Realiti Kehidupan #2: Realiti makanan di cafe kolej
Sebelum ni aku ada post sebuah entri tentang betapa teruknya sejenis lauk (telur mata goreng) yang berkuahkan minyak, bukan sedikit, tetapi berliter-liter minyak banyaknya! Entri tersebut boleh dibaca di sini. Dalam entri tersebut, aku merahsiakan lokasi tempat makan tersebut atas sebab-sebab tertentu. Tetapi setelah apa yang aku lalui beberapa malam yang sudah, aku rasa ia tidak perlu dirahsiakan lagi. Mungkin ini merupakan penyumbang besar dan antara jawapan mengapa kadar obesiti itu meningkat di alam Universiti.
Untuk pengetahuan semua, gambar lauk tersebut diambil di cafe Kolej Kris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia. Lauk sebegitu telah dihidangkan kepada penghuni kolej tersebut, mungkin sejak sekian lama, dan ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Mengapa makanan seperti ini yang dihidangkan kepada penghuni kolej yang rata-ratanya pelajar?
Gambar berikut pula diambil di sebuah lagi cafe kolej, lebih tepat sebuah kolej swasta dalam Universiti Putra Malaysia. Aku yang pada ketika itu sedang menemani my other half membuat assignment ingin mencari suatu kelainan dengan memesan 2 bungkus nasi goreng paprik (dah lama juga tak makan), dan hasilnya sungguh mengecewakan. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah dan anda semua pasti faham.
Abaikan kuah paprik pada sebelah kanan. Nampak tompokan kuning di tengah-tengah nasi goreng? Itu adalah sekolam minyak!
Nah, ini lagi satu minyak dalam bungkusan kedua pula. Berani nak makan?
Memang gambar yang ada saksikan bukan fotoshop atau terdapat unsur penipuan, ia adalah gambar yang asli, memang terdapat minyak yang sangat banyak pada dasar bekas polisterin di atas! Kalau inilah yang dihidangkan hari-hari, setiap malam (bak kata mak cik Indon di situ, makanan goreng-goreng aja ada malam ni dik), alamat boleh mampus orang dibuatnya! Serius, kami berdua tak makan malam itu. Kedua-dua bungkus nasi tersebut kami biarkan terbuka sebelum berlalu pulang.
Kenapa minyak terlalu banyak sebegitu?
Persoalan ini mungkin bermain di fikiran anda. Pada pendapat aku, fenomena seperti ini terjadi apabila nasi goreng tersebut telah digoreng lebih awal dalam sebuah kuali kawah yang besar, kemudian nasi goreng tersebut disimpan dalam termos, dan jika ada pelajar yang ingin membeli, tak perlu susah-susah goreng, cuma cedok saja nasi goreng yang ada dalam termos dan letak saja lauk yang diminta, dan siap. Pantas, ala-ala fast-food gitu. Sampai suatu tahap, minyak yang digunakan akan termendap ke bawah kerana tarikan graviti. Maka dengan itu, secara teorinya nasi yang terletak pada dasar termos adalah sangat berminyak, seperti di atas. Percaya?
My other half ajak aku untuk ‘menegur’ mak cik Indon yang menjual nasi ini, tapi aku cakap, “tak perlu, kalau nak tegur, bukan di situ (pada mak cik Indon), tetapi di sinun (sambil menundingkan jari pada pejabat pentadbiran kolej)”.
Sekarang anda faham kenapa budak-budak kolej senang menjadi gemuk? Mereka tak bersalah, tetapi orang yang diamanahkan “menjaga” mereka yang harus bertanggungjawab dan berbuat sesuatu. Secara dasarnya juga, kerajaan harus main peranan kerana tragedi ini melibatkan institusi pengajian awam. Aku masih merasakan ia masih sesuatu yang kelakar, apabila kerajaan sebelum ini hendak mengehadkan penjualan air manis dan nasi lemak di kantin sekolah kerana dipercayai kedua-duanya merupakan punca kegemukan di alam sekolah, tetapi ironinya kementerian kesihatan dan kementerian pengajian tinggi langsung tak ambil kisah pasal ni!
Oh, rakyat Malaysia, tolonglah berbuat sesuatu!
Merujuk pada gambar yang di kolej swasta UPM tu, YA saya akui makanan memang lah bagai TAKUNG MINYAK. Seram saya nak makan makanan di situ meskipun sy penghuni di kolej kediaman tersebut. Dah komplen tapi masih sama juga kualitinya. Kesudahan masak sendiri lagi puas ati. :D
wah en SS…sy dok keris mas 4thn taw..sy xpenah makan dekat kolej tu sbb makanan dia yg..en ss pon taw kan..siang makan kt kafe2 laen dlm kampus..mlm selalu mkn roti jela nk elak mkn kt keris mas
slm. just sharing my experience. pernah dalam satu semester saya asyik makan sandwic yg dibuat sendiri ataupun roti. saya pusing2 kafe kolej akhirnya apa pun saya tak beli, geli tengok minyak menjadi kuah. budak2 kolej bukan tak nak makan dengan sihat, tapi dikelilingi dengan benda2 camni. bukan semua yg sanggup makan roti hari2.
serius agak susah nak diet bila stay kolej. berbeza dengan kat rumah. ==” hukhuk,,~ benci.
Elok info ini disebar-sebarkan,agar sampai ke pihak yang bertanggungjawab,selamat menyelongkar,agar dapat menyelamatkan ramai insan lain.
harap lebih ramai juga yang sebarkan. jika ada jumpa apa2 kes berkaitan, sila ambil gambar dan post gambar tersebut berserta lokasi kolej/asrama di ruangan komen ini. InsyaAllah saya akan cuba pertingkatkan lagi exposure entri ni di mata pihak atasan.
oohhh…nanti saya tolong tengok kat Kolej Aminuddin Baki sebab dekat dengan fakulti saya, FEP..:)
tolong… :) kalau dapat gambar, upload kat page facebook SS, nanti saya compilekan semua dalam satu post, kita buat gerakan besar-besaran menentang penjualan makanan macam ni.
after baca nie saya rasa sangat bersyukur kerana semasa zaman universiti kami dihidangkan dengan makanan yang sihat dan berkualiti. setiap kali hidangan ada carbs,protein dan serat(sayur+buah).
that why bila kawan2 aku kata nak diet but still makan makanan kolej, terus la aku sound ” tak payah la, apa yang kau makan tue pun belambak2 minyak and kolestrol, diet pun x guna”
hurm..so far tempat aku belum extreme lagi mcm gini
kalau ada jumpa mana2 gambar makanan yang mengerikan macam ni, sila post kat wall fb sususejat. InsyaAllah saya akan ketengahkan lagi, compile kan di masa akan datang dan perang habis-habisan.
gud job … pendedahan berani……
makanan yang disediakan bukannya free….semuanya dibayar tetapi kalau inilah…hasilnya….kita bakal menyumbang lebih banyak mereka yang bermasalah dari kesihatan di masa depan….
harap pengurusan kolej boleh buat banyak pemantauan kendiri….(kalau rajin la)…..
pengalaman aku sendiri.. tahun 2000, berat aku lebih kurang 52kg.. kurus melidi, kurang berat badan.. kemudian bukak restoran, tengahari nasi berlauk, malam tomyam.. tukang masak masak sedap pulak tu.. sebelum tu aku tak suka makan daging, tapi aku jadi suka.. biasanya dalam pukul 4 ptg, lauk memang ada lebih, dan aku lah yang menghabiskannya (walaupun tghari dah makan dan masih kenyang).. malam pula tukang masak import dari Siam, macam SS cakaplah, hari-hari makanan bergoreng berkuah minyak.. air manis sepanjang masa.. akhirnya dalam masa 9-10 bulan saja berat aku naik sekitar 65kg.. 65kg memanglah ideal weight untuk aku, tapi bukan dengan cara yg betul.. sebab selepas jual restoran tu pon, tabiat makan yg buruk itu berterusan sampai mencecah 85kg.. sekarang dah insaf, 72kg dan berusaha untuk turun lagi…
masa aku kurus dulu, metabolism tinggi, makan 2-3 pinggan pon macam tu juga.. tapi kenapa selepas bukak restoran, makan 2-3 pinggan jagi gemuk? aku rasa sebab apa yang aku makan.. masa kurus, walaupun aku makan banyak selalunya lauk aku ialah ikan+sayur, sekali-sekala ayam.. tapi selepas itu, apa yang aku makan ialah lemak, minyak dan gula..
nasi goreng paprik? mana daging? betul2 mau untung byk makcik indon nie
bro tgk pembentangan kat parlimen 2-3 hari ni dah la…tgk betapa “SIHAT”nya timbalan menteri kesihatan kita menjawab tentang isu pengambilan gula berlebihan dan punca obesiti di Malaysia :P
terbaik tu… menteri pun kena tunjuk contoh sama..
bukan setakat dkt ukm and upm je. utm pun lebih kurang je. sbb tu malas nk makan dkt cafe.
Nana, kalau ada kesempatan, ambil gambar dan post ye.. kita banteras gejala ni habis-habisan…
Pelajar, Pensyarah, Staf sokongan semuanya majoriti makan kat cafe UTM sebab harga jauh lebih murah. Tapi pilihannya sama je.
Ayam masak lemak, ikan masak lemak, sayur pun masak lemak, kari, kurma, nasi minyak, nasi lemak.
Awal-awl masuk UTM berat saya 68kg (tersasar 7kg drpd berat ideal), 4 tahun di UTM berat jadi 98kg. 30kg! Sekarang ni baru dpt turunkan ke 87kg.
Pernah dulu kesempitan wang, 1/2 tahun makan berat sekali sehari, berat tak turun jugak. > <
patotler sy naik bdn masa kat U dulu!..huhu..
xperasan pulak sekolam minyak dlm bungkusan nasi paprik tu…i tought tu kuning telur mata. teruk bebenor minyak tu..smpai rupa gitu bnyknye..ish ishh..ishh..
aku pn kene dh..
dulu time blaja dulu mkan minyak je sbb 2 je yg ade..
dulu xde jrawat..skang dh ade..
sampai skang jerawat asyik naik..
so sususejat. selain tunggu perubahan pda jualan makanan2 ni ade jalan lain x nak mengelak dri pengambiln mknn sebegini.terutamanye kami pelajar2 universiti yg tak boleh lari dengan makanan cmni. nak masak pn universiti x benarkan.and x cukup masa pn.
hi ain, boleh rujuk entri ini, harap membantu :) –> http://sususejat.com/tips-diet-di-kolej-universiti/