Pentingnya Mengenal Anatomi

Ramai yang berpendapat mengenali anatomi tubuh badan itu tidak penting. Ramai yang berpendapat ilmu berkenaan anatomi manusia hanya perlu dipelajari oleh mereka yang benar-benar memerlukannya seperti ahli fisioterapi, doktor, atau ahli bina badan. Tapi hakikatnya, pendapat ini sama sekali tidak benar.

Cuba anda renung sejenak analogi ini. Anda baru sahaja membeli sebuah kereta. Anda sangat menyayangi kereta tersebut sehinggakan anda sanggup mempelajari kesemua bahagian-bahagian yang terdapat dalam kereta tersebut seperti enjin, air filter, radiator, kompressor, ruangan untuk minyak hitam, dan berpuluh-puluh lagi bahagian yang kompleks dalam kereta tersebut. Kemudian anda bandingkan pula dengan rakan anda yang berkereta tetapi langsung tidak pernah ambil tahu berkenaan bahagian dalaman kereta, apatah lagi tidak pernah menjalankan servis asas ke atas kereta tersebut apabila sampai waktunya. Kereta siapakah yang mempunyai JANGKA HAYAT yang paling lama?

Untuk besarkan, klik sini.

Mungkin sebahagian anatomi manusia ini sudah dipelajari ketika kita di bangku sekolah seperti biceps dan triceps, itu pun jika anda masih ingat yang mana satu triceps, dan yang mana satu biceps (itu pun ramai yang masih keliru). Namun anatomi ini, selain daripada menggunakan bahasa sains yang sukar difahami seperti pectoralis major (kalau dalam bahasa melayunya ‘dada bahagian atas’), kebanyakkan daripadanya sebenarnya sudah kita ketahui sejak kita kecil lagi, cuma kita mengenalinya dengan bahasa melayu yang mudah. Sebagai contoh, kita mengetahui apa itu ‘keting’, tetapi tak ramai yang mengenali apa itu calves (gastrocnemius), walhal kedua-duanya adalah benda yang sama.

Sekiranya anda ingin menjalani sesuatu sesi senaman, terutamanya senaman yang melibatkan kekuatan otot seperti weight training, dinasihatkan agar anda mengetahui dahulu apa nama otot tersebut, dan di mana terletaknya otot tersebut. Dengan cara itu, sesi latihan anda sedikit teratur, terurus, dan konsisten. Tambahan juga, mengenali struktur anatomi dan fungsinya bakal mengelakkan anda (perempuan) daripada dikelentong oleh mereka (lelaki) yang berpura-pura menjadi personal trainer di gym (mengaku dirinya personal trainer, walhal niat sebenar hanya nak mengorat sahaja). Rujuk imaji di atas untuk mengenali struktur-struktur asas anatomi manusia.

Comments

  1. By putri_syu

    Reply

    • Reply

  2. By ichi

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *