Nak beli supplemen kesihatan? Ketahui status kajian ilmiah mereka dahulu
Entri pertama tahun 2014!
Beberapa dekad ini menyaksikan segmen pasaran kesihatan dan kecantikan mengalami lambakan produk-produk “supplemen”. Kita sebagai pengguna mempunyai hak untuk mengetahui status “keberkesanan” sesuatu bahan aktif yang terkandung dalam produk supplemen yang ada di pasaran dan bukanlah janji manis placebo semata-mata. Namun begitu istilah-istilah sains dan teks “jargon” seringkali membantutkan usaha para pengguna untuk mengkaji terlebih dahulu kandungan yang terkandung dalam satu-satu produk supplemen sebelum membeli mahupun menjualnya.
Lewat petang tadi, seorang rakan lama telah berkongsi dengan saya satu infografik yang agak menarik untuk dijadikan panduan oleh sekalian pengguna dalam membuat kata putus (decision making) sebelum membeli satu-satu produk supplemen. Saya percaya infografik ini akan menjimatkan hampir 90% masa “kajian” anda sebelum membuat keputusan pembelian satu-satu produk supplemen kesihatan dan kecantikan.
1. Pengelasan bahan-bahan aktif ini adalah berdasarkan “evidence” kajian ilmiah dari Pubmed dan Cochrane.org, dikemaskini sehingga tahun 2012. Mereka disusun dari status “Strong” (banyak hujah sokongan berdasarkan kajian ilmiah) sehinggalah ke status “None” (tak pernah ada hujah sokongan berdasarkan kajian ilmiah).
2. Saiz bulatan merujuk kepada “populariti” dalam carian Google, lebih besar saiz bulatan bererti lebih popular.
3. Bulatan berwarna jingga – masih tak banyak kajian yang dilakukan untuk menguji kesan positif pada kesihatan manusia, namun keputusan kajian yang diperolehi menunjukkan potensi yang baik (promising).
(klik pada rajah untuk besarkan carta)
Versi interaktif carta ini boleh di akses di sini. Anda boleh mendapatkan rujukan ilmiah yang menyokong kesan positif bahan aktif tersebut dengan bermain-main “bubble” yang ada di skrin. Carta adalah hakmilik www.informationisbeautiful.net (David McCandless © 2013).
En SS entri baru ini menyedarkan saya tentang supplement yang kadangkala syarikat jualan langsung promete…boleh percayakah sekiranya supplement dapat mengubati kanser?
hai nadirah.. pada pendapat saya supplement bukan lah ubat yang boleh mengubati sakit kanser.. pengambilan supplement membantu melawan sel-sel kanser daripada terus merebak keseluruh badan..
sekiranya ingin mengambil supplemen untuk mencegah kanser, ambil supplemen yang mengandungi sumber anti-oksidan yang tinggi… ini kerana anti-oksidan berupaya untuk melawan kesan radikal bebas yang menyebabkan sel-sel di dalam badan kita rosak..
Salam Encik SS,
Saya suka baca entri2 encik susu sebab sangat berguna dan membantu saya dalam menurunkan berat. saya salah seorang yang berjaya turunkan berat dari 80kg (mgkin lebih kot) dan sekarang berat around 58 camtu.. Nak tanya, sekarang saya rajin ke gym dan gunakan free weight.. kenapa berat saya sekarang turun naik? paling tinggi naik 62kg.. tp nti turn balik 60 kg.. terima kasih
Hai,
Boleh kongsikan tips untuk beli supplement?
Apa yang patut diutamakan?
Hello yat, saya dah pernah kupas dulu topik ni. rujuk sini:
http://sususejat.com/tip-8-supplemen-multivitamin-yang-mana-pilihan-hati-bahagian-3/