Realiti Kehidupan #2: Realiti makanan di cafe kolej

Sebelum ni aku ada post sebuah entri tentang betapa teruknya sejenis lauk (telur mata goreng) yang berkuahkan minyak, bukan sedikit, tetapi berliter-liter minyak banyaknya! Entri tersebut boleh dibaca di sini. Dalam entri tersebut, aku merahsiakan lokasi tempat makan tersebut atas sebab-sebab tertentu. Tetapi setelah apa yang aku lalui beberapa malam yang sudah, aku rasa ia tidak perlu dirahsiakan lagi. Mungkin ini merupakan penyumbang besar dan antara jawapan mengapa kadar obesiti itu meningkat di alam Universiti.

Untuk pengetahuan semua, gambar lauk tersebut diambil di cafe Kolej Kris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia. Lauk sebegitu telah dihidangkan kepada penghuni kolej tersebut, mungkin sejak sekian lama, dan ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Mengapa makanan seperti ini yang dihidangkan kepada penghuni kolej yang rata-ratanya pelajar?

Gambar berikut pula diambil di sebuah lagi cafe kolej, lebih tepat sebuah kolej swasta dalam Universiti Putra Malaysia. Aku yang pada ketika itu sedang menemani my other half membuat assignment ingin mencari suatu kelainan dengan memesan 2 bungkus nasi goreng paprik (dah lama juga tak makan), dan hasilnya sungguh mengecewakan. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah dan anda semua pasti faham.

Abaikan kuah paprik pada sebelah kanan. Nampak tompokan kuning di tengah-tengah nasi goreng? Itu adalah sekolam minyak!

Nah, ini lagi satu minyak dalam bungkusan kedua pula. Berani nak makan?

Memang gambar yang ada saksikan bukan fotoshop atau terdapat unsur penipuan, ia adalah gambar yang asli, memang terdapat minyak yang sangat banyak pada dasar bekas polisterin di atas! Kalau inilah yang dihidangkan hari-hari, setiap malam (bak kata mak cik Indon di situ, makanan goreng-goreng aja ada malam ni dik), alamat boleh mampus orang dibuatnya! Serius, kami berdua tak makan malam itu. Kedua-dua bungkus nasi tersebut kami biarkan terbuka sebelum berlalu pulang.

Kenapa minyak terlalu banyak sebegitu?

Persoalan ini mungkin bermain di fikiran anda. Pada pendapat aku, fenomena seperti ini terjadi apabila nasi goreng tersebut telah digoreng lebih awal dalam sebuah kuali kawah yang besar, kemudian nasi goreng tersebut disimpan dalam termos, dan jika ada pelajar yang ingin membeli, tak perlu susah-susah goreng, cuma cedok saja nasi goreng yang ada dalam termos dan letak saja lauk yang diminta, dan siap. Pantas, ala-ala fast-food gitu. Sampai suatu tahap, minyak yang digunakan akan termendap ke bawah kerana tarikan graviti. Maka dengan itu, secara teorinya nasi yang terletak pada dasar termos adalah sangat berminyak, seperti di atas. Percaya?

My other half ajak aku untuk ‘menegur’ mak cik Indon yang menjual nasi ini, tapi aku cakap, “tak perlu, kalau nak tegur, bukan di situ (pada mak cik Indon), tetapi di sinun (sambil menundingkan jari pada pejabat pentadbiran kolej)”.

Sekarang anda faham kenapa budak-budak kolej senang menjadi gemuk? Mereka tak bersalah, tetapi orang yang diamanahkan “menjaga” mereka yang harus bertanggungjawab dan berbuat sesuatu. Secara dasarnya juga, kerajaan harus main peranan kerana tragedi ini melibatkan institusi pengajian awam. Aku masih merasakan ia masih sesuatu yang kelakar, apabila kerajaan sebelum ini hendak mengehadkan penjualan air manis dan nasi lemak di kantin sekolah kerana dipercayai kedua-duanya merupakan punca kegemukan di alam sekolah, tetapi ironinya kementerian kesihatan dan kementerian pengajian tinggi langsung tak ambil kisah pasal ni!

Oh, rakyat Malaysia, tolonglah berbuat sesuatu!

Comments

  1. By Adibah Baharum

    Reply

  2. By astatin008

    Reply

  3. By farhana

    Reply

  4. By azie

    Reply

  5. Reply

    • Reply

  6. By sue

    Reply

    • Reply

  7. By jalilah

    Reply

  8. Reply

    • Reply

  9. By baitroo

    Reply

  10. By orang

    Reply

  11. By Rahman

    Reply

  12. By azrin

    Reply

    • Reply

  13. By Nana S.

    Reply

    • Reply

      • By Hafiza

        Reply

  14. By nina lee daud

    Reply

  15. By nina lee daud

    Reply

  16. By don..

    Reply

  17. By ain

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *