Pentingnya peranan Kognitif untuk Kurus
Siapa di sini nak kurus? Kalau selama ni saya sering kongsikan pendekatan nak kurus dari segi fisiologi dan pelaksanaan berkaitan, hari ni saya nak share sedikit strategi nak kurus, tetapi dari sudut berbeza; PSIKOLOGI. Untuk itu, saya lampirkan di sini 2 soalan berkenaan yang sering diajukan oleh pembaca untuk perbincangan kita.
1) Boleh tak saya nak kurus tanpa bersenam dan hanya jaga diet?
Jawapan saya? Tentulah boleh, asalkan kalori defisit itu berlaku, berat badan pasti akan turun.
Tetapi kurus menerusi diet biasanya mempunyai kesan jangka masa pendek sahaja.
Kenapa? Baca ulasan saya yang berikut:
“Teixeira et al. (2006), in their study published in Journal of American College of Sports Medicine, has demonstrated the importance of cognitive processes during weight control which support the notion that initial focus on diet is associated with short-term weight loss, while change in exercise-related motivational factors, with a special emphasis on intrinsic sources of motivation (e.g., interest and enjoyment in exercise), play a more important role in longer term weight management.“
Kalau mental anda di set untuk kurus hanya menerusi diet, secara psikologi pendekatannya kurang variasi dan anda mudah ‘berhenti di tengah jalan’ kerana kurang motivasi.
Tetapi jika anda pelbagaikan metode yang mampu menjana kalori output anda, inshaa Allah anda tidak cepat bosan dan keseronokan beriadah mampu membuatkan anda bertahan lebih lama dalam perjalanan SEPANJANG HAYAT untuk kurus dan sihat.
Sekarang tanya balik kawan2 anda yang asalnya obese/gemuk, tetapi mampu mengawal berat badan mereka dengan jayanya melebihi 2 tahun, mereka bersenam atau tidak ketika nak menurunkan dan jaga berat badan, atau mereka cuma jaga diet? Anda pasti akan surprise dengan jawapan kawan itu!
2) Exercise / Food Log – Mana lebih baik, guna apps atau tulis secara manual dalam buku?
Soalan ini saya terima dari salah seorang sahabat yang pernah bertanyakan, apa rasional saya untuk terbitkan Diari Diet tiga tahun yang lalu. Katanya, bukankah orang akan favor kepada benda yang percuma dan memudahkan seperti apps Lose It!, Myfitness Pal, Calorie Count, etc.? Kenapa pula orang perlu bersusah menulis food dan training log mereka secara manual?
Ini jawapan saya kepada beliau. Kajian James, & Engelhardt (2013) menerusi “The effects of handwriting experience on functional brain development in pre-literate children” merumuskan tingkah laku menulis mampu mempertingkatkan cara otak berfikir, menerima dan memproses data, berbanding dengan tingkah laku menaip menggunakan keyboard.
Dalam erti kata lain, menulis mampu mempertingkatkan kognitif seseorang!
“Brain imaging studies reveal that multiple areas of brain become co-activated during the learning of cursive writing of pseudo-letters, as opposed to typing or just visual practice.“
Dari pengalaman saya sendiri, menulis food dan exercise log secara manual sebenarnya lebih ‘merangsang’ sel-sel otak dalam mengenal pasti (menghafal) berapa kalori dalam makanan tertentu, untuk portion tertentu. Kesannya, sampai sekarang pun saya masih ingat berapa kalori dalam satu-satu makanan meskipun dah 5 tahun ‘bersara’ dari logging makanan saya secara ketat.
(Nota: Pada siapa yang baru mengikuti blog saya, untuk pengetahuan anda, saya pernah mencatat setiap kalori yang saya ambil setiap hari untuk tempoh hampir 2 tahun; 8 bulan pertama ketika fasa menurunkan berat badan, selebihnya fasa maintenance dan penambahan semula berat badan. Anda boleh baca penulisan saya yang terdahulu circa 2010, dalam blog ini).
Hal yang sama juga berlaku jika anda menggunakan exercise log. Jika anda ke gym, jangan terkejut jika anda terlihat ada atlit atau trainer yang masih menjinjing exercise log mereka ketika berlatih. Saya juga mempunyai exercise log saya sendiri, tetapi saya tidaklah terlalu ketat mencatitnya. Ia hanya dijadikan rujukan progress saya yang terdahulu seandainya saya mahu memulakan semula latihan setelah meninggalkannya terlalu lama.
Rujukan:
Teixeira et al. (2006). Exercise Motivation, Eating, and Body Image Variables as Predictors of Weight Control. Journal of the American College of Sports Medicine.
James, K.H. and Engelhardt, L. (2013). The effects of handwriting experience on functional brain development in pre-literate children. Trends in Neuroscience and Education. Article in press.
NOTA KAKI:
Pada siapa yang belum memuat turun e-book PERCUMA “Sampel Food Log 1 Minggu”, boleh berbuat demikian di sini. Jangan lupa hebahkan pada kawan-kawan anda yang mungkin sangat memerlukan ebook ini. Share the goodness!
interesting..
saya setuju joy! terutama bahagian ‘berhenti di tengah jalan’ kerana kurang motivasi.
its about lifestyle change in my opinion.
sebab motivasi dan semangat tak boleh diharap. kejap ada, kejap takda. http://projekkurusbadan.com/kenapa-ramai-wanita-susah-dan-gagal-kurus-badan/
instead of motivasi, women need to create systemize habit. supaya bila ada semangat atau tiada, mereka tetap buat apa yang perlu untuk jalani hidup yang sihat dan yang boleh kuruskan badan.
just my 2 cents :)
– fareez
Fareez, your PM got pushed down as new messages come in, so i kinda lost contact with your last article that we worked on. Do PM me again ^^”
Thank you EN. SS. Menjawab persoalan saya.
Salam,
Jutaan terima kasih kepada admin sbb byk kongsikan ilmu ttg pengurusan berat badan. Cuma mahu bertanya kadar aktiviti dlm button keperluan kalori dibawah. Contoh:
# kiraan untuk kadar aktivit 1-3 hari senaman
Soalan: adakah bermaksud senaman perlu dibuat sekali sehari sahaja (dalam seminggu) sudah mencukupi untiuk mendapatkan nilai keperluan kalori dengan kadar aktiviti 1-3 kali hari senaman? Sedikit konfius. Terima kasih.
w’salam. betul. lagipun ia hanya anggaran..