Tip 11: Oatmeal yang mana pilihan hati?
Dah lama rasanya aku tak menulis entri yang bertemakan “Pilihan Hati“; maksudnya di sini, aku akan memilih satu jenis produk (lebih kepada contoh perbandingan sahaja) lalu aku akan review produk tersebut, mengapa ia terpilih di mata aku berbanding rakan-rakan produknya yang lain dalam kategori yang sama. Dan pada entri kali ini, aku nak berkongsi pula dengan para pembaca sekalian hidangan Oat yang mana menjadi pilihan hati aku.
Suatu ketika dahulu, ada yang bertanya aku, “Susu Sejat, hidangan oat yang mana paling bagus di pasaran?” Jawapan aku ialah “Steel-cut” oats. Berbentuk seakan “biji-biji” macam bertih, ia adalah versi oat yang paling menyihatkan, di mana ia paling kurang menjalani kaedah memproses di kilang berbanding satu lagi versi oat yang popular (sudah diproses habis di kilang) iaitu “Rolled” oats (seperti produk Quaker oats atau Captain oats, “Rolled” oats lebih lembut dan senang dikunyah). Disebabkan pemprosesannya melibatkan proses yang sedikit, maka proses selanjutnya untuk “menghancurkan” “Steel-cut” oats adalah diserahkan sepenuhnya kepada badan si pemakannya. Badan akan memerlukan lebih banyak tenaga dan masa untuk mencerna struktur “Steel-cut” oats yang lebih kompleks, dan ini sekaligus meningkatkan metabolisma di samping meningkatkan tempoh rasa kenyang.
Walaubagaimanapun, agak sukar untuk mencari “Steel-cut” oats ini di Malaysia. Malah aku sendiri pun tak pernah nampak kerana majoriti yang ada di pasaran Malaysia adalah dari jenis “Rolled” oats seperti produk Quaker oats atau Captain oats. Kali terakhir aku melihat produk berasaskan “Steel-cut” oats adalah ketika aku belajar di US beberapa tahun dahulu. Dan kalau tak salah aku, di Singapura pun ada dijual oat dari jenis ini. Oleh yang demikian, sekiranya ada sesiapa yang ternampak “Steel-cut” oats dijual di Malaysia, sila update dengan SS ya?
Pilihan dah terhad, maka terpaksalah bergantung dengan “Rolled” oats.
Aku pernah memberitahu dahulu, apabila kita hendak membeli sesuatu makanan, rujuk dahulu maklumat nutrisinya (untuk mengetahui berapa nilai kalorinya per hidangan, nisbah karbohidrat:protein:lemak), kemudian rujuk pula bahan-bahan/ramuan produk tersebut. Dan apabila kita hendak membandingkan bahan-bahan antara 2 produk di pasaran, pastikan produk tersebut mempunyai ciri-ciri berikut pada senarai bahan-bahannya:
- Haruslah mempunyai kurang dari 5 bahan. Produk yang mengandungi lebih daripada 5 bahan kebiasaannya mengandungi bahan-bahan kimia (tidak elok untuk tubuh badan untuk jangka masa panjang), mengandungi penstabil makanan itu dan ini, pewarna, dan berbagai lagi. Tak percaya? Pergi ke dapur anda sekarang dan semak sendiri produk berasaskan makanan yang lebih dari 5 bahan. Sekiranya tiada bahan kimia, sila cabar SS serta merta.
- Dalam senarai bahan-bahan tersebut, kebiasaannya senarai akan dimulai oleh bahan-bahan yang merangkumi paling banyak peratusannya dalam produk tersebut, diikuti pula oleh bahan yang ke-2 banyak, ke-3 banyak, seterusnya sehinggalah kepada bahan-bahan yang kecil kuantitinya dalam produk tersebut. Sebagai contoh, dalam senarai bahan-bahan roti Gardenia, pasti akan tertulis “Tepung Gandum” terlebih dahulu kerana roti itu sendiri diperbuat daripada tepung sebagai bahan utama, kemudian barulah diikuti oleh bermacam-macam bahan “kimia” yang lain. Jika boleh, pastikan gula atau apa sahaja berkaitan gula bukan terletak dalam senarai pertama atau kedua, atau ketiga bahan produk tersebut.
Mahukan lebih contoh? Lihat perbandingan 2 produk oat di bawah:
Antara 2 produk Oatmeal, “Quaker Oat Instant Oatmeal” dan “Nesvita 3 in 1 oat” ini, yang mana satukah pilihan hati SS? (Klu: Perhatikan gambar-gambar seterusnya).
“Quaker Oat Instant Oatmeal” – Bahan: Oat Asli Bijian Penuh SAHAJA
“Nesvita 3 in 1 oat” – Ramuan? Tak berapa nampak? Tunggu jap ye…
Sekarang dah nampak? Agak-agaknya, yang mana satukah oat pilihan hati SS?
Quaker Oat Instant meal..sebab SS nak pelbagaikan lagi dengan buah dan susu dan yang sihat2 …
betul ka?
betul tu adib, tapi saya jarang letak buah-buahan dalam tu, lagi suka kalau oat tu dicampur dengan susu skim sahaja…
nk tnye… kalu susu skim 2,yg sejuk boleh x…???
jangan terlalu sejuk, takut tak larut oat.. tapi kalau nak bancuh susu sahaja tak jadi masalah.
En SS…bagaimna pula ngan horlicks…lite…adakah ia menyihatkan???
ofcoz yg pertama pilihan hatimuuuuu…:D
ss nak tny skit…mcm mn plak dgn oats yg mixture dgn jagung n so on tu…alamak lupa name quaker tu la..!but itz a mixture of some bijirin…
dah tentu yg pertama sbb sah2 kandungan yg pertama tak sebyk bahan berbanding yg ke2…baru2 ni rasa nk ambil jg Nesvita tu, tp dibatalkan saat2 akhir ;)
for sure quaker instant oatmeal pilihan hati SS, sbb ada 1 bahan je…
ada gak mkn oat ni, tp cpt jemu la…ada x cara yang blh menyedapkan hidangan oat, tapi yg penting mesti sihat? ada cdgn x SS?
guna susu, letakkan sedikit buah2 campuran sebagai penghias seperti kurma, kismis, strawberry, pisang.. ini akan membuatkan anda tak jemu dengan rasa oat tu..
SS, kalau nak kurangkan berat badan, boleh ke sarapan, lunch dan dinner makan Quaker Oat Instant Oatmeal tu je?
boleh, dengan syarat konsep pemakanan seimbang tu diterapkan.. ketahui mana sumber protein, lemak dan alkaline anda memandangkan sumber karbohidrat (Oat meal) sudah pun diketahui..
Lagi satu, selain 5 sudu besar Instant Oatmeal dan 250 ml air panas, ada tak cara lain menyediakan Oatmeal tersebut?
sy pun,pilih yg pertama gak.nak tanya SS, bijirin nestum tu ok tak,dan bijirin bran.bagus tak kedua2nya,sbb saya slalu cmpur semua skali dlm susu
Nestum tu tengok jugak versi yang 3-in-1 atau yang asal. Bijirin bran tu pulak jenama yang mana satu?
nestum yg dlm pek biasa,bukan 3 in 1.bran pulak ..yg pek warna merah.jenama apa lupa la pulak.blm bli lagi pek yg baru ni
Saya rasa pilihan hati SS tentunya Quaker oat,sebab nesvita dah lebih dari 5 ramuan dan dah ada bahan kimia.
thanks Info Buah Pinggang ;)
kat cold storage dah tgk, encik SS? nanti i’ll look for it this weekend, kalau ada i’ll let u know.
Yeah kak N ;)
boleh ke kite tukar nasi kepada oat sbg makanan harian? cthnye. makan oat degn lauk yang biasa kite makan. i dah pernah try tp kawan2 kate tak elok kene gak makan nasi. nilai kalorinya mcm mn plak?
saya tak pernah cuba, tapi secara teorinya boleh sahaja..
Slm, en susu sejat leh dpt email en x? ada soalan sya nk tya
sususejat[at]gmail jarang buka email, tapi kalau buka, insyaAllah saya jawab sekadar yang mampu..
hi ss…dah ingt dah nama oats tu…
ha..Quaker multigrain cereal…apa pandangan SS ttg ni?ok ke klu mkn cereal ni?
hi..en ss
klu kita cmpr milo dgn oat ok ke..sy slalu wat mcm tu.sy pakai yg instant punya..
Boleh saja, asalkan sumber protein jangan dilupa sama..
sy suke makan oat dgn susu pekat dlm tin.. biase nye dlm 5 sudu besar oat+2sudu besar susu pekat.. elok x?
tak berapa elok susu pekat manis tu, cuba gantikan dengan susu rendah lemak atau susu skim…
ss.. fruity muesly dr jenama cosway.. agak2 ok x?
oh, saya belum pernah cuba lagi produk tu, tengok pun belum pernah…
salam…
skank ni sy makan oat yg instant tu bersama susu omega tiap2 mlm satu gelas jew….ok x….
skank ni gak sy kurangkan pengambilan karbohidrat n lemak…..
salam kak.. kalau boleh ambillah oat yang bancuh tu, bukan oat yang instant.. apa2 pun, overall diet adalah lebih penting..
Assalam ss,
mcm mane dgn Quaker Oat Cereal Drink 3 in 1 perisa vanilla?
baru2 ni saya ade beli, coz nk pelbagaikan rasa.
boleh ke kita minum ini sbagai snek antara waktu mkn utama?
terima kasih. hope sgt ss dpt reply. Tq
salam cery, pertama sekali, cery lihat pada label nutrisi, berapa kalori per serving minuman tersebut. kedua, lihat berapa kandungan gulanya pula, dan yang terakhir sekali, lihat kandungan sodium. Adakah ketiga-tiga yang saya sebutkan tadi tinggi nilainya? Jika tinggi, saya sarankan cuba elak. Guna perbandingan yang saya jelaskan dalm entri ni, ok? Good Luck! ;)
steel cut oat tu makan mentah2 bole ker…krn nak tunggu masak lama sangat 25mnt ke 30mnt…atau separuh masak..
saya pon nak tanya soalan yang sama… banyak sangat pandangan..
a) biar die kembang dlm perut
b) rendam dlu rolled oats tu semalaman baru masak dan makan..
cik susu… yang mana satu cara yang betol nak makan oats nih… kompius…..
antara aot dan juga nesvita,yg mnkah lebih baik pengambilanya utk diet?turunkn berat badan….sekian.terima kasih..
Oat..
Kami di Indonesia, setiap hari breakfast dengan Oats, tiada nasi goreng, mee, kuweh dan sejenisnya. kami selalu campur susu, honey, atau kacang Almond saja. Sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh, cobalah….. :)
Thanks ampera for the great tip! :)
Salam,saya biasa makan oat + sup ayam+ sayuran ..memang perut tahan lama lambat lapar
Plain oat, letak kismis, lepas tu letak air suam…
Biarkan kembang sat… Ya Allah, sedapnya~ :)
Kalau dengan susu tak berapa nak jalan… hehe
Quaker oats lebih baik atau captain oats? lebih kurang aje?
lebih kurang saja :)
Assalam, SS,Organic instant rye oat ok x? bl sy mkn oats yg jenis lain sy akn jd cepat lapar slps tu.tp if sy mkn organic instant rye oat, sy blh knyng dr pg smpai petang.blh SS terangkan kelebihan oranic instant rye oat x?
SS,Organic instant rye oat ok x? bl sy mkn oats yg jenis lain sy akn jd cepat lapar slps tu.tp if sy mkn organic instant rye oat, sy blh knyng dr pg smpai petang.blh SS terangkan kelebihan oranic instant rye oat x?
slm…kalau makan oatmeal campur madu n buah pisang ok x?
w’salam.. untuk breakfast, ok saja
Assalam.bole x mkn oat campur dgn susu tepung macam fernleaf atau nespray?
apakah produk2 susu skim yang terdapat di malaysia?
Adakah rasa rolled oat pahit??
Perlukh ianya dimasak??
Sesuai x jika dibuat overnights oat??