Pengawet makanan ada di mana-mana…

Masih ingat lagi akan entri aku tidak lama dahulu yang bertajuk “Bakteria lebih bijak dari manusia“? Ini ada infografik berkenaan apa yang aku maksudkan dalam entri tersebut. Hampir kesemua makanan yang sudah diproses, atau boleh dikatakan hampir 90% makanan harian kita mengandungi bahan-bahan “penambah-baik” seperti benzoate, nitrite, sulphite dan sorbate. Semua ini adalah bahan kimia, bukan nutrien.

Pengawet makanan, atau bahan penambah-baik makanan merupakan bahan-bahan yang diletakkan ke dalam makanan bertujuan untuk memelihara sifatnya (untuk simpanan yang lama) atau memperbaiki rupa dan rasa makanan tersebut.

Antara bahan penambah-baik makanan yang popular adalah benzoate, nitrite, sulphite dan sorbate, yang mana berfungsi untuk membunuh dan mencegah kulat daripada tumbuh dan hidup dalam makanan tersebut.

Bahan penambah-baikan yang lain termasuklah Aspartame (pemanis tiruan dalam snek atau makanan diet), Benzoic acid (pengawet dalam minuman, makanan rendah gula, roti, tepung gandum), Monosodium glutamate/ MSG (penambah perisa seperti yang terdapat dalam Mi segera, kiub pati ayam/ikan bilis, Ajinomoto, atau Maggi Cukup Rasa), dan Sulfur dioxide. Kesan sampingan bahan-bahan tersebut boleh dirujuk pada rajah di atas.

  • Nitrit/Nitrat, antara bahan penambah-baik yang bahaya, digunakan dalam penghasilan produk yang berasaskan daging (diproses). Tujuannya? Untuk menstabilkan warna (rupa) produk tersebut.
  • Kandungan Nitrit/Nitrat yang tinggi dalam satu-satu masa berupaya mengakibatkan jantung manusia daripada berhenti berfungsi.

  • Kebanyakan pewarna tambahan makanan yang digunakan pada masa kini adalah berasaskan carcinogen (agen yang mengakibatkan kanser) seperti tar arang.
  • Ayam dari US yang dibasuh dengan klorin adalah diharamkan di UK
  • Hormon Tumbesaran Bovine (rBGH) adalah diharamkan penggunaannya di Eropah, manakala perlabelan produk makanan dengan label “bebas hormon” masih lagi diperdebatkan di US.

  • Kelenjar buntut memerang digunakan untuk mempertingkatkan lagi kelazatan rasa gula-gula seperti gula-gula berperisa raspberri.
  • Cecair dari kumbang betina digunakan untuk memastikan gula-gula seperti Skittles dan manik-manik di atas aiskrim (macam pada aiskrim sundae) kelihatan berkilat dan lazat.
  • Kebanyakkan keju mengandungi rennet (enzim) yang diekstrak dari perut anak lembu (tak salah aku penghasilan rennet secara sintetik sedang mula diaplikasikan)
  • L-cysteine, rata-ratanya dari rambut manusia atau bulu itik digunakan dalam pembuatan roti untuk memastikan ia lazat dan menyelerakan.
  • Julia Havey membeli set Happy Meal (dari Mc Donald) pada tahun 2004. 4 tahun kemudian, burger dalam set Happy Meal tersebut tidak basi atau membusuk, sebaliknya hanya mengeras. Manakala kentang gorengnya pula kelihatan sama seperti baru dibeli semalam (untuk melihat sendiri eksperimen ini, rujuk entri ini).

Beberapa bulan yang lalu, seorang pembaca SS telah memberikan komen berkenaan penggunaan Benzoyl Peroxide dalam tepung gandum yang dijual di negara kita. Fungsi Benzoyl Peroxide ini adalah sebagai peluntur untuk memastikan tepung gandum itu berwarna keputih-putihan (tepung gandum yang asli berwarna sedikit perang). Konon-kononnya untuk memperbaiki rupa dan warna tepung tersebut.

Sebulan kemudian, pembaca yang sama memberikan komen lanjut berkenaan Benzoyl Peroxide dan tepung gandum dalam entri “Bakteria lebih bijak dari manusia“. Baca pendapat beliau berikut.

Tidak dinafikan lebih 90% makanan yang masuk ke dalam badan kita pada hari mengandungi bahan-bahan pengawet dan penambahbaik seperti ini. Lebih-lebih lagi apabila kita makan di luar, kita langsung tidak dapat mengawal agen-agen asing seperti ini dari mencerobohi badan kita. Satu-satunya cara untuk mengurangkan keberangkalian daripada bahan-bahan ini masuk ke dalam sistem tubuh badan kita adalah dengan cara memasak sendiri makanan kita menggunakan bahan yang betul. Gunakan bahan mentah sehabis boleh dan elakkan pengambilan makanan dalam tin, atau yang sudah diproses.

Namun sayang apabila aku tidak mampu untuk mempraktikkannya kerana aku sendiri buat masa ini masih belajar, masih lagi menetap di rumah bujang (rumah sewa) yang tidak mempunyai dapur untuk kegunaan memasak, juga tidak mempunyai peti sejuk untuk menyimpan makanan. Suatu hari nanti apabila aku sudah mempunyai keluarga dan rumah sendiri, aku akan pastikan keluarga aku hanya menikmati makanan yang dimasak di rumah.

Mungkin kita sukar untuk mengelak bahan-bahan pengawet seperti ini memandangkan boleh dikatakan mereka ada di mana-mana, tetapi sekurang-kurangnya, kita bersedialah menghadapinya. Sekurang-kurangnya kita sebarkanlah hal ini agar ianya diketahui umum. Agar seluruh masyarakat tahu dan celik akannya, tahu akan bahaya “makanan zaman moden“!

Comments

  1. By orang

    Reply

    • By mohd azrin

      Reply

  2. By relax

    Reply

  3. Reply

    • Reply

      • By saifuddin abdullah

        Reply

  4. By anonymous

    Reply

  5. By noor

    Reply

  6. By lagenda

    Reply

    • Reply

  7. Reply

  8. By ooaea

    Reply

  9. By relax

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *