Permulaan yang Baru dan Segar!

Blog Susu Sejat kini kembali dengan wajah baru, logo yang baru, banner yang baru, juga tema yang baru. Hanya Nama “Susu Sejat” dan moto “Gaya Hidup Mantap!” sahaja yang dikekalkan. Terima kasih kepada bro Yusran atas hasil usaha dan kesudian menghasilkan logo dan banner yang segar lagi amat menyejukkan hati ini. InsyaAllah diharapkan ini akan terus membawa kesan positif kepada hala tuju SS! selepas ini, dan berupaya menempatkan diri setanding dengan blog-blog pilihan pembaca yang lain. Apa pandangan anda berkenaan wajah baru SS kali ini? Kongsikan pendapat anda pada ruangan komen di bawah.

Digodam

Sekitar jam 8am bertarikh 5 April, 2012 (Khamis), titik hitam dalam sejarah blog Susu Sejat terpalit akibat kejadian yang cukup menyedihkan. Blog ini telah digodam oleh sekumpulan penggodam yang tidak bertanggungjawab. Detik cemas ini disaksikan sendiri beberapa pembaca blog SS yang tidak dapat mengakses blog pada waktu yang dinyatakan. Dengan bantuan syarikat webhosting (Serverfreak) yang professional, maka blog ini berjaya dipulihkan sekitar jam 2pm, hari yang sama. Mujurlah entri-entri terdahulu dan komen tidak terkena kesan godaman. Hanya struktur web sahaja yang musnah teruk dan terpaksa di reset sepenuhnya. Aku amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk terus menjadi penulis blog ini untuk beberapa tempoh yang akan datang.

Mungkin ini merupakan suatu peringatan dari Dia yang mana tiada sesuatu pun yang akal di dunia ini selamanya. Yang datang, pasti akan pergi, dan yang pergi, harus ada legasi. Selamat tinggal, Susu Sejat yang lama. Selamat datang, Susu Sejat yang baru.

Jasa kamu selama ini, Terima Kasih!

Comments

  1. By siddiqnasir

    Reply

  2. By dil

    Reply

  3. By din

    Reply

  4. By Evanna

    Reply

    • Reply

  5. By putri_syu

    Reply

  6. By sally

    Reply

    • Reply

      • By sally

        Reply

  7. By bard

    Reply

  8. By alis

    Reply

  9. By chinta

    Reply

  10. By huda

    Reply

  11. By putri_syu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *