PERTANDINGAN ‘Snap’, ‘Upload’, dan ‘KOMEN’! (2012)

Setelah lebih setahun menyepi dari sebarang pertandingan, maka kini SS kembali dengan pertandingan “Snap, Upload dan KOMEN” yang merupakan kesinambungan dari pertandingan sebelum ini, “Snap, Upload, dan Like“.

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

Terbuka kepada SEMUA pembaca-pembaca blog susu sejat dot com, tidak kira yang berada di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, US, Jepun, Korea, Timur tengah, Afrika, Eropah, atau di mana sahaja anda berada.

Satu-satunya penyertaan dari luar negara pada pertandingan sebelum ini, juga merangkap teman-teman seperjuangan di RIT.

Cara-cara penyertaan adalah seperti berikut:

1 – Ambil apa sahaja gambar (harus gambar kepunyaan sendiri, bukan di copycat dari google image atau internet) berkaitan diet, senaman, menu harian sihat, peristiwa-peristiwa menarik berkenaan kesihatan atau apa sahaja yang berkaitan dengan gaya hidup sihat. Boleh lihat contoh-contoh dari pertandingan terdahulu, tapi tak semestinya ikut contoh-contoh seperti itu. Tonjolkan kreativiti anda, mungkin ada yang ingin mengambil posing ketika berlari di Treadmill, atau mungkin ada yang ingin mengambil Treadmill sahaja. Gambar-gambar seperti ini adalah amat dialu-alukan.

2 – Hantarkan gambar ke alamat emel berikut: sususejat[at]gmail.com. Pembantu (2nd admin) akan menolong dalam menapis gambar-gambar tersebut.

3 – Bersama-sama emel tersebut, lampirkan juga perkara-perkara berikut:
  • Nama
  • Profile Facebook dan URL Blog (jika ada)
  • caption” (penerangan) berkenaan gambar tersebut
  • SATU sebab mengapa manusia perlu hidup secara sihat

4 – Gambar-gambar berunsur lucah, berahi, pornografi adalah di HARAM kan sama sekali. Walaubagaimanapun, gambar six-pack anda tidak di kira sebagai lucah jika niat anda memperagakannya adalah untuk membangkitkan lagi semangat rakan-rakan yang ingin kurus. Pastikan anda katup pusat anda terlebih dahulu.

5 – Anda boleh menghantar seberapa banyak gambar yang anda suka, tetapi setiap pemenang hanya boleh memenangi satu hadiah sahaja.

6 – Setiap penyertaan akan disusun dalam sebuah album FB Susu Sejat (klik sini) dan akan di “share” di FB oleh SS sendiri sejurus diterima.

7 – Pemenang dikira berdasarkan kualiti gambar yang dihantar (termasulah kreativiti gambar tersebut berserta mesej yang cuba disampaikan) oleh 5 orang juri termasuk aku sendiri, dan juga kemeriahan komen yang diterima untuk gambar tersebut. Ini berbeza dengan format pertandingan sebelum ini yang menilai pemenang hanya berdasarkan jumlah “like”. Barulah pertandingan kali ini nampak adil dan lain dari yang lain sikit kan?

8 – Panel pertandingan kali ini juga bersetuju untuk memilih 3 orang pemenang (berbanding 1 sahaja sebelum ini).

9 – Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 30 Mac 2012. Bunyinya seperti banyak masa bukan? Tetapi percayalah, lebih awal anda menyertai, lebih banyak “jumlah komen” dan “kemeriahan” yang berjaya anda kumpulkan.

10 – Hadiah utama kali ini adalah hasil sumbangan dari teman rapat aku, merangkap blogger terkenal Conteng-conteng. Buat mereka yang biasa dengan dunia blog, anda  pasti mengenali beliau menerusi kartun-kartun yang mencuit hati tetapi penuh dengan mesej-mesej berguna. Kami juga telah berkejasama dalam menghasilkan “entri bersama” sebelum ini (pertama seumpamanya dalam dunia blogger di Malaysia) menerusi entri “Rebah sampai nampak bontot“.

Baru-baru ini beliau telah menghasilkan sebuah buku nota yang menarik dan comel (berharga RM15 senaskhah), dan buku ini pada hemat aku amat sesuai dijadikan “contengan” untuk food log atau exercise log anda, justeru merupakan hadiah utama untuk pertandingan kali ini (untuk tempat pertama, kedua, dan ketiga). Aku juga bercadang untuk menambah lagi hadiah (untuk tempat pertama supaya nampak lebih spesel) dengan menjadikan buku ilustrasi bergambar beliau (rujuk sini) sebagai hadiah tambahan, buku ini amat menarik, konsepnya seperti buku lagenda komik tanah air Lat.

Jika anda berminat dengan hasil kerja blogger conteng-conteng ini, maka sila kunjungi kedai mini beliau di Koleksi.contengconteng.com. Banyak hasil kerja yang kreatif lagi comel akan dihasilkan selepas ini, dan buku berilustrasi beliau ala-ala ‘diary of a wimpy kid‘ juga bakal berada di kedai-kedai buku berdekatan anda tidak lama lagi (diterbitkan oleh PTS). Jika tidak untuk anda, mungkin buku itu berguna untuk anak-anak anda, anak buah anda, atau buat teman istimewa tercinta. Aku akan review dengan lebih lanjut berkenaan blogger conteng-conteng bersama keunikan blog beliau dalam entri yang akan datang.

Akhir sekali, jangan lupa membaca entri-entri di blog beliau, berhibur sambil mengimbau kenangan ketika kecil, hanya di blog beliau, Contengconteng.com! Dan jangan lupa juga menyertai pertandingan kali ini, mudah dan menarik, siapa tahu rezeki kali ini berpihak pada anda bukan?

Comments

  1. By daniel yusof

    Reply

  2. By farsuriati

    Reply

    • Reply

      • By farsuriati

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *