“My side of the story – the long and winding journey…”
Seperti yang dijanjikan, kisah kejayaan pada kali akan mengenengahkan seorang lagi individu yang telah menurunkan berkilo-kilo berat badannya dalam tempoh 1 tahun 3 bulan. Namun jangan fikir perjalanan yang dilalui beliau mudah seperti memetik jari. Ia memerlukan ilmu, kesabaran, komitmen serta disiplin yang berterusan untuk UBAH gaya hidup itu. Ingat pesan saya berkali-kali (paling terbaru ada diterangkan dalam entri ini), anda tidak menjadi gemuk dalam 1 malam, atau 2-3 minggu, tetapi bertahun, therefore don’t ever expect to lose those KG in just split second!
Titik permulaannya hanya satu, iaitu belajar dahulu konsep kalori, kemudian secara perlahan mendalami pula ilmu-ilmu dan tip-tip lain yang ada dalam blog ini. Baru anda boleh jadi seperti mereka.
Nama individu yang ingin berkongsi pengalaman kali ini adalah Tasha. Dan dia bukannya orang lain, sebaliknya adalah seorang kenalan yang saya kenal ketika mengikuti BeST Program anjuran BiotechCorp awal tahun 2010 dahulu. Ikuti kisah beliau selanjutnya di bawah.
My side of the story- the long and winding journey
Salam & Selamat Sejahtera kepada semua geng susu sejat, saya Tasha dan saya nak kongsikan sedikit pengalaman or should I say my weight loss journey.
Obese sejak kecil
Saya berumur 27 tahun, berketinggian 160cm dan telah obese sejak sekolah rendah lagi tetapi makin kronik dari tahun ke tahun sampai la saya capai tahap morbid obesity apabila berat badan mencecah 120kg!
Tiada kesedaran mengenai kalori dan emotional eating adalah faktor yang telah membawa saya ke tahap tersebut. Memang saya selalu mengharapkan nak kurus (saya rasa semua yang obese seperti saya pun akan ada cita-cita tu), kadang-kadang tu rasa down sangat bila memikirkan berat badan yang semakin bertambah dari sehari ke sehari tetapi itu semua sekejap saja, nak overcome rasa down itu? Senang sahaja… makan dan makan dan makan lagi…tsk tsk tsk. (sounds familiar?)
Detik bermulanya pendedahan kepada ilmu kalori
Sampai la saya terima request untuk ‘like’ page susu sejat pada tahun 2010 dari seorang sahabat. Terus like page tapi baca isi kandungan page sekali sekala. Mula-mula baca blog… itu pun baca ala kadar sahaja, tak betul-betul ambil inisiatif untuk digest isi kandungan especially part yang scientific tu, nampak tak tahap kemalasan saya disitu? Heee.
Motivasi untuk kurus
Dalam bacaan malas tu dapat jugak la digest pasal BMR & DCR. Ilmu dan cara dah ada, tunggu apa lagi ek? Miracle to happen? Next came in the motivation, after ada colleague baru kat office, a girl yang comel and told her weight loss story. Terasa motivated sangat to do the same transformation. Perlian-perlian dari colleagues juga saya jadikan pembakar semangat for me to do something and to prove them that I’m serious to loose weight.
The journey begin-calorie counting diet
Bermula Julai 2012, saya tekad untuk ubah gaya hidup saya. Perkara pertama saya lakukan ialah beli 2 ‘sahabat baik’ saya hari ini iaitu weight scale & kitchen scale. Saya memang fobia dengan penimbang berat, takut sangat nak timbang. Timbang hanya bila terpaksa semasa kelas PJK sebab kena ambil rekod berat dan tinggi, kali terakhir yang saya ingat saya timbang berat ialah semasa di tingkatan 3, semasa itu berat saya sudah mencecah 86kg.
So lepas dah beli penimbang tu, berdebar-debar jugak la nak timbang, sekali timbang…
120kg!
Oh my God, memang time tu tak terkata-kata, rasa nak menangis pun ada tapi saya teruskan dengan aktiviti mengira kalori & food log. Mula-mula memang excited sangat, hari-hari timbang sebab nak tengok progress dan alhamdulillah memang ada hasilnya, 1kg turun dalam masa seminggu menjadikan semangat saya lebih kuat untuk menghapuskan lemak-lemak yang lama terkumpul. Sememangnya proses penurunan ini tidak senang memandangkan saya merupakan seorang food lover dan suka makan makanan yang manis-manis, namun cheat day 2 minggu sekali amat membantu as it helped me to keep on track & prevent me from deprived.
Senaman- Lets burn the calories!
At the early stage saya ada buat “cubaan” untuk jogging tapi ya Allah, 1 minit pun tak larat, termengah-mengah. Saya try alternate lari 1 minit dan jalan 30 saat ok sikit tapi akhirnya saya buat keputusan untuk main badminton 2-3 kali seminggu, dalam 45 minit – 1 jam. Memang masa tu, with my heavy weight, tak sesuai untuk jogging. Sampai 1 tahap, masa berat around 90kg, saya cuba jogging lagi, mula dari 10 minit per sesi, masa tu saya rasa seronok sangat sebab dapat lari 10 minit non stop sebab sebelum tu nak lari 1 minit pun dah semput.
Saya kemudian panjangkan tempoh jogging gradually ke 20 minit, 30 minit dan seterusnya, 2-3 kali seminggu. Sehinggalah sekarang, saya masih lakukan aktiviti jogging 2-3 kali seminggu dalam tempoh 1 jam setiap sesi. Selain itu, saya juga mula lakukan Zumba dance 2 kali seminggu, untuk tempoh 1 jam per sesi. Next plan, mungkin kena start weight training la nampaknya sebab berat dah liat nak turun, plateau kah? Sobs.
Setakat bulan Oktober 2013, selepas 15 bulan mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang seimbang, digabungkan dengan defisit kalori dan senaman, Alhamdulillah, saya berjaya menghapuskan sebanyak 51kg berat badan. All thanks to blog Susu Sejat yang menjadi sumber rujukan utama saya dari mula hinggalah ke hari ini. Saya masih berusaha untuk mencapai BMI yang ideal. Pesanan saya kepada yang ingin menurunkan berat badan, tiada apa yang mustahil, with the right knowledge, put all your effort, never give up, then you will succeed.
Sebelum…
Selepas 15 bulan…
Aduuuuu…. kene start dah ni… same as my cased pun. Obese dari primary school. Huwarghhhh
Bila dah kurus.. nampak lagi muda dan lagi cantik. Kalu tak mention 69kg.. I will assume your weight is 58kg
Tahniah!! In shaa Allah kisah saya bakal menyusul
Terima kasih Husna, masih dalan perjalanan lagi ni. This is just the beginning, pasni perjalanan untuk maintain yang for sure more challenging is awaiting..Will wait for you story too, semoga kita dapat inspire orang lain juga untuk ubah gaya hidup ke arah yang lebih baik =)
hats off!!!
wow. ohsem sgt nie. this motivate me to lost weigh also. thanks
damnnn……serius caya gilaaa…..terus nak start balik exercise petang ni…tabik tabik tabik tabik…….
Salam Tasha, tahniah dan terima kasih sebab sanggup kongsi kisah kejayaan Tasha….boleh tak share lagi sikit pasal workout apa yg Tasha lakukan sekarang untuk kurangkan lagi berat badan….lagi satu, bole tak nak tau apa makanan yang Tasha makan dan tak makan masa penurunan berat tu….kalau bole bagila tips2 utk kami…..terima kasih!!!!
Wsalam. Work out at the moment sy masih jog 3 times a week, dalam 1 jam dan saya ada buat Zumba dance 2 times a week. Future plan nak start weight training..hr ni baru nak pegi bli equipment..hehehe. sebenarnya dalam zumba fitness pun ade weight training tapi yg mild la..sesuai utk beginner mcm sy..hehehe. Saya tak pg class zumba pn, just bli DVD dia skali dgn toning stick & buat kat rmh. Dr segi pemakanan memang sy cuba amalkan clean eating, sy lebihkan sayur2, buah2an. Lauk2 yg berminyak sy elakan..no more processed food mcm nugget, sosej, burger & air manis mmg sy da x minum..walaupn time cheat day sebab rase rugi sgt nk mskan kalori dr gula semata2 ke dlm badan.
saya berat 65kg tapi sangat kurang motivasi. dah beli diari diet tapi takde apa2 tindakan. mahu turunkan 10kg saja =(
sy faham…sbb sy pn dulu xde motivasi. Nasihat sy, kuatkan semangat, cuba dulu untuk 2 minggu pertama. Percayalah, angka kat penimbang tu akan jadi sumber motivasi anda untuk teruskan usaha. Lagi satu, ini apa yang saya sendiri amalkan, kalau boleh report your progress to your closest friend or family members, it will give you motivation to keep on track. Sebab kita da commit nak update berat kita kat orang, kita akan lebih disiplin sebab nanti kalau berat naik or tak turun kita rasa xbest nak report..hahahaha.
alhamdulillah. saya dah start 4 hari. tak sangka berat saya dah kurang 2kg. insyaAllah saya akan teruskan untuk dapatkan berat yang diingini. tq2.
tahniah tasha!!!
waaahhh..daebak……sumber inspirasi… i CAN do!!!! yeahhhh!!!
very inspiring
saya mmg dh start diet n exercise..and dh lost about 5kg..cuma nk ty kt mane u buat Zumba Dance? Boleh join x? Badminton plak kt mane?
Zumba dance sy buat kat rmh je.. =) bli DVD. Badminton pun main kat rmh je..seminggu sekali ade join kelab sukan tmpt keje sy..buat kat dewan sek cina
Tahniah. Tapi boleh tak share menu untuk satu hari. Contohnya menu untuk sarapan, lunch dan dinner. Serta menu snack yang selalu di ambil?
Breakfast:
Whole grain bread 2 slice + skim milk
Lunch:
Nasi dlm 100g – 80 g, lauk ayam or ikan yang xbergoreng, sayur-sayuran
Snack:
Buah epal or yogurt
Dinner:
sama macam lunch
Supper:
Kalau lapar makan buah
Salam Tasha…
Tahniah!..akak kena jadikan success story Tasha ni sbg motivasi akak utk turunkan berat akak kpd ideal:)….
Kalo dapat boleh share 1 day punye xtvt Tasha dr pagi smpi malam…Thanks
saya exercise pas subuh, alternate jogging & zumba, kira hari ni klu jogging, esknye buat zumba..seminggu 2 hari rehat..saya exercise pagi..sebab pastu nak pegi keje..hehehe.
kuatnya semangat u…i selalu give up…salute!!!
Sy nak mintk tlg….bgaimana nk kurus ni….plz…tlg add sy
Tahniah!! Makin cantik!! Keep up the good work!!
Salam Tasha, tahniah dan terima kasih sebab sanggup kongsi kisah kejayaan Tasha! You inspired me a lot. wish me luck dear, just start my 90 days body tranformation program