Pisang oh Pisang..
Pisang tidak dinafikan merupakan ‘snek tenaga segera’ sejak turun temurun lagi. Daripada sukan yang memerlukan endurance seperti tenis, hinggalah kepada senaman yang menguji kekuatan otot seperti weight training. Jangan anda tak tahu, pemain tenis professional India, Sania Mirza telah dilihat memakan sebiji pisang ketika rehat antara set ketika kejohanan tenis terbuka Australia tempoh hari. Adakah itu bermaksud beliau seorang peminat pisang yang tegar, sehinggakan di gelanggang tenis sekalipun mesti makan pisang, tidak boleh meninggalkan pisang walaupun sesaat? Hakikatnya, itu bukanlah jawapannya.
Terkejut beruk juga aku bila ternampak pisang sebesar lengan ni. Anda pernah nampak pisang yang lebih besar dari ini?
Fakta ‘harus tahu’ berkenaan pisang:
- Kaya dengan sumber serat (kalau anda terasa susah nak berak, teran tahi sampai merah muka dan tercungap-cungap, amalkan makan pisang beberapa kali dalam sehari).
- Kaya dengan sumber potassium yang mana bagus untuk fungsi sistem kardiovaskular
- Boleh dikatakan pisang tidak mengandungi lemak (hanya 0.33g lemak per 100g pisang) mahupun sodium.
- Mengandungi beberapa sumber vitamin (A, B1, B2, C) yang bagus untuk membantu kecantikan rambut, kuku dan kulit.
- Memandangkan ia senang dihadam, tambahan juga kaya dengan vitamin B1 dan B2, maka pisang sesuai dijadikan sebagai snek segera terutamanya ketika selepas bersenam, kerana keupayaannya membekalkan tenaga dalam kadar yang pantas (instant energy).
- Memandangkan juga ia kaya dengan beberapa mineral semulajadi seperti potassium dan manganese, pisang juga merupakan pengembali elektrolit yang bagus selepas bersenam.
- Sebiji pisang (100g), secara purata mengandungi 90kcal.
- Sumber anti-depressi atau anti-stress yang bagus. Ini kerana pisang mengandungi trytophan, yang mana badan akan menukarkannya kepada seratonin. Seratonin memperbaiki mood sekaligus membuatkan anda berasa tenang dan gembira (bagus untuk perempuan yang moody kerana period/PMS).
- Terdapat lebih 500 jenis pisang di dunia ini. Namun rata-rata pisang yang terdapat di pasaran dan dikomersilkan adalah dari jenis ‘Cavendish‘.
- Sekiranya anda ingin menuai/memetik pisang, petiklah ia ketika masih hijau. Ini kerana pisang adalah antara buah-buahan yang mampu menghasilkan ethylene yang banyak, sekaligus ‘masak’ (ripening) meskipun sesudah dipisahkan dari pokoknya. Petua ini diamalkan oleh peladang/pengeluar pisang sejak sekian lama, kerana proses penghantaran pisang kepada pengedar, seterusnya kepada pengguna memakan masa yang agak lama.
Pisang dari jenis Cavendish
Pisang dari jenis liar (wild type), yakni pisang yang belum melalui proses kacukan, pindah silang genetik secara semulajadi, atau mutasi (sehingga terhasilnya pisang yang terdapat di pasaran masa kini) mempunyai biji yang banyak, besar dan keras.
Anda mempunyai cerita menarik berkenaan pisang yang ingin dikongsikan?
wah..selama nie takut nak makan pisang sebab org kata leh gemuk…tp hakikatnya hehehe.. okey.. kalau mcm tue lepas nie nak makan pisang kalau petang2
naik berat atau turun berat semuanya adalah disebabkan kalori, bukan sebab pisang.. so jangan takut makan pisang ;)
ish ! tak pernah tengok pisang sebesar tu .
mmm..bese la psang gtu..pisang tnduk kot..
sedap direbus, buat pisang goreng..dan juge kerepek..
buah pisang merupakan buah yang banyak mengembara…….
“pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti”
beruntung bet000l buah pisang nie.
buah pisang satu-satu nya buah yang paling berani dalam dunia nie sebab jantungnya berada diluar heheheheh
hahaha.. good facts bro ;)
Kalo ada luka, lumurkan bahagian dalam kulit pisang kat bahagian yg ada luka..insyallah parut tu kurang ketara.
tpi luka yang barula, if luka tu dah bertahun, tak dapek nak nolong..:)
thanks mas, good info :)
Ada terbaca di majalah wanita, kulit pisang emas boleh digunakan utk hilangkan parut di wajah. :)
saya pun ada dengar katanya pisang elok untuk naik kan berat badan..betol ke joy?
betul tu.. sebab pisang ni antara buah yang calorie dense.. maksudnya kalori dia agak tinggi per gram.. namun tak bermaksud kalau nk kurus tak boleh makan pisang.. sebab apa yang penting dalam naik dan turun berat badan ialah pengambilan kalori.. kena tahu bagaimana nak kawal ambilan kalori.. ;)
bagaimana dengan pendapat yang mengatakan pisang mengandungi kandungan kaborhidrat yang tinggi, di mana ianya akan bertukar menjadi gula & lemak jika tidak digunakan?
bukan pisang saja, tapi semua makanan pun macam tu.. oleh sebab tu, jangan takut makan pisang, sebab yang menaikkan atau menurunkan berat badan adalah disebabkan pengambilan kalori.. kawal ambilan kalori, then u boleh kawal berat badan u :)
hi mr ss…sory off topic jap..bleh x mr ss kupas kan tentang the gabriel method, method mengawal mina utk mendapatkan badan yg sihat..
ok.. nanti saya try look up that topik.. keep in touch dengan Susu Sejat dot com ok? :)
orait..sy mmg fan sususejat..=)
pisang memang bagos. saya pernah maen volleyball 4 set hanya makan 4 biji pisang.pemberi tenaga express. i like! :)
betul tu :)
Saya suka pisang! Melancarkan sistem perut, memudahkan buang air besar.
Pisang susu resepi nenek saya juga antara kegemaran!
pisang susu tu rupanya macam mana? :)
Dalam tv haritu dr pemakanan tu ckp elok limitkan 2 biji sehari.. tapi lupa kenapa.
Ye ke zul? Ini baru pertama kali saya dengar…
pisang keju…try la…
pisang + keju + air gula as lubricant and choc rice
assalamualaikum!
oh saya sangat suka pisang!
Sangat setuju dengan fakta no.8..
Baunya sahaja boleh membuatkan saya senyum ke telinga..
Bila ada depan mata, masuk mulut mesti senyum gembira..
Kek pisang, ice-cream pisang, banana flambe, pengat pisang, lepat pisang, banana kaya desert kt domino’s pizza..
pisang goreng..*cakap slow2 je*
apa2 menu yang ada pisang.. mm-mmm good…~
8. Sumber anti-depressi atau anti-stress yang bagus. Ini kerana pisang mengandungi trytophan, yang mana badan akan menukarkannya kepada seratonin. Seratonin memperbaiki mood sekaligus membuatkan anda berasa tenang dan gembira (bagus untuk perempuan yang moody kerana period/PMS).
OH! saya suka post ini!
thanks fawie.. saya pun suka pisang juga.. samalah kita :)
erm.. pisang memang bagus..oleh kerana kalorinya pun agak tinggi .. satu sajian perlu lah diambik hanya 2 bijik yang sederhana besar sahaja….
ss…nama pisang tu ade org panggil pisang tanduk…kat tempat saya org panggil pisang helang… kalau goreng mcm pisang lain, sedappp….buat kerepek pun bolehhhh… tp ss org kata pisang xbgs utk pesakit diabetes, tul ker???