Puteri Firaun juga ada penyakit jantung!

Baru-baru ini, sebuah lagi laporan menarik dari barat telah pun dilaporkan. Puteri Firaun (Ahmose-Meryet-Amon) yang mana hidup sekitar 3500 tahun dahulu berkemungkinan besar adalah manusia pertama di dunia yang telah dilaporkan (dalam rekod) untuk mengidap penyakit jantung.

Menerusi kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari US dengan kerjasama beberapa penuntut Universiti Al Azhar di Kaherah, mereka mendapati beberapa laluan arteri yang menghubungkan jantung, otak, perut dan kedua kaki puteri tersebut telah tersumbat (atherosclerosis – kalau bukan tersumbat kerana lemak, apa lagi?) dan para doktor percaya, sekiranya puteri firaun ini hidup dalam zaman kita sekarang, puteri tersebut mungkin perlu menjalani pembedahan pintasan jantung! Puteri firaun tersebut mangkat pada usia 40 tahun dan tinggal di sekitar bandar Luxor (kini) sekitar tahun 1580BC.

Selain daripada puteri firaun ini, para pengkaji juga telah melakukan kajian yang sama terhadap baki 51 mumia yang lain dan mendapati hampir separuh daripadanya mengalami kes yang sama (arteri tersumbat)!

CT Scan menunjukkan puteri firaun ini telah mengidap penyakit jantung

Pengkaji-pengkaji tersebut merumuskan bahawa dengan penemuan ini, maka telah disahkan bahawa “kehidupan moden” telah pun bermula sejak 3500 tahun dahulu. Namun, terdapat sedikit percanggahan dalam rumusan ini. Dr Gregory Thomas dari Universiti of California membuat rumusannya sendiri yang pada hemat SS ada logiknya:

  1. Pada ketika itu, belum wujud lagi sumber bahan api (merujuk kepada penggunaan kenderaan sebagai pengangkutan) atau bekalan elektrik, jadi berkemungkinan besar puteri tersebut menjalani kehidupan yang aktif.
  2. Diet puteri tersebut seharusnya jauh lebih sihat daripada diet kita sekarang. Puteri tersebut seharusnya menikmati banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, juga ikan pada ketika itu juga boleh didapati dengan mudah dari sungai Nil (ikan merupakan antara sumber utama omega 3 yang baik untuk kesihatan jantung).
  3. Makanan ketika itu seharusnya lebih ‘organik’ berbanding sekarang, dan tiada lemak-trans atau tembakau wujud pada ketika itu.
  4. Walaupun disokong 3 hujah di atas, sayangnya arteri puteri firaun tersebut masih juga tersumbat (sekaligus menjurus kepada penyakit jantung). Ini menunjukkan kepada kita bahawa masih ada faktor penyebab penyakit jantung yang belum dirungkai.

Laporan asal dari BBC.

Comments

  1. By aziz

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *