Protein Whey Pilihan Hati Susu Sejat!

Kadangkala ramai yang bertanya saya berkenaan protein whey. Soalan-soalan seperti “Wajib ke ambil protein whey ketika workout?”, “Adakah protein whey menggemukkan?”, atau “Bagaimana untuk pilih protein whey yang betul-betul sesuai?” sering dibangkitkan. Menerusi entri ringkas ini, saya akan simpulkan dan menjawab serba sedikit soalan-soalan berkenaan.

Protein whey merupakan sejenis protein globular yang terkandung dalam whey, iaitu salah satu komponen dalam susu. Whey diperolehi hasil dari pengasingannya dari satu lagi komponen susu, casein, biasanya menerusi proses penghasilan keju. Oleh kerana protein whey ini berasal dari susu, jadi ia boleh dianggap sebagai makanan biasa sama seperti yang lain.

Protein whey mengandungi sebilangan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAAs). Kandungan EAAs yang tinggi ini membuatkan nilai biologi (Biological Values atau BV) protein whey lebih tinggi berbanding sumber protein lain seperti telur, daging dan ayam.

Dari 9 EAAs yang terkandung dalam protein whey, 3 daripadanya iaitu Leucine, Isoleucine dan Valine adalah dikenali sebagai BCAAs (Branched Chain Amino Acids). BCAAs penting dalam proses sintesis protein. Leucine adalah katalis atau pemula kepada proses sintesis protein dan menjadi kunci dalam proses anabolisma (sebagai contoh, bina lebih banyak sel otot).

whey protein

Protein whey sering dijadikan sebagai makanan tambahan oleh mereka yang aktif terutamanya mereka yang nak mencukupkan keperluan protein harian untuk tujuan bina badan atau untuk pertumbahan normal.

Secara purata, seorang sedentari memerlukan kira-kira 0.8 ke 1g protein per Kg berat badan sehari, manakala seorang yang aktif melakukan senaman kekuatan memerlukan kira-kira 1.8 ke 2.4g protein per Kg berat badan sehari.

Justeru untuk mencapai kuota protein sasaran ini, pengambilan protein whey mampu mencukupkan keperluan protein seseorang, lebih-lebih lagi ia lebih mudah disediakan. Satu hidangan (scoop) protein whey mampu membekalkan kira-kira 20 ke 30g protein, iaitu bersamaan dengan protein yang terkandung dalam 4 biji telur.

egg

Terdapat tiga jenis protein whey yang terdapat di pasaran:

Whey Protein Concentrated (WPC) – mengandungi tahap lemak yang rendah dan tahap karbohidrat (laktosa) yang rendah.

Whey Protein Isolate (WPI) – WPC yang diproses lagi untuk membuang semua lemak, laktosa dan trace lain adalah dikenali sebagai WPI. WPI biasanya mengandungi sekurang-kurangnya 90% protein Whey dan lebih ‘pure’ berbanding WPC.

Whey Protein Hydrolysate (WPH) –  protein whey yang telah melalui proses hidrolisis separa – proses yang perlu untuk badan menyerap protein. WPH tidak memerlukan lebih pencernaan di perut berbanding 2 jenis protein whey sebelum ini, justeru membuat WPH lebih mudah dan cepat diserap.

Antara kriteria penting yang perlu diambil kira ketika memilih protein whey

  1. Concentrate vs Isolate vs Hydrolysate – Isolate tiada trace laktosa berbanding Concentrate. Hydrolysate lebih mudah di serap.
  2. Kandungan EAAs terutamanya BCAAs – pilih yang tinggi kandungan BCAAs
  3. Kos per gram protein (harga)
  4. Tiada sumber syubhah dalam ramuannya, yakni Halal (untuk Muslimin dan Muslimat)

Whey pilihan hati SS?

meso-c

Kalau ditanya saya, brand protein whey apa yang saya sedang gunakan sekarang, saya sedang menggunakan protein HydroWheyTM keluaran MesotropinTM. Saya telah mencuba dan menggunakan pelbagai produk protein whey sebelum ini, tetapi protein HydroWheyTM keluaran MesotropinTM ni unik sedikit kerana ianya adalah produk tempatan. Malah lebih mengujakan saya, ia mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM.

meso-a

Sedikit info berkenaan Mesotropin HydroWheyTM, protein whey ini telah melalui proses pemecahan protein kepada saiz partikel yang lebih halus (hydrolyzed) dimana ianya dikenali sebagai peptida. Keadaan ini memudahkan ianya diserap ke dalam badan serta mempercepatkan proses pemulihan otot.

Justeru, sekiranya anda aktif workout di gym atau bersukan, atau mungkin sekadar inigin mencukupkan keperluan protein harian tetapi sukar berbuat demikian atas faktor kesibukan, maka Mesotropin HydroWheyTM adalah jawapannya!

Selain itu, pengambilan Mesotropin HydroWheyTM juga dapat membantu anda membakar lemak di samping meningkatkan kadar metabolisma badan. Keadaan ini juga dapat membantu anda mengurangkan pengambilan kalori berlebihan disebabkan rasa kenyang pengambilan protein dari protein whey.

meso-b

Antara faktor-faktor lain yang membuatkan saya berminat untuk mencuba Mesotropin HydroWheyTM adalah seperti kandungan laktosanya yang amat rendah. Selain itu ia juga menggunakan pemanis stevia yang bersifat semulajadi dan amat rendah kalori berbanding aspartame (pemanis tiruan), dan lebih penting, Mesotropin HydroWheyTM dijamin halal. Tentang harganya pula jangan khuatir, memang harga standard dan mampu milik!

Justeru jika anda masih berkira-kira mencari protein whey untuk kegunaan anda, saya sarankan anda cubalah dahulu menggunakan Mesotropin HydroWheyTM ni. Terdapat beberapa perisa yang sesuai dengan selera anda juga seperti perisa coklat dan vanilla (saya suka coklat).

meso-bancuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *