Tip 11: Oatmeal yang mana pilihan hati?

Dah lama rasanya aku tak menulis entri yang bertemakan “Pilihan Hati“; maksudnya di sini, aku akan memilih satu jenis produk (lebih kepada contoh perbandingan sahaja) lalu aku akan review produk tersebut, mengapa ia terpilih di mata aku berbanding rakan-rakan produknya yang lain dalam kategori yang sama. Dan pada entri kali ini, aku nak berkongsi pula dengan para pembaca sekalian hidangan Oat yang mana menjadi pilihan hati aku.

Suatu ketika dahulu, ada yang bertanya aku, “Susu Sejat, hidangan oat yang mana paling bagus di pasaran?” Jawapan aku ialah “Steel-cut” oats. Berbentuk seakan “biji-biji” macam bertih, ia adalah versi oat yang paling menyihatkan, di mana ia paling kurang menjalani kaedah memproses di kilang berbanding satu lagi versi oat yang popular (sudah diproses habis di kilang) iaitu “Rolled” oats (seperti produk Quaker oats atau Captain oats, “Rolled” oats lebih lembut dan senang dikunyah). Disebabkan pemprosesannya melibatkan proses yang sedikit, maka proses selanjutnya untuk “menghancurkan” “Steel-cut” oats adalah diserahkan sepenuhnya kepada badan si pemakannya. Badan akan memerlukan lebih banyak tenaga dan masa untuk mencerna struktur “Steel-cut” oats yang lebih kompleks, dan ini sekaligus meningkatkan metabolisma di samping meningkatkan tempoh rasa kenyang.

Walaubagaimanapun, agak sukar untuk mencari “Steel-cut” oats ini di Malaysia. Malah aku sendiri pun tak pernah nampak kerana majoriti yang ada di pasaran Malaysia adalah dari jenis “Rolled” oats seperti produk Quaker oats atau Captain oats. Kali terakhir aku melihat produk berasaskan “Steel-cut” oats adalah ketika aku belajar di US beberapa tahun dahulu. Dan kalau tak salah aku, di Singapura pun ada dijual oat dari jenis ini. Oleh yang demikian, sekiranya ada sesiapa yang ternampak “Steel-cut” oats dijual di Malaysia, sila update dengan SS ya?

 

Pilihan dah terhad, maka terpaksalah bergantung dengan “Rolled” oats.

Aku pernah memberitahu dahulu, apabila kita hendak membeli sesuatu makanan, rujuk dahulu maklumat nutrisinya (untuk mengetahui berapa nilai kalorinya per hidangan, nisbah karbohidrat:protein:lemak), kemudian rujuk pula bahan-bahan/ramuan produk tersebut. Dan apabila kita hendak membandingkan bahan-bahan antara 2 produk di pasaran, pastikan produk tersebut mempunyai ciri-ciri berikut pada senarai bahan-bahannya:

  1. Haruslah mempunyai kurang dari 5 bahan. Produk yang mengandungi lebih daripada 5 bahan kebiasaannya mengandungi bahan-bahan kimia (tidak elok untuk tubuh badan untuk jangka masa panjang), mengandungi penstabil makanan itu dan ini, pewarna, dan berbagai lagi. Tak percaya? Pergi ke dapur anda sekarang dan semak sendiri produk berasaskan makanan yang lebih dari 5 bahan. Sekiranya tiada bahan kimia, sila cabar SS serta merta.
  2. Dalam senarai bahan-bahan tersebut, kebiasaannya senarai akan dimulai oleh bahan-bahan yang merangkumi paling banyak peratusannya dalam produk tersebut, diikuti pula oleh bahan yang ke-2 banyak, ke-3 banyak, seterusnya sehinggalah kepada bahan-bahan yang kecil kuantitinya dalam produk tersebut. Sebagai contoh, dalam senarai bahan-bahan roti Gardenia, pasti akan tertulis “Tepung Gandum” terlebih dahulu kerana roti itu sendiri diperbuat daripada tepung sebagai bahan utama, kemudian barulah diikuti oleh bermacam-macam bahan “kimia” yang lain. Jika boleh, pastikan gula atau apa sahaja berkaitan gula bukan terletak dalam senarai pertama atau kedua, atau ketiga bahan produk tersebut.

Mahukan lebih contoh? Lihat perbandingan 2 produk oat di bawah:

Antara 2 produk Oatmeal, “Quaker  Oat Instant Oatmeal” dan “Nesvita 3 in 1 oat” ini, yang mana satukah pilihan hati SS? (Klu: Perhatikan gambar-gambar seterusnya).

Quaker  Oat Instant Oatmeal” – Bahan: Oat Asli Bijian Penuh SAHAJA

Nesvita 3 in 1 oat” – Ramuan? Tak berapa nampak? Tunggu jap ye…

Sekarang dah nampak? Agak-agaknya, yang mana satukah oat pilihan hati SS?

Comments

  1. By adib.

    Reply

    • Reply

      • By fiqah

        Reply

        • Reply

  2. By shima

    Reply

  3. By juhi

    Reply

  4. By aneesya

    Reply

  5. By neez

    Reply

    • Reply

  6. By Karim

    Reply

    • Reply

      • By Karim

        Reply

  7. By dka

    Reply

    • Reply

      • By dka

        Reply

  8. Reply

  9. By Kak N

    Reply

  10. By idayuhasim

    Reply

    • Reply

  11. By hani

    Reply

    • Reply

  12. By juhi

    Reply

  13. By bard

    Reply

    • Reply

  14. By mass

    Reply

    • Reply

  15. By ai

    Reply

    • Reply

      • By ZULIANA

        Reply

        • Reply

  16. By cery_cery_al

    Reply

    • Reply

  17. By emus

    Reply

    • By miss jane

      Reply

  18. By INGIN TAHU..

    Reply

  19. By ampera

    Reply

  20. By norliza

    Reply

  21. By Latifah

    Reply

  22. By Keng TEck

    Reply

  23. By faith

    Reply

  24. By faith

    Reply

  25. By shi

    Reply

  26. By mien

    Reply

  27. By fitr

    Reply

Leave a Reply to miss jane Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *