Resepi: Burger Lembu rendah kalori

Dalam entri “Kalori Tersembunyi: Fakta atau Auta” yang aku tulis suatu ketika dahulu, aku ada menyentuh perihal kalori tersembunyi yang wujud dalam sekeping daging burger yang dijual di supermarket atau di tepi-tepi jalan, yang mana kebanyakan dari penjualnya menggunakan daging burger yang diproses (sama seperti yang dijual di supermarket). Agak jarang sekali untuk kita melihat penjual burger yang menggunakan daging burger ‘homemade‘ selain dari jenama-jenama besar seperti Ramly, Purnama, dan sebagainya dan jika ada sekalipun, bilangan mereka di Malaysia amat kecil dan boleh dibilang dengan jari.

Sekeping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Sebahagian besar kalori tersembunyi daripada daging burger ini datang dari lemak tepu, iaitu kira-kira sebanyak 14g (bersamaan dengan 126kcal)  untuk sekeping patty. Jumlah ini boleh dikira sebagai banyak kerana pengambilan lemak tepu setinggi 10g sehari juga sudah dikira melampau, ini belum termasuk lagi lemak tepu dari makanan ringan atau makanan-makanan rencah yang lain yang anda suka ambil.

14g lemak tepu untuk sekeping patty? Jika anda teliti kembali bagaimana patty daging lembu ini diproses, janganlah anda terkejut jika aku katakan, yang terdapat dalam patty daging burger yang dijual di supermarket ini bukanlah 100% terdiri daripada daging itu sendiri, sebaliknya merupakan campuran berbagai jenis bahagian lembu termasuklah kulit, usus dan lemak lembu. Dalam kes seperti ini, campuran tersebut pastinya dicemari bakteria memandangkan usus mamalia saja merupakan tempat di mana terdapatnya berbillion bakteria seperti E. coli. Aku tidak pasti pula bagaimana kesnya jika di Malaysia (mungkin lebih kurang saja) kerana jika di US, ammonia sering digunakan untuk ‘mencuci’ daging patty yang ada, tujuannya adalah untuk membunuh bakteria seperti E. coli. Dalam penghasilan daging burger berskala besar seperti ini, penggunaan bahan kimia seperti ammonia amat membantu untuk menjaga “quality control” daging burger mereka.

Itu situasinya jika di kilang. Berbalik kepada cara penyediannya (yang dijual di tepi jalan, atau Pasar Malam), kebiasaannya daging burger ini digoreng menggunakan mentega/planta (mentega juga mengandungi lemak tepu). Itu belum dicampur dengan mayonis, sos, keju, dan bun burger tu lagi, yang sesetengahnya juga dimasak dan disapu mentega. Oleh yang demikian, bagaimana untuk mendapatkan burger lembu yang benar-benar sihat dan rendah dari segi nilai kalorinya? Jawapannya ialah dengan membuat sendiri patty burger anda di rumah. Resepi di bawah ini adalah hasil sumbangan Nurzaiti Hamdan An Nizwani. Selain dari resepi ini, beliau juga tidak lokek dalam berkongsi resepi-resepi lain yang boleh dihasilkan sendiri di rumah. Anda boleh lawati blog beliau di sini.

Daging yang dibungkus seperti di atas (tiub, paket) kebiasaannya mengandungi kandungan lemak lembu yang tinggi. Pilihan seperti yang di bawah juga mengandungi lemak lembu, cuma kandungannya tidaklah sebanyak seperti yang di atas. Tip dalam membeli daging lembu yang dikisar, lebih merah daging kisar tersebut, maka lebih berkualiti lah protein dan ‘isi’ daging yang ada. Jangan sesekali menggunakan daging kisar yang warnanya seakan-akan ‘pink‘ seperti daging burger lembu yang biasa dibeli di pasaraya (Warna pink/putih menandakan kandungan lemak tepu yang tinggi).

Lihat warna patty yang dibuat sendiri? Anda boleh bandingkan sendiri warnanya dengan daging burger Ramly kesukaan rakyat malaysia.

 

Untuk lebih sihat, elakkan penggunaan sebarang jenis mentega, tetapi gantikan dengan minyak zaitun atau minyak jagung jika takut melekat. Grilling adalah lebih elok berbanding goreng.

Siap sudah burger buatan sendiri ini. Untuk lebih sihat, boleh digantikan bun roti putih dengan roti germa gandum (gandum penuh). Dahulu pernah nampak dijual, tapi tak ingat pula di mana. Ada sesiapa yang tahu? Agak-agak berapa kalori yang anda sudah jimat hanya dengan menghasilkan burger anda sendiri di rumah? Anda lakukan matematik anda sendiri, kerana info yang diperlukan sudah aku nyatakan. Selamat mencuba!

Sesiapa yang mempunyai resepi sihat menarik yang ingin dikongsikan, anda boleh lakukan dengan menghantar resepi tersebut ke email, sususejat[at]gmail.com atau hantar terus ke facebook SS. Jika anda mempunyai blog, kredit dan link-back akan diberikan ke atas blog anda.

Comments

  1. By relax

    Reply

  2. By linda

    Reply

  3. By clay

    Reply

  4. By aneesya

    Reply

  5. Reply

  6. By avocado

    Reply

  7. By orang

    Reply

  8. By anonymous

    Reply

  9. By noor

    Reply

  10. By Noie

    Reply

  11. By amir

    Reply

    • Reply

  12. By eddy

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *