PENGUMUMAN PEMENANG – ‘Snap’, ‘Upload’, dan ‘KOMEN’! (2012)

Setelah 6 minggu berlangsung, maka kini kita telah pun sampai ke kemuncak pertandingan ‘Snap’, ‘Upload’, dan ‘KOMEN’! (2012). Daripada 41 penyertaan yang diterima, hanya 3 sahaja yang akan dinobatkan sebagai pemenang. Tidak dinafikan kesemua penyertaan yang diterima kali ini hebat-hebat belaka, namun apakan daya, hadiah hanya ada 3 ketul sahaja. Yang tak dapat hadiah, harap tidak berkecil hati, kerana bukan bererti penyertaan anda tidak bagus, tetapi anda mungkin hanya kurang bernasib baik memandangkan hadiah cuma ada 3 sahaja. Kalau ada 41 hadiah, rasanya memang nak bagi pada semua para peserta, baru adil ye tak?

Tanpa membuang masa, di sini aku umumkan pemenang pertandingan ‘Snap’, ‘Upload’, dan ‘KOMEN’! untuk tahun 2012. Kita mulakan dari pemenang tempat ketiga.

TEMPAT KE-3

(Gambar paling kreatif pilihan para juri)

Nama: Muhamad Hisham bin Marzuki
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=1323440824 (chammy chan)

Penerangan: Gambar ini saya ambil bulan lepas ketika saya dan rakan2 pergi melawat ke kemboja. betul kata pepatah, “jauh perjalanan luas pemandangan.” Saya memilih gambar ini kerana kami sanggup menyewa basikal berbanding sesetengah pelancong lain yang lebih gemar menyewa tuk2(teksi) dan kereta daripada hotel kami menginap ke angkor wat. Kami lebih selesa begini kerana dapat menikmati suasana di sana disamping beriadah. Jadi,saya berkongsi keriangan ini bersama susu sejat yang telah membimbing saya untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ini merupakan memori yang indah bagi kami dan manis untuk dikenang pada masa akan datang.

Sebab manusia perlu hidup sihat adalah untuk menjaga dan memelihara amanah yang telah ALLAH berikan kepada kita kerana semuanya hanyalah pinjaman daripadaNYA.

Selaku pemenang tempat ke-3, Saudara Hisham akan menerima satu set buku nota conteng-conteng (catatan) sumbangan encik conteng-conteng.

..

TEMPAT KE-2

(Gambar paling banyak terima “like” dan “komen”)

Nama: MUHAMMAD SYAFIQ BIN HANIPPUDIN
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=1740829622&ref=tn_tnmn

Penerangan:
1st pic – zaman kegelapan…zaman men hantam je pe nak mkn…xde senaman…time ni berat 126kg
2nd & 3rd pic – mendapat kesedaran….rakan2 memberi sokongan..gf memberi harapan…
4th pic – alhamdulillah..hasil setelah mendapt kesedaran….berat 83kg….

Kenapa perlu sihat: kesihatan itu adalah satu nikmat..untuk melakukan aktivi harian dengan lancar kita perlu sihat….so ape lg…marilah kite menyihatkan badan kite dengan melakukan aktiviti seperti riadah….^^

Selaku pemenang tempat ke-2, Saudara Syafiq akan menerima satu set buku nota conteng-conteng (catatan) sumbangan encik conteng-conteng.

..

Dan akhirnya, tibalah saat-saat yang kita tunggu, pemenang tempat pertama pertandingan ‘Snap’, ‘Upload’, dan ‘KOMEN’! untuk tahun 2012, jatuh kepada….

TEMPAT PERTAMA

(Juara keseluruhan)

Nama: Einaz Shamz
Facebook: http://www.facebook.com/einaz.shamz

Caption (Left to right):

First Row (Before);
# Pix 1 : Photos with jacket was taken pada tahun 2OO8. That was my company trip to Bandung. Bila tengok balik pix nie, rasa OMG ! Gyler la ! Sangat huge & gajah ! Even the jaket pon langsung tak mampu nak button.
# Pix 2 : 2nd photos was taken masa trip ke KARAMBUNAI, Sabah, end of 2OO8. Badan macam dipam-pam. Fastfood & any kind of junk food + COKE’S is my bestfriend masa nie. I do love eating at late night too.
# Pix 3 : Even I’m huge & so called gajah OR anykind of name (DUGONG & Seripah Aini esp.) I still perasan diri sangat cunz & tanpa rasa besalah pon nak pakai baju ‘balut sarung nangka’.

2nd Row (After);
# Pix 1 : That was my first time doing workout @ gym. Anyway, I’m not that type of gym person. What I do is workout at home.
# Pix 2 : 2nd time @ gym following my friends. My biggest problem is my lower body esp. paha sangat-sangat susah nak buang fat area tue.
# Pix 3 : My 5th Run for the year 2O11. It was NTV7 Feel Good Run @ Seri Pentas, Bandar Utama. I run for 7KM categories anyway. 2O11 is my active year. Full of running event. I already completed 9 runs for the year 2O11 and running more than 50KM.
# Pix 4 : Puncak Kinabalu. Atlast my dream come true. It was MY GOLDEN DREAM after bejaya shred all those pounds. Pix taken on OCT 2O11. Even the weather was not so good at that time I reached the peak, but the feeling was awesome. Subhanallah.

SATU sebab mengapa manusia perlu hidup secara sihat: I do believe, when we are healthy, penyakit nak dekat pon susah. SIHAT = Kurangkan risiko penyakit.

Selaku pemenang tempat pertama, Saudari Einaz layak untuk menerima satu set hadiah berupa sebuah buku nota conteng-conteng dan 2 buah buku keluaran terbaru encik conteng-conteng (Fadhli Hamdan), “Jimi dan raksasa misai di sekolah” dan “Jimi: Akibat Jambul Alif”, kedua-duanya keluaran terbaru PTS untuk bulan April 2012, masih segar dari oven ni!

Buat yang tidak berjaya, jangan bersedih. Mungkin anda boleh mencuba lagi dalam pertandingan-pertandingan yang bakal SS anjurkan di masa akan datang. Ingat, ini bukan percubaan anda yang terakhir, begitu juga dengan usaha anda untuk memperbaiki gaya hidup agar menjadi lebih mantap dari hari ke hari. Untuk menghormati usaha-keras para peserta yang melakukan transformasi dan menghantarnya menerusi pertandingan ini, usaha anda tidak sia-sia kerana segala penat lelah anda bakal di arkibkan dalam sebuah entri di bawah kategori “Kisah Kejayaan“, agar ia mampu dikenang oleh semua pihak disamping dijadikan sebagai pembakar semangat untuk mencapai matlamat sihat masing-masing!

Untuk melihat kesemua 41 gambar penyertaan kali ini, klik sini. Kita jumpa lagi dalam pertandingan yang akan datang! =)

 

Comments

  1. By huda

    Reply

  2. By Mak nom

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *