Perubahan Teknikal Blog Susu Sejat Fasa 1

Untuk pengetahuan semua pembaca Susu Sejat dot com, blog ini akan mengalami ‘transformasi’ fizikal dari masa ke semasa. Perubahan fizikal ini selaras dengan hala tuju Susu Sejat dot com untuk menjadi sebuah weblog yang berdaya saing di masa akan datang.

Untuk permulaan, aku telah pun mengambil langkah yang sangat drastik dengan membuang fungsi “Follower” (Google Friend Connect) dalam blog ini memandangkan fungsi ini hanya praktikal untuk platform “Blogger” (Blogspot).

Tiada lagi gadget “Follower” untuk blog ini (sila klik untuk besarkan)

Patah tumbuh hilang berganti. Gadget “Follower” ini telah aku gantikan dengan gadget yang lebih kurang sama, namun lebih bersifat dinamik dan universal yakni boleh digunakan kembali andaikata blog Susu Sejat tidak lagi kekal di platform “Blogger”.

Buat mereka yang mempunyai account blogger atau google yang sudah “Follow” blog ini sebelum ini, anda boleh melakukannya kembali dengan klik “Join this site” pada panel sebelah kanan. Fungsinya lebih kurang sama dengan “Follower” sebelum ini, segala update post di blog ini akan sampai kepada anda jika anda berbuat demikian.

Susu Sejat bakal berwajah baru? Aku simpan dahulu jawapan itu, teruskan bersama Susu Sejat untuk lebih info dan update tentang fasa transformasi blog Susu Sejat dot com. Apa yang pasti, aku akan cuba memberikan yang terbaik agar pembaca aku sentiasa mendapat yang terbaik.

Comments

  1. By Ikhwan

    Reply

  2. By Azfa

    Reply

  3. By norazziah

    Reply

  4. By Panduan Buah Pinggang Sihat

    Reply

  5. By Joy Kalonas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *