Rebah sampai nampak bontot..

Entri istimewa kali ini merupakan entri ‘duet’ antara dua orang blogger, Joy Kalonas (sususejat.com) dan Fadhli Hamdan (contengconteng.com). Mungkin yang pertama seumpamanya dalam arena blogosphere di Malaysia, isi kandungan entri ini mungkin sudah tidak asing lagi buat pembaca setia cerpen ‘Siri Joy‘. Hayatilah ia, kerana ianya bukan sekadar komik.

(Dikesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada rakan facebook kita di page Susu Sejat, Puan Puteri Maszam. Entri ini aku hadiahkan buat kamu.. pembaca setia itu)

Penulis: Joy Kalonas
Pelukis: Fadhli Hamdan
Aku sering mendapat perhatian dan ‘pujian’ sejak di bangku sekolah lagi. Kenapa?

Kerana akulah figura yang memalukan itu, yang rebah tersungkur di atas padang.
Situasi masih tidak berubah meskipun hidupku sudah beranjak ke alam universiti. Acap kali aku diajak rakan untuk beriadah, namun hampir kesemuanya aku tolak mentah-mentah.
Makan pula tak berapa jaga, kuantitinya? Fuhh.. mengalahkan puaka.

Namun, sampai bila harus aku begini? Sampai aku membujang hingga ke tua? Sampai hospital itu menjadi rumahku yang kedua? Sampai aku mengenal apa itu kencing manis dan darah tinggi? Atau sampai aku memahami apa itu mati? Tuhan tidak akan mengubah nasib dan diri seseorang, melainkan insan itu sendiri yang mengubahnya. Aku sedar, sampai suatu masa aku harus juga mencorak hala tuju takdir hidupku.

Selamat tinggal… Obesiti.
*******

Fadhli Hamdan merupakan penulis/pelukis blog contengconteng.com. Sejak mengenali beliau 6 tahun yang lalu, beliau merupakan seorang yang kreatif dan berfikiran terbuka dalam menyampaikan karya dan idea. Beliau juga telah banyak membantu aku dari segi moral dan fizikal, dahulu dan kini. Pernah dengar nama “Pjoe” dalam cerpen “Joy, jom main bola?“? Itulah dia, sahabat blogger kita yang seorang ini. Berbakat dalam bermain gitar dan penghasilan lagu, beliau kini mula aktif berblogging menerusi blog kreatif beliau contengconteng.com. Jika anda sukakan sesuatu yang unik, kartun yang kaya dengan mesej dan pengajaran, sila klik sini untuk lawati blog beliau.

Comments

  1. By Hapiz Rahman

    Reply

  2. By aqmar

    Reply

  3. By Joy Kalonas

    Reply

  4. By Justiffa

    Reply

  5. By Joy Kalonas

    Reply

  6. By Justiffa

    Reply

  7. By Joy Kalonas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *