepat, dia dapat. Sebarang urusan atau soalan lanjut bolehlah menghubungi En. Bahagia terus, okeh?

Facebook page “My Body Fit Camp
Facebook page “My Bodywork” (penganjur utama, admin En. Bahagia)

Info tambahan: En. Bahagia adalah seorang pakar terapi senaman dan berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang terapi urutan sukan (sport massage therapy).

Dah masuk media cetak (Utusan) sejak Jumaat lepas.

Dah masuk media cetak (Utusan) sejak Jumaat lepas.

Comments

  1. Reply

  2. By izzati

    Reply

  3. Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *