Pentingnya Makanan Sebenar ( Whole-Food )

Tidak dinafikan, kadang-kala suplemen amat membantu dalam melengkapkan nutrisi kita untuk situasi-situasi tertentu. Namun begitu, kenapa kita masih perlu mengutamakan “whole-food” (makanan sebenar) berbanding terlalu bergantung kepada makanan tambahan atau suplemen semata-mata?

Hal ini kerana, tidak semua metabolisma nutrien dalam dunia ini oleh tubuh badan betul-betul difahami oleh para saintis. Secara umumnya, untuk satu-satu nutrien dicernakan dengan baik oleh badan, tindak balas ini memerlukan co-enzyme atau co-factor tertentu supaya tindak balas itu berlaku seperti yang dikehendaki.

Semua saintis tahu asas ini harus ada dalam semua tindakbalas biokimia. Masalahnya, ilmu yang ada dalam dunia sains hari ini masih jauh lagi dari tahap kesempurnaan. Ibarat lautan yang luas itu adalah ilmu Allah Ta’ala, kita pada hari ini baru tahu setitik saja daripadanya. Tak percaya?

Lihatlah sendiri berapa banyak percanggahan dalam dunia fitness / diet. Ada pihak yang kata itu boleh, ada pihak yang kata itu tak boleh. Masing-masing ada hujah kuat dan jurnal/laporan yang menyokong.

Sekarang kita kaitkan pula dengan situasi antara makanan sebenar dan suplemen.

Penghasilan suplemen serta amalan-amalan pengambilannya dilakukan berdasarkan kajian terkini yang ada. Ada kajian yang sahih (banyak citation dan kajian berkenaannya) dan ada yang masih ‘plausible’  (belum confirm lagi akan kesahihannya).

Industri hanya sedar dengan komponen tertentu yang dipercayai ‘mujarab’ melalui kajian yang sudah dibuat lalu hanya mengekstrak komponen itu sahaja, tapi mengabaikan baki 1001 nutrien lain yang ada dalam makanan asal ‘sumber ekstrak’ tersebut.

Ada kemungkinan saintis ‘terlepas pandang’ beberapa nutrien, walaupun jumlahnya amat kecil dalam makanan tersebut tetapi siapa tahu membawa impak yang besar kepada tindakbalas biokimia (contoh sebagai co-enzyme atau co-factor)  untuk jangka masa panjang.

Co-enzim dan Co-factor sebagai ‘pelengkap’ bagi enzim sebelum ia boleh bertindak balas dengan bahan/nutrien.

Diari Diet

Selain itu, saya juga ingin mengambil contoh suplemen vitamin C atau minuman manis yang kaya vitamin C. Kita single-out Vitamin C di sini kerana kajian kuat mengatakan vitamin C adalah salah satu strong antioxidant. Namun begitu dalam kes sebenar, atau secara realitinya, efek antioksidan vitamin C (dari hidangan buah-buahan) turut dibantu oleh citrus flavanones seperti Hesperetin dan Naringenin yang mana turut memiliki sifat anti-keradangan dan anti-kanser. Anda tidak akan dapat manfaat flavanones ini jika hanya fokus kepada suplemen tablet vitamin C semata-mata, tapi jika diambil sebagai/bersama buah-buahan (makanan sebenar), inshaa Allah ada..

Dengan mengambil “whole-food“, anda sebenarnya berpeluang untuk memanfaatkan kesemua 1001 nutrien yang ada dalam makanan tersebut. Siapa tahu, mungkin salah satu dari 1001 nutrien ini adalah komponen yang penting untuk badan, bezanya cuma masih belum ditemui manusia pada hari ini.

Dari sudut yang lain, kita harus faham Tuhan dah “design” cara konsumsi nutrien seperti itu, yang mana semua nutrien wujud secara merata dan semulajadi dalam makanan sebenar. Kita cuma perlu pandai “mix & match” sahaja makanan-makanan tersebut. Ibarat menyusun pecahan-pecahan jigsaw puzzle. Kepingan-kepingan puzzle yang bertebaran itu perlu dicantum dan disusun agar menjadi satu gambar yang sempurna…

Merangka diet diibaratkan seperti menyusun semula jigsaw puzzle – Susu Sejat

 #wholefooditubagus

 ==========

Artikel ini merupakan salah satu topik yang dibincangkan dalam Siri Buku Celoteh Susu Sejat (CSS) Edisi ke-3 iaitu “Diet dan Nutrisi“. Jika anda sukakan penulisan ilmiah yang santai seperti ini, dapatkan siri buku CSS ini segera sementara stok masih ada; klik sini (Whatsapp) atau sini (Facebook).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *