Program “Sihat Holistik!”

Sihat Holistik! bersama SS dan MBFC:

Seminar diet, senaman dan kemantapan fizikal 2014

“Sihat Holistik!” (SH!) adalah suatu inisiatif hasil gabungan SusuSejat.Com dan My Body Fit Camp. Program yang dikelolakan sepanjang hari ini akan menerapkan 2 aspek utama dalam gaya hidup sihat dan weight management iaitu aspek nutrisi dan senaman (kecergasan, postur dan pergerakan).

Objektif SH! antara lain termasuklah:

  1. Memastikan masyarakat tahu cara untuk mengawal berat badan dan kecergasan mereka dengan cara yang betul, selari dengan sains.
  2. Memastikan masyarakat memahami setiap sains yang berlaku pada badan mereka ketika mengamalkan satu-satu diet, juga ketika bersenam.
  3. Memastikan masyarakat mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari (merangka diet dan senaman mereka berdasarkan matlamat yang mereka tetapkan).

Antara ciri-ciri program ini:

  1. Penggunaan bahasa Melayu yang santai agar mudah difahami umum.
  2. Menampilkan 2 modul utama iaitu nutrisi dan kecergasan.
  3. Dikelolakan oleh mereka yang berpengetahuan luas dalam bidang yang dibicarakan.
  4. Gabungan kedua-dua konsep teori (ceramah) dan praktikal agar peserta dapat memahami apa yang dipelajari dengan lebih jelas.
  5. Bahan dan alatan pembelajaran tertentu turut akan digunakan, mimik senario sebenar.

IMG-20140416-WA0009

Program ini merangkumi 2 modul utama seperti berikut:

Modul 1: Nutrisi

Penceramah: Hasrizul Bin Hashim (sususejat.com)

  1. Nutrisi
    1. Pengenalan Nutrien
    2. Makronutrien (Karbohidrat, Protein, Lemak)
    3. Mikronutrien (Vitamin, Mineral)
    4. Phytonutrien
  2. Metabolisma
    1. Definisi
    2. Anabolisma dan katabolisma
    3. Metabolisma karbohidrat, protein dan lemak
    4. Kitar tenaga
  3. Kalori
    1. Definisi
    2. Penurunan dan kenaikan berat badan
    3. Menentukan keperluan kalori berdasarkan individu tertentu
  4. Pelan pemakanan
    1. Standard nutrition
    2. Nisbah makro
    3. Glycemic Index
    4. Biological Value of protein
    5. Lemak Essentials
    6. Serat
    7. Teknik baca dan memahami label maklumat pemakanan
    8. Mix and match” technique dan diet orang Malaysia
  5. Demo pengiraan kalori
    1. Tentukan BMR, DCR, dan mDCR anda sendiri
    2. Rangka pelan pemakanan
    3. Aktiviti beramai-ramai (praktikal)

 

Modul 2: Senaman (kecergasan, postur dan pergerakan)

Penceramah: Muhamad Bahagia bin Jemali (My Body Fit Camp)

  1. Fitness (kecergasan)
    1. Health related info
    2. Motor Skills
  2. Gym dan kegunaannya (tujuan)
    1. Rehabilitation
    2. Fitness
    3. Body Building
    4. Sports Specific conditioning
  3. Benefit of exercise
    1. Weight management
    2. Intervention of modern diseases
    3. Improve functioning
  4. Posture
    1. Type of posture
    2. Muscle imbalance
  5. SMART treatment demo
  6. Exercise Design
    1. 10 major muscle
    2. Anatomy of movement
    3. Rangka senaman berdasarkan matlamat individu

IMG-20140416-WA0008

Lokasi-lokasi program SH! setakat ini

1)      Shah Alam – 1 Mei 2014 (collab. with “The Ladies” Fitness Centre)

2)      Johor Bahru – 3 Mei 2014 

3)      Seri Kembangan – 21 Jun 2014 (collab. with coach Khairul)

4)      Kemaman, Terengganu – 12 September 2014

5)      Kuala Terengganu, Terengganu – 13 September 2014

6)      Melaka – 20 September 2014

 

Pendaftaran dan Yuran

1)   Pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi En. Bahagia (013-7277007), atau memaklumkan kepada ‘organizer’ di kawasan masing-masing.

2)   Butiran-butiran yang diperlukan untuk pendaftaran:

  1. Nama penuh:
  2. No telefon:
  3. Emel/alamat FB:
  4. Lokasi SH! yang dipilih:
  5. Butiran transaksi (masa dan tarikh) sekiranya sudah membuat pembayaran:

3)   Yuran untuk satu sesi program ini adalah RM150 (termasuk tempat, makan snek pagi, tengahari dan petang, file dan nota-nota berkaitan, beg sukan)

4)   Mereka yang menjelaskan pembayaran awal (pengesahan pendaftaran) SEBELUM 26 April ini akan menikmati diskaun 20% early bird (RM120 sahaja).

5)   Pembayaran boleh dilakukan ke akaun Hong Leong Bank berikut:

329-0000-5464 (My Bodywork)

Siapa yang patut menyertai program ini? Mereka yang berminat untuk mempelajari cara untuk menurunkan dan mengekalkan berat badan dengan betul dan konsisten, mereka yang ingin mempelajari tip-tip nutrisi, senaman dan kepentingan menjaga postur badan dalam aktiviti-aktiviti seharian, atau sesiapa sahaja yang ingin menambah pengetahuan berkenaan, adalah digalakkan untuk menyertai program ini. Jadi, tunggu apa lagi, cepat-cepatlah mendaftar, dan pastinya kita akan berjumpa di sanaaaa!

Demonstrasi ketika meneliti label makanan, ini gambar ketika sesi "nutrition talk" di JB bulan Mac yang lalu.

Demonstrasi meneliti dan memahami label makanan dan maklumat pemakanan. Gambar ini dirakamkan ketika sesi “nutrition talk” di JB bulan Mac yang lalu.

Comments

  1. By Razak

    Reply

    • Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *