Nasi Yang Menggemukkan?

1. Soalan ini sebenarnya seringkali diajukan mereka yang baru ‘berjinak’ untuk berdiet. Namun bagi mereka yang sudah mahir dengan konsep diet, pastinya akan menganggap ini soalan remeh. Remeh kerana diet itu patut dipandang dari sudut ‘holistik’ (keseluruhan), bukan ‘pointing out on certain food’ dan persalahkannya.

2. Mereka yang dah mahir dengan diet akan faham yang konsep saiz hidangan dan kawal ambilan kalori adalah jalan terbaik untuk kawal berat badan, hatta untuk kuruskan badan sekalipun.

Jadi tak ada isu yang nasi ini menggemukkan atau tidak. Isunya di sini adalah, berapa banyak nasi yang perlu diambil, dan berapa banyak pula kalori yang perlu dikawal dalam sehari. Itu yang akan menentukan sama ada korang berjaya turunkan berat badan atau tidak, tanpa korang perlu sekat selera makan secara drastik.

3. Tapi masih ramai yang suka elak nasi kerana ianya dianggap ‘quick fix solution‘. Ia mudah untuk dilakukan, dan hasilnya akan dicapai dengan cepat. Namun hasil untuk jangka masa panjang masih belum pasti. Hal ini kerana kita tinggal dalam suatu komuniti yang 98% dari rakyatnya makan nasi. Mana boleh tiba-tiba nak lawan arus begitu sahaja! Hanyut woo..

4. Dan bila ditanya kenapa mereka tak makan nasi, tidak pula diberi jawapan berdasarkan fakta Sains, sebaliknya hanya berkata “saya ikut jer apa yang akak dalam FB tu buat” *face palm*

5. Apa pun saya nak share SATU FAKTA yang sering digunakan para akademik barat untuk menyokong hujah mereka bahawa nasi itu ‘menggemukkan’. Ingat, saya ulang sekali lagi, ini baru SATU FAKTA sahaja.

Kena ingat dalam dunia akademik, HARAM untuk membuat konklusi hanya berlandaskan kepada SATU FAKTA / HUJAH dalam menerangkan sesuatu isu kerana sesuatu isu itu harus dipandang secara ‘multifaceted‘ (maksudnya, ada banyak faktor yang mungkin mempengaruhi / menerangkan hasil akhir sesuatu kejadian.. mustahil puncanya adalah dari satu faktor sahaja).

6. Sarjana barat percaya yang nasi mungkin penyebab kegemukan kerana kandungan kanjinya. Atau lebih tepat, nisbah “Amylose:Amylopectin” yang ada dalam nasi. Untuk pengetahuan anda, kanji dalam karbohidrat secara asas boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan besar iaitu amylose dan amylopectin. Kedua-duanya adalah struktur gula kompleks (polysaccharide).

Struktur kimia yang berbeza antara amylose dan amylopectin.

7. Amylose, juga dikenali sebagai “resistant starch” atau “Kanji rintang” adalah sekumpulan kanji yang tidak boleh dicernakan dengan mudah oleh tubuh. Kanji ini hanya boleh dicernakan oleh ‘microbiota’ atau bakteria yang ada dalam usus besar (saya pernah terangkan dulu pasal microbiota ni, kalau rajin, boleh godek semula posting saya yang lama di Facebook. Kalau nak senang, boleh dapatkan buku CSS, buku yang mengumpulkan semula penulisan-penulisan saya di FB).

8. Amylopectin (komponen yang satu lagi) adalah kanji yang mudah dihuraikan oleh tubuh kita. Dari segi struktur, ia amat mirip dengan struktur glycogen yang ada dalam sel haiwan. Mungkin sebab kemiripan ini juga, ia lebih mudah dihuraikan untuk tubuh mendapat glukosa yang diperlukan.

9. Secara kasar, julat nisbah Amylose:Amylopectin dalam karbohidrat adalah di antara 0.10 hingga 0.35. Makin tinggi nilai ini, bererti makin tinggi kandungan Amylose yang terdapat dalam sumber karbohidrat tersebut. Bererti makin sukarlah karbohidrat tersebut untuk dicerna. Biasanya karbohidrat yang RENDAH nilai indeks glycemic mempunyai nisbah Amylose:Amylopectin yang TINGGI.

10. Namun sebaliknya berlaku jika nisbah Amylose:Amylopectin ini adalah rendah. Sekiranya nilai nisbah ini semakin rendah, itu bererti kandungan Amylose dalam karbohidrat tersebut adalah kurang, lalu karbohidrat tersebut mudah untuk dicernakan.

Diari Diet

Bila ia mudah dicernakan, maka ia mampu memberi kesan kepada kenaikan paras gula dalam darah. Bila gula darah cepat naik, insulin pun cepat naik, dan bila insulin cepat naik, maka…. (korang sambung lah sendiri apa yang berlaku seterusnya, kaitkan dengan kenaikan berat badan).

11. Nasi putih biasanya mempunyai nisbah Amylose:Amylopectin sekitar 0.15, sedangkan kebanyakan sumber karbohidrat kompleks seperti gandum penuh mempunyai nisbah sekitar 0.25 ke 0.30.

Berdasarkan hujah ini, maka sarjana barat sering mengaitkan nasi putih ini dengan kegemukan. Malah kajian juga telah dilakukan di peringkat makmal dan memang ada kaitan nilai nisbah ini dengan paras gula dalam darah. Malah ada juga kajian yang mengaitkan ia dengan punca diabetes.

12. Sekarang korang faham dah kenapa sarjana barat selalu ‘bash’ nasi sebagai makanan ruji yang menggemukkan? Tapi seperti yang saya jelaskan dalam poin no.5 tadi, haram untuk kita percaya dan bergantung hanya kepada satu faktor sahaja dalam membuat konklusi. Kerana kita perlu memandang sesuatu proses itu secara multifaceted, kita kena lihat diet itu secara holistik, keseluruhan!

Perbandingan 150g nasi dan 150g roti.. Sumber dari @dailymuscle

13. Memanglah nasi putih itu mempunyai kandungan Amylopectin yang tinggi berbanding Amylose (kanji rintang), tetapi adakah kita akan makan nasi putih semata-mata ketika ‘lunch‘ atau ‘dinner‘? Tidak bukan. Kita akan menggabungkan nasi ini dengan lauk pauk dan sayur. Gabungan ini, jika dilakukan secara seimbang, sudah cukup untuk mengawal kenaikan paras gula dalam darah secara mendadak.

14. Dan adakah nasi kita itu kita makan secara banyak kuantitinya? Sudah tentu tidak. Kita biasanya akan ambil nasi itu sebahagian, lalu baki ruang pinggan itu kita isi pula dengan sumber protein dan sayur. Melainkan jika korang balik kampung, dapat pula lauk kampung macam patin masak tempoyak, itu lain pulak ceritanya. Siapa suruh tak kawal nafsu kan?

15. Ada banyak lagi faktor dan hujah yang boleh digunakan ketika berdebat pasal nasi menggemukkan atau tak menggemukkan ini. Sebahagian besar sudah saya ceritakan dahulu. Tapi kalau korang minat nak baca lebih lanjut, boleh dapatkan buku kompilasi penulisan saya di FB, “Celoteh Susu Sejat”, Edisi 1: Sains Penurunan Berat Badan, di Shopee.

Jika tidak pandai mengawal nafsu, jangan sesekali menyalahkan nasi” (Pepatah baru SS ni, hehe)

 ====

Sudahkah anda mendapatkan Siri Buku terbaru Celoteh Susu Sejat (CSS)? Untuk mendapatkan siri buku ini, klik sini (Whatsapp) atau sini (Facebook).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *