Potato spring dan budaya ‘pak ikut’
“Bagaikan sepasang absorber kereta yang dilumuri minyak pelincir, itulah apa yang aku faham mengenai ‘Potato Spring’..” – Susu Sejat
Pernahkah anda melihat potato spring di pasar-pasar malam, atau di kaki-kaki lima berdekatan rumah anda? Ketika cuti Aidiladha yang lalu, aku berkesempatan pulang ke Taiping untuk menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Pada suatu ketika, aku mengajak adik-adik aku berkunjung ke pasar malam Changkat Jering untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan sajian makan malam.
Aku berasa aneh apabila melihat terdapat banyak gerai yang menjual selingkaran kentang yang digoreng membentuk seakan-akan sebuah absorber kereta atau motosikal. Maka aku bertanya kepada adik-adik aku akan makanan yang seolah-olah berasal dari ‘outer space‘ tu.
“Dik, apa mende tu?” aku bertanya.
“Itu lah ‘Potato Spring’. Dia macam kentang rasanya (padahal memang kentang pun),” balas salah seorang adik aku.
“Sedap ke?”
“Sedap, aku dengan akak selalu beli. Hang try la rasa”
“Berminyak..”
Oleh kerana aku belum pernah merasa makanan ini, aku pun cubalah beli secucuk. Terdapat beberapa saiz, jika yang kecil harganya dalam RM1, dan yang besar sedikit berharga RM2. Aku ambil yang RM2.
Sudah menjadi lumrah, sebelum aku menjamah sesuatu makanan, aku akan memicit terlebih dahulu makanan tersebut untuk mengenal pasti tahap “minyak yang diserap” oleh makanan tersebut setelah digoreng. Ternyata sangkaan aku tepat, terlalu banyak minyak yang diserap oleh potato spring!
Potato spring merupakan kentang yang telah dipotong melingkar dengan mesin khas, lalu di cucuk dengan sebatang lidi yang tebal ditengahnya (membentuk seakan-akan spring absorber). Potato spring akan digoreng sehingga garing, dan diletakkan mayonis dan sos cili di atasnya sebelum dijual kepada pembeli.
Pada masa kini terdapat pelbagai syarikat tempatan yang menghasilkan pakej-pakej potato spring ini, dan kesemuanya tumbuh seakan-akan kulat selepas hujan. Setiap syarikat juga berlumba-lumba untuk mempromosikan pakej potato spring masing-masing yang hadir dalam pelbagai perisa. Ada yang B.B.Q, Cheese, Tom yam, dan banyak lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan pakej potato spring ini? Teruskan bacaan anda.
Potato spring bakal menjadi makanan tradisi kita 100 tahun lagi
Apabila terdapat banyak syarikat yang wujud untuk satu-satu kumpulan produk, maka itu akan disusuli pula dengan kewujudan ‘orang tengah’ yang menghubungkannya di antara pengguna dan pengeluar, iaitu peniaga/pembekal. Itulah sebabnya aku dapat melihat sekurang-kurangnya 4 gerai yang menjual potato spring HANYA dalam sebuah pasar malam, seperti yang aku ceritakan awal-awal tadi.
Kemudian persoalan kedua mula timbul, kenapa begitu banyak syarikat yang menawarkan pakej potato spring ini (menawarkan peluang perniagaan kepada peniaga/pembekal tadi)? Jawapannya terletak pada permintaan pasaran. Atau dalam bahasa mudahnya “Rakyat Malaysia Suka/Mula Menyukai Makan Potato Spring”.
Mungkin sesetengah pihak berpendapat gelombang potato spring yang tiba-tiba meningkat naik ini hanyalah bermusim. Mungkin selepas ini masyarakat akan berasa jemu dan jelak melantak snek yang sama berulang kali. Namun aku berasa sebaliknya. Mengapa aku berkata demikian?
Ambil contoh beberapa lagi makanan ringan yang sudah bertapak di Malaysia. Kentang goreng, nugget, dan bebebola ikan/ketam yang suatu ketika dahulu muncul secara tiba-tiba, dan popularitinya mula mendapat tempat di hati masyarakat sehinggalah ke hari ini. Maka potato spring juga akan mengikuti jejak langkah yang sama. Mungkin kesan kewujudannya yang mendadak itu akan berkurangan saban hari, namun percayalah, potato spring tidak akan pupus di Malaysia selagi rakyat suka menikmatinya.
Bila seorang nak jual potato spring, semua pun nak jual
Aku juga kurang suka dengan sikap masyarakat kita yang suka “mengikut” dalam segala hal. Seorang nak jual produk ini, semua pun nak jual produk yang sama. Alasannya, pengguna suka, ada market. Nak wujudkan banyak pilihan buat pengguna? Untung kepada si pengguna, bukan kepada si penjual. Si penjual yang tak dapat bersaing akan mengalami kerugian.
Sebagai contoh kes potato spring, aku bukannya tak menggalakkan orang kita berniaga, aku suka perniagaan kerana ia salah satu punca rezeki yang halal, tetapi nak berniaga biarlah berstrategi. Jika dalam satu pasar malam terdapat sampai 4-5 orang menjual potato spring, aku jamin sebahagian daripada penjual tu tak akan kekal lama di tapak pasar malam yang sama (Dah lah potato spring tu langsung tak menyihatkan).
Situasi yang sama juga merujuk kepada mereka yang menjual pil/produk untuk menguruskan badan. Kalau dalam satu page (facebook) pun semua berlumba-lumba menumpang jual produk yang lebih kurang sama, maka anda (sekelompok peniaga produk) akan kelihatan “menjengkelkan“. Mereka (pembeli berpotensi) akan hanya ada 2 impresi sahaja terhadap produk anda, sama ada dibeli (berminat) atau dicaci (lebih daripada tidak berminat). Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri, masuklah mana-mana page facebook yang bertemakan “Aku nak kurus”, “Aku nak slim”, “Kecantikan”, dan berbagai lagi. Benda ni boleh buat gaduh.
Manusia ni tak suka benda yang menjengkelkan, apatah lagi jika anda memegang status sebagai peniaga. Contoh paling mudah, jika anda masuk ke supermarket dan secara tiba-tiba terdapat 3-4 orang promoter produk yang berbeza bersaing mengelilingi anda secara gelabah, anda pasti tidak akan berasa selesa bukan? Bukan diri anda sebagai penjual sahaja yang mendapat bad impression sebagai peniaga “gelabah”, tetapi produk anda sendiri mendapat tempias yang sama.
Lagi satu ciri-ciri peniaga yang menjengkelkan ialah, ‘suka cakap besar’. Jangan sesekali terlalu yakin yang hasil kerja anda akan mendapat kejayaan yang tak masuk dek akal (box office RM40 juta, contohnya lah kan), meskipun niat anda untuk menghasilkan persekitaran dan minda yang positif. Jangan sesekali buat macam tu. Kerana apa? Kerana manusia tidak suka perkara yang menjengkelkan!
P/S: Nak berniaga, kena pandai cari peluang, kena pandai cari Nic yang sesuai, tak perlu ikut jejak orang, sebaliknya, biarlah orang yang mengikut jejak kita. Be a pioneer, not an imitator. Potato spring? Jangan diambil selalu, merasa untuk pertama kali boleh. Kuasa terletak di tangan anda sebagai pengguna. Fikir-fikirkanlah.
1st. hehe.. da lama tak g pasar malam. tak tau pun potato spring tu ape. 1st time dengar. tade rase pn nak cuba bile dengar bagaikan absober dilumuri minyak pelincir. haha
potato spring ni pernah nampak tapi tak pernah try
potato spring yang perisa cheese kat pasar malam tu nampak sedap je..tiap kali mak cik potato spring tu berniaga, mesti jln sesak.pasal ramai sangat nak mkn potato spring dia..Tapi setakat ni tak pernah lagi cuba. (niat nak cuba jugak,tapi tak kesampaian,pasal malas bersesak-sesak.) n bila sususejat cakap pasal banyak minyak kat potato spring tu..emmm…malas nak cuba nih…haha..
huhuhu ,
potato spring mmg dh difrancaiskan melalui pasar2 malam .
Aritu ak de dgr presentation keusahawanan , ade group wat psl potato spring ni . Die bg tau , pengasas potato spring ni amek idea dr Korea . So lpas tu , die try la wat bisnes ni kt malaysia dan bisnes ni mmg difrancaiskan . Ak pn pnh rase , mmg sdap dan berminyak !
1st time aku makan potato spring ni masa tgk konsert wings search dulu..benda ni sedap bila panas2, kalau dah sejuk, pakat buang jer la..t[ serius, mmg berminyakkk
wahai en. SusuSejat, kalo awak tidak berminat nak makan potato spring ni…or awak memang bukan bisnes minded….pls, jangan lah beri komen negative !! yang paling penting mereka mencari rezeki halal dgn perniagaan ini. awak buat jer benda lain yang awak suka.
untuk anda yg berniaga apa saja yg halal, syabas saya ucap kan sebab anda semua mampu berdikari sendiri..
Terima kasih kerana menegur saya Annie :)
untuk Bert ( nama mcm org western ), komen anda melambang kan status diri anda….jangan sombong sangat, konon pakat buang jer kalo benda tu dah sejuk…kalo makanan segera YAHUDI yg terkenal tu camna ? kalo dah sejuk pun hampeh jugak. Awak buang je ker ??
sabar annie.. janganlah marah-marah. Btw, nama Bert tu cuma nama ‘samaran’ sahaja. :)
potato spring paling sedap dan top kat tempat aku…depan surau taman pauh indah permatang pauh….. Potato Spring Sempoi….rasa dia memang sedap. Resepi lain dari yang lain. ramai kawan-kawan aku yang beli kat tempat lain depa kata yang depan surau ni paling sedap…Kalau sapa-sapa yang duduk area sana boleh pi try dulu…rasa dia tak sama mcm di pasar malam…
thanks for the info
but again like annie mentioned, yang nak cari rezeki jual bende ni biarkan, rezeki yang halal, tiru orang sorang jual sume nak jual ke biarkan..rezeki masing2 yang pasti halal..
pasal kesihatan pulak, memang berminyak. so tepuk dada tanya selera nak makan ataui tak bile da tau..
emm..minta maaf ckp la..sy tak berapa setuju dan tak berapa paham apakah motif tuan menghasilkan post nie?
Orang nk berniaga, biarlah..asalkan halal dan ikut peraturan.
Lagipun diorg cuma peniaga pasar malam & bukannya inventor..diorg sekadar nk cari pendapatan.
Tuan nie seorang peniaga ke atau inventor yg suka menghasilkan benda2 baru?
Minta maaf la.
salam semua,
maaf, sy agak kurang setuju dgn pendpt saudara empunya ‘post’. berkenaan kebanyakan org melalu ni sbg ‘pak ikut’. ‘mind set’ ni kene buang klu nk tengok org kita maju. kena selalu try n error. Business mmg byk cabaran n risiko yg setiap peniaga kene telan dan hadamkan dgn baik. Cuba buat perbandingan dgn org cina yg meniaga contohnya bengkel kereta. biasanya dlm satu deret atau blok mesti ada lebih dari satu bengkel. knp mereka tak digelar ‘pak ikut’ Tapi kedai mereka masih bertahan lama dan berdaya saing. Tapi saya setuju kita seharusnya buat marketing research yg betul sebelum terlibat dlm apa jua business. Semoga orang melayu kita lebih ramai dan berdaya saing dlm menjalankn dn memajukn business masing2…
http://myfoodathome.blogspot.com meh try masak kat sini
:) hehe SS sabar na.
Saya bagi cadangan hehe buat potato spring ala-ala BBQ atau sate… Xpayah goreng tapi Kita bako!! bako!! (ala2 mak limah).
Bakar tanpa perasa atau perasa pedas2 konfem saya layan hehe.. letak perasa lada hitam atau perasa cili.
p/s tolong delete komen saya yang mula2 kuar email lak haha XD
yeah, sangat menarik cadangan tu, potato spring bakor… nampak menyihatkan sedikit. Harap ada peniaga kretif yang akan menjual “potato spring bakar” :)
Bakar guna arang ? . Itu menyihatkan ? .
bakar kalau selalu pun tak elok, sebab bakar akan menghasilkan karbon pada makanan, ia carcinogenic = agen kanser. Sesiapa yang pernah atau sedang menghidap kanser memang tak boleh makan makanan yang dibakar :)
aku suka bandingkan Subway dengan McD/KFC/other fast foods.. Subway berada dalam industri yang sama tapi tak bermakna dia kena ikut others..
joy, nak kasi orang sedar ni sesekali hang kena tulis juga macam aidid muaddib..
yang benar tetap benar..dari penulisan ini ambik yg positif…sebagai peniaga kene juga ambik kira faktor kesihatan.sebagai pemakan enteri ini sekurang2nya dapat kita berfikir utk kesihatan kita.ape jenis makanan pon…rilexx..jgn emosional sgt…hidup peniaga pasar malam…
Salam
Saya seorg peminat SS…entri kali nie menarik utk saya bg komen…utk pengetahuan SS…saya seorg yg obese…tinggi 155cm berat sebelum diet 84kg dan sebelum mengandung…semasa mengandung 89kg pada nov 2011….selepas 2 bulan bersalin brpantang berat saya sekarang 79kg…dan tgh meneruskan cara diet SS….
Ttg apa yg SS komen apa yg org jual di pasar mlm atau bazaar ramadhan mmg ada kebenarannya….mmg negara kita nie kaya dgn mknan x kira mknan tempatan atau mknan diimport…..jika ikutkan perasaan mmg sukar nk diet di negara mcm kita nie lebih2 lg berkemampuan…jgnlah org marah sgt apa yg SS katakan di blog ini….niat dia baik utk membantu org yg obese sbb mcm dia mcm saya yg sejak azali gemuk tau apa perasaan org yg gemuk lalui….
Jika nk mkn apa salahnya xde sapa yg melarang….tapi biasalah org kita nie sensitif perkara2 mcm nie….anyway teruskan usaha kamu SS…saya sentiasa menyokong perkara yg positif dlm hidup…walaupun adakalanya pahit utk kita menerimanya sbb ianya benar dan jujur…:)
salam blog ni memang antara terbaik yg saya baca dan sangat berinformasi dan praktikal..saya seorang doktor perubatan dan saya memang suspek abis pendirian saudara penulis blog.. kepada peniaga janganlah kerana keuntungan anda memberi komen2 yg mengkritik..susu sejat hanya mengeluarkn pendapat peribadi dan professional berdasarkan ilmu professional yg ada padanya…komen2 peribadinya jugak berdasarkan pandangan2 professionalnya dan kena dengan matlamat dia untuk mendidik dalam isu kesihatan…karang aku kate berniaga menda memudaratkan org lain berdosa kecik ramai plak yg mengamuk..peniaga kena kreatif macam idea potato spring bakar memang terbaiklah
orang kita,orang melayu sepatutnya berbudi bahasa,kadang niat baik tapi tak kena cara atau bahasa yang diguna, sebab tu la disalah tafsir..dan satu lagi selalu suka kutuk, bagila pendapat atau cadangan yang membangun, kan sedap di dengar atau dibaca,,,,,,,,,ayat tu kena jaga, macam ayat awek gak..hehe