PERTANDINGAN ‘Snap’, ‘Upload’, dan ‘like’! (Revised)
Bersempena dengan kemunculan weblog susu sejat yang baru tidak lama lagi, aku dengan sukacitanya ingin menganjurkan sebuah pertandingan. Pertandingan ini cukup mudah dan sesiapa pun boleh menyertainya.
Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:
– Terbuka kepada SEMUA pembaca-pembaca blog susu sejat dot com, tidak kira yang berada di Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei (ada ke?), US, Jepun, Timur tengah, Afrika, Eropah, atau di mana sahaja anda berada.
– Harus mempunyai akaun Facebook.
Cara-cara menyertainya pula adalah seperti berikut:
1 – Ambil apa sahaja gambar (harus gambar kepunyaan sendiri, bukan di copycat dari google image atau internet) berkaitan diet, senaman atau gaya hidup.
- Nama yang diguna untuk akaun Facebook – (contoh “Susu Sejat”)
- “caption” (penerangan) berkenaan gambar tersebut
- satu slogan yang anda fikir mantap untuk dijadikan slogan blog susu sejat yang baru
4 – Semua gambar-gambar yang bertanding akan diletakkan dalam satu album yang boleh diakses di sini.
6 – Setiap peserta boleh ‘upload’ sebanyak mana gambar yang mereka mahu untuk meningkatkan lagi peluang untuk menang, tetapi perlu diingatkan bahawa pemenang hanya akan ditentukan berdasarkan jumlah ‘like’ untuk satu-satu gambar sahaja, dan bukannya jumlah kesemua ‘like’ untuk semua gambar-gambar yang di upload.
7 – Tarikh tutup pertandingan ini ialah pada 31 Disember 2010. Pemenang akan diumumkan kemudian di blog susu sejat yang baru.
Mudah bukan? Mungkin ada yang berkira-kira soal hadiah buat pemenang. Ya, pertandingan mana yang tiada hadiah kan. Hadiah berupa barangan kesihatan ‘misteri’ bernilai RM50++. Nilai hadiah mungkin akan ditambah bergantung kepada populariti pertandingan ini kelak. Teruja habis? Apa ditunggu lagi, cepat-cepatlah ‘snap’, ‘upload’, dan ‘like’ sekarang!
nak join~!!!
Menarik nih~
nak letak pic apa ekk…hmmm…
ikhwan, cik zana: jom lah join :)
iza: letak je apa2 pun.. asalkan ada kaitan dgn diet, senaman dan gaya hidup.. cthnya
Diet – gambar makanan, produk yg dibeli dari pasaraya, whey protein, gambar tgh memasak (memasak dgn cara sihat), gambar org tgh melantak nasi lemak, dsbgainya..
Senaman – ambil gambar tgh bersenam kat taman, gmbar candid kat taman, alat2 senaman, dsbagainya…
Gaya Hidup – ambil gambar tgh pijak kotak rokok, gambar tgh shopping, atau apa2 je lah..
menarik…!
SS…ngape tak extend lagi tarikh tutup pertandingan ni.Mcm kami yg baru start tak berpeluang la..hihihi..lum kurus lagik…
norazziah, kalau menarik, joinlah.. :)
Maz, jangan salah faham, tak semestinya kena upload gambar sendiri/gambar transformasi.. cuba tengok balik terma dan syarat.. apa2 gambar pun boleh asalkan berkaitan dengan diet, senama, atau gaya hidup. Ikutkan kalau u nak letak gambar resepi masakan u pun boleh.. hehehe.
Ramai yang salah anggap ni sebagai pertandingan TRANSFORMASI, sedangkan pertandingan ni lebih bertemakan bebas… untuk pertandingan TRANSFORMASI, itu tahun depan kita buat yea.. ;)
sya dah email gambar saya sebelim dan selepas..tlg bg feedback yek sama ada terima atau tidak
Oh,nak pindah ke blog baru dah ye.Siap ada pertandingan lagi.Baguslah.Tapi saya minat tema blog ni.Simple tapi padat dengan maklumat.
salam, menarik lah website susu sejat ni. baru perasan pasal pertandingan ni. dah abes tarikh tutup pun..huhu. saya pun baru mula rejim menurunkan berat badan since september dan so far, skarang saya dah turun 29kg. err..nak tanya kot2 ada tips untuk senaman bagi pengidap arthritis (knee jont pain) sebab saya baru je kena (over excercise kata doktor + injured main basketball zaman skolah dulu). tapi memang betul lah apa encik susu sejat cakap ni, kurangkan berat badan memang kena kira kalori. saya dulu pun macam2 benda saya telan sebab nak kurus. skarang alhamdulillah saya cuma kira kalori (ada food journal – saya daftar di everydayhealth.com). terima kasih ya encik SS sebab sudi kongsi ilmu kat sini :)