On-the-go Kit Kat!

Semalam aku menemani rakan aku ke Melaka atas urusan kerja. Dalam perjalanan yang memakan masa kira-kira 6 jam pergi dan balik (ikut jalan lama, nak elak tol, lebih mencabar katanya), memang tak sah kalau perut secara tiba-tiba terasa lapar dan perlu diisi. Apakah pilihan yang ada ketika di stesen minyak atau R n R?

Secara tidak sengaja, aku terjumpa pek baru Kit Kat “Singles” yang bersifat lebih mesra pengguna buat mereka yang begitu teliti dalam menentukan jumlah kalori yang diambil. Terdapat 2 jenis Kit Kat “Singles” – Singles Dark (40kcal) dan Singles Milk Chocolate (45kcal). Aku pilih yang Dark.

Kit Kat mengambil langkah bijak menerusi produk “Singles” ini. Ia secara tidak langsung membantu masyarakat umum menyedari betapa signifikannya pengaruh kalori dalam satu-satu makanan. Bayangkan jika Kit Kat itu hadir dalam bentuk satu papan, kita kepak, dan makan, kemudian kepak lagi dan makan. Lama-kelamaan satu papan itu akan habis, dan beratus-ratus kalori sudahpun masuk kedalam perut anda. Tidakkah anda rasa bersalah? Bila dibungkus kecil-kecil begini (setiap pek kecil ada peringatan 40kcal per single), sekurang-kurangnya anda akan beringat ketika makan. Life is all about balance.

P/S: Makan 2 batang sahaja semasa dalam perjalanan melalui Jalan Tampin Lama, bersama sekotak susu Dutch Lady Low Fat, ketika menuju ke Kuala Lumpur. Ikut jalan lama ni, sekurang-kurangnya boleh mencuci mata bukan? Cantiknya bumi Nogoghi Sombilan!

Comments

  1. By ideal

    Reply

  2. Reply

    • By jalilah

      Reply

  3. Reply

    • Reply

      • Reply

  4. By fiza

    Reply

  5. By Azrina

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *