Raja Metabolisma

Mesti ramai di antara korang yang tertanya-tanya siapa mamat di atas ni. Pemain bola sepak piala dunia Jepun? Salah. Jepun dah terkeluar pun daripada saingan, kalah dengan Paraguay semalam.

Hmm..

Kalau korang nak tahu, dialah Takeru Kobayashi, warga Jepun yang kerjanya hanyalah ‘melantak untuk hidup’. Ya, tak salah lagi, beliau adalah pemegang rekod dunia acara makan hot dog terbanyak dan terpantas (professional) untuk hampir 6 tahun (antara tahun 2001 hingga 2006), sebelum rekod itu dipecahkan oleh Joey Chestnut pada tahun 2007.

Bayangkan, Takeru Kobayashi mampu menghabiskan lebih 50 biji hot dog dalam masa tidak sampai 15 minit! Tak percaya? Tengok video di bawah ni (gerak perlahan).

Takeru pernah memberitahu yang dia mengambil kira-kira 6000kcal sehari, yakni bersamaan 3 KALI GANDA jumlah pengambilan kalori kita sehari! Adakah Takeru seorang yang obese? Tidak. Malah badannya lebih hebat berbanding Christiano Ronaldo, dari segi padatnya jumlah otot. Dan peratusan lemak badannya (body fat) boleh tahan juga, sentiasa di bawah 10%.


Apa rahsia Takeru Kobayashi?

Weight Training (senaman pemberat). Namun beliau tidak pernah ‘membocorkan’ rahsia terperinci bagaimana dan apa jenis ‘weight training‘ yang beliau amalkan untuk mengekalkan bentuk badan seperti gambar di bawah ni.


Namun tujuan utama aku mengarang entri ini bukan untuk highlight insan bernama Takeru Kobayashi ni. Sebenarnya, aku cuba nak menunjukkan kepada pembaca sekalian bagaimana senaman seperti weight training mampu untuk meningkatkan metabolisma seseorang kepada tahap SUPER – tahap yang mana kalau makan apa-apa pun takkan naik ‘lemak’ (mungkin akan naik berat, tetapi otot).

Moral dari kisah ini:
Jika ingin turun berat badan (lemak) dengan cepat, pastikan strategi utama ialah untuk tingkatkan kadar metabolisma tubuh badan. Bagaimana untuk tingkatkan metabolisma? Rujuk entri berikut, dan ya, weight training adalah katalisnya yang paling utama.

Kisah Metabolisma (Bahagian 1)
Kisah Metabolisma (Bahagian 2)
Kisah Metabolisma (Bahagian 3)

Comments

  1. By joegrimjow

    Reply

  2. By ☺[ai][sUmi]☺Chan

    Reply

  3. By Joy Kalonas

    Reply

  4. By Bob Merley

    Reply

  5. By Joy Kalonas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *