Post-workout shake: Rasanya seperti aiskrim vanilla cair!

Kalau dalam entri yang pernah saya karang 3 tahun dulu, saya ada kongsikan satu tip penyediaan minuman pengembali tenaga selepas ‘workout’ (bersenam). Dalam entri kali ini, selepas 3 tahun (cepat benar masa berlalu), akhirnya saya ingin kongsikan satu lagi tip penyediaan minuman selepas berlatih yang boleh disediakan oleh sesiapa saja dalam tempoh yang cepat dan mudah.

Konsep yang digunakan dalam penyediaan kali ini masih sama dengan tip sebelum ini iaitu menggabungkan karbohidrat dan protein pada nisbah yang mudah di konsumsikan oleh badan. Maklumlah, badan kehilangan begitu banyak air, elektrolit dan tisu otot ketika bersenam pada intensiti sederhana ke tinggi untuk tempoh melebihi 30 minit. Majoriti nutritionist bersetuju nisbah paling ideal karbohidrat kepada protein (karbohidrat:protein) adalah sama seperti yang selalu saya sebutkan, iaitu 2:1. Tip ini juga ada diterangkan dalam blog rasmi Adidas miCoach, dan saya kepilkan sedikit “screenshot” untuk tatapan pembaca yang lain.

1

Berbalik kepada penyediaan kali ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

2

Whey Protein – Sila pilih perisa “Vanilla Cream”. Saya guna jenama Hyper Whey, 1 scoop sudah cukup membekalkan 24g protein. (Kebanyakan Whey protein yang dijual di pasaran adalah halal, namun anda sentiasa boleh merujuk status halal ini dengan mereka yang menjualnya)

3Gula Merah – Gula merah lebih istimewa berbanding gula putih biasa atau glucolin, kerana di dalamnya ada trace mineral seperti Magnesium, Potassium dan Sodium: ini adalah antara komponen elektrolit yang berguna untuk badan dan ia wujud dalam ‘Molases’ yang ada dalam gula perang (Warna ‘perang’ gula perang adalah disebabkan kewujudan Molases).

Susu Skim Tepung – Boleh guna jenama Sunlac atau Tesco Choice. Kalau nak gantikan dengan susu Marigold HL pun boleh, rasanya akan menjadi lebih enak. Tak ada masalah.

Langkah-langkah:

1 – Pertama sekali, isi air masak sekitar 300mL dalam Tumbler (Ini adalah Tumbler yang sama saya gunakan dalam entri 3 tahun yang lalu)

4

2 – Kedua, masukkan 4 sudu teh gula merah (18g karbohidrat)

5

3 – Kemudian masukkan 3 sudu besar susu skim (9g karbohidrat, 6g protein), dan kacau sehingga larut

6

4 – Akhir sekali, masukkan 1 scoop whey protein “Vanilla Cream” (4g karbohidrat, 24g protein), dan kacau sehingga semuanya sebati.

7

Hidangan Post-workout meal ini mengandungi:

Karbohidrat: 18g + 9g + 4g = 31g
Protein: 6g + 24g = 30g
Jumlah Kalori: 230 kalori

8

Nota: Jika diikutkan, minuman pengembali tenaga ni masih kekurangan “30g” karbohidrat untuk mencukupi nisbah 2:1 karbohidrat:protein. Biasanya untuk mencukupkan nisbah ini, saya akan makan roti selepas beberapa minit minum minuman ini. Ada yang nak gunakan terus 10 sudu teh gula merah (jumlah karbohidrat akan menjadi 61g) ketika menyediakannya pun boleh; mungkin pada mata rakyat marheim yang kurang aktif, jumlah itu kelihatan banyak untuk satu hidangan, namun andai rejim “workout” yang dilakukan adalah berbentuk “endurance” dan melebihi 40 minit, why not? Pokoknya, pilihlah mana yang anda rasa selesa dengan keperluan badan anda!

Comments

  1. By Anon

    Reply

    • By khairul

      Reply

  2. By ciknaa

    Reply

  3. By hamiza

    Reply

    • By hamiza

      Reply

      • Reply

  4. By hamiza

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *