Pentingnya Merekod Makanan

Saya sering berpesan kepada mereka yang hendak menurunkan atau menaikkan berat badan, jika mereka serius dengan apa yang dilakukan, mereka harus mencatat/merekodkan apa sahaja makanan yang diambil sepanjang rejim dilakukan.

catat

Bayangkan sekiranya makanan yang diambil setiap hari itu tidak direkodkan, adakah ‘diet’ yang mereka amalkan itu benar-benar bermakna? Apa bezanya dengan hari-hari biasa? Ada sesetengah individu yang langsung mengabaikan langkah yang amat penting ini. Bila mereka hendak bertanya soalan berkenaan progress mereka (sebab tiada hasil penurunan/kenaikan berat untuk tempoh yang agak lama), sebagai contoh hendak mendapatkan pandangan dan nasihat dari saya, soalan pertama yang saya akan ajukan kepada mereka adalah, “apa yang anda lakukan sepanjang program? bagaimana diet tersebut dirangka? Apa contoh diet yang diamalkan dalam seminggu“. Dalam kebanyakan kes, mereka tidak boleh menjawab soalan saya, ada juga yang sekadar memberi “gambaran kasar” diet mereka seperti berikut:

errmm, biasanya pagi saya makan kuih seperti cekodok dengan air milo, tengahari makan satu senduk nasi dengan ayam, malam tak makan nasi, ambil sup sayur saja, kadang-kadang kalau pulang lewat sangat ke rumah saya skip dinner, diet ini lebih kurang saja untuk satu minggu, kenapa ya agak2 berat saya susah nak turun?

Masalah individu yang mengeluarkan kenyataan di atas adalah:

1 – Individu tersebut langsung tidak menyebut perihal kuantiti makanan yang diambil dengan tepat, jauh sekali menyebut berapa jumlah kalori yang terdapat dalam setiap hidangan.

2 – Individu tersebut mengamalkan diet yang tidak teratur; bermaksud beliau hanya makan ketika perut betul-betul lapar, dan dalam masa yang sama cuba mengehadkan kuantiti yang diambil dari biasa, dengan harapan bila makan sikit = berat akan turun. Dalam kes ini, risiko untuk terjejasnya kadar metabolik adalah tinggi, apatah lagi apabila jumlah kalori yang diambil itu terlalu rendah dari BMR.

3 – Makanan yang sepatutnya ruji juga telah digantikan dengan makanan yang lain, mungkin persepsi makanan ruji itu menggemukkan dan makanan yang digantikan itu ringan dan tidak menggemukkan adalah kuat. Entah betul atau tidak hujahnya, beliau sendiri pun tak pasti, bukan apa, dengar dari mulut kawan-kawan.

4 – Tiada langsung keseriusan untuk menurunkan berat badan berdasarkan statement beliau “diet ini lebih kurang saja untuk satu minggu“. Bagaimana beliau tahu setiap kuantiti makanan yang diambil itu adalah sama?

5 – Bila terjadinya situasi ini, orang lain nak membantu atau buat analisa diet tu pun susah, tiada “hitam dan putih” akan apa yang diambil sepanjang program menurunkan berat badan. Akhirnya merugikan diri sendiri sahaja.

Keratan akhbar 2 minggu lalu.

Keratan akhbar 2 minggu lalu.

Oleh sebab itu, kita perlu sedar akan pentingnya merekod ‘diet’ untuk tujuan ‘memantau progress’ dan memastikan apa yang kita lakukan itu berada pada landasan yang betul. Saya sudah melakukan eksperimen ini terhadap diri saya sendiri, sememangnya lebih mudah untuk ‘mendapatkan hasil’ sekiranya perlakuan itu dicatat atau direkodkan. Antara lain kepentingan merekod “log” makanan (dan senaman) adalah:

1 – Seperti yang diberitahu, ia memudahkan kita memantau progress andaikata ada sesuatu yang tidak kena sepanjang perjalanan program yang dilaksanakan. Dari situ, analisa dan “pembetulan” boleh dilaksanakan dengan mudah.

2 – Ia memastikan kita berada pada landasan yang betul, kita akan benar-benar yakin untuk mengambil satu-satu makan dan tidak perlu risau sama ada terlebih makan atau terlalu kurang makan dalam satu hari. Ini kerana dalam minda sudah terbentuk ‘mind set‘ bahawa kita ada goal (nilai kalori tertentu) yang perlu dicapai dalam sehari.

3 – Mereka yang merekod diet juga akan lebih berhati-hati dalam memilih jenis makanan dan kuantitinya secara automotik. Dalam minda mereka, mereka tahu berapa jumlah kalori yang sepatutnya diambil dalam sehari, dan kuota kalori yang ada itu seharusnya diagihkan sebaik-baiknya.

4 – Kadang-kadang kesian melihat ada sesetengah tu yang ‘ikat perut’ tak mahu makan, berlapar bagai nak rak, kemudian ‘crave‘ pada sesuatu yang manis dan berkalori tinggi pada hujung minggu dan akhirnya diet untuk menurunkan berat badan terbabas begitu sahaja. Mereka yang merekod makanan mereka tidak perlu melalui pengalaman buruk ini.

5 – Mereka yang mempunyai rekod “log” (diari) yang baik majoritinya tak pernah takut mengambil nasi. Nasi pasti tertulis dalam “log” (diari) mereka. Tak percaya? Tanyalah sesiapa pun yang mengamalkan habit ini.

Setelah mengetahui kepentingan merekod diet, kini timbul pula satu lagi persoalan, bagaimana caranya untuk merekod makanan tersebut? Secara praktikalnya, ada banyak kaedah. “Log” atau diari yang paling asas adalah sebuah buku nota latihan yang berharga hanya 80 sen sahaja. Untuk setiap muka surat, peruntukkan dan lukis sekurang-kurangnya 3 column; column pertama mewakili waktu/masa makanan itu diambil, column kedua mewakili nama hidangan makanan, manakala column ketiga mewakili nilai kalori makanan tersebut. Boleh peruntukkan juga satu muka surat itu mewakili log untuk 1 atau 2 hari.

Pada hari ini juga terdapat beberapa entiti yang menawarkan aplikasi telefon pintar yang membantu merekod makanan dengan baik seperti My Fitness Pal, Calorie Counter, dan Lose it!. Ada yang percuma, dan ada yang berbayar, masing-masing mempunyai fungsi dan kelebihan yang tersendiri bersesuaian dengan demografik dan cara anda menggunakannya.

My-fitness-pal

Meskipun dunia sudah canggih seperti ini, ada juga segelintir yang masih berpegang pada cara klasik. Sebagai contoh planner harian, meskipun ramai pada hari ini mempunyai applikasi planner/organizer dalam telefon pintar mereka, namun masih ada yang lebih selesa menggunakan organizer harian dalam bentuk buku yang dibawa ke mana sahaja termasuk ke bilik mesyuarat dan lokasi kerja. Mungkin cara ini mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri. Mereka yang selesa dengan cara ini boleh menggunakan kaedah “buku nota latihan” seperti yang saya beritahu dalam perenggan sebelumnya. Baru-baru ini juga saya ada menghasilkan sebuah organizer diet yang diberi nama “Diari Diet” yang merupakan hybrid kepada buku rujukan (teori) dan konsep organizer itu sendiri (amali). Sekiranya anda berminat untuk memilikinya, boleh rujuk laman berikut.

“Diari Diet” oleh Susu Sejat.

Terpulanglah kepada anda untuk menggunakan kaedah merekod yang mana satu, ikut keselesaan dan pilihan hati masing-masing. Pokoknya di sini, diet anda perlu direkod (catat) supaya anda tidak terbabas dari mencapai matlamat berat badan diingini, okeh? Selamat berjaya!

Comments

  1. By syikin

    Reply

    • Reply

  2. By cikdib

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *